X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Terlalu Kurus? Ini Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bayi Baru Lahir

4 min bacaan
Bayi Terlalu Kurus? Ini Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bayi Baru Lahir

Parents mana yang tak happy bila bayi baru lahirnya gemuk dan berat naik dengan teratur. Berikut merupakan tips yang boleh bantu anda gemukkan si kecil itu dengan lebih sihat

Setelah penat bersalin dan berpantang, kini sudah tiba masanya untuk anda menumpukan pada bayi baru lahir. Tapi tiba-tiba, doktor kata berat bayi anda kurang? Alamak, risau pula hati. Anda kena tahu cara menaikkan berat badan bayi baru lahir agar cepat gemuk.

Barulah mereka boleh membesar dengan bagus!

Sebenarnya tak susah mana pun. Ada beberapa cara untuk membantu anda agar nanti apabila anda membawa bayi ke klinik rawatan untuk check-up seterusnya, jururawat atau doktor tidak membebel panjang.

Ini antara 5 cara menaikkan berat badan bayi baru lahir agar cepat gemuk yang anda boleh praktikkan.

5 cara menaikkan berat bayi baru lahir 

1# Cara menaikkan berat badan bayi: Beri bayi minum susu ibu 

cara menaikkan berat badan bayi

Perkara pertama yang ibu perlu fikir jika ingin tumbesaran bayi cepat adalah memberikannya minum susu ibu. Seperti yang kita tahu, susu ibu merupakan sumber alami yang sangat baik untuk kesihatan bayi. 

Berikut merupakan tips yang lebih tepat dalam beri susu ibu pada bayi baru lahir. 

  • Pastikan ibu beri susu mengikut jadual atau ketika bayi lapar. Adalah lebih baik, jika ibu memberikan bayi baru lahir minum susu secara terus dari payudara ibu itu. Kecuali bayi pramatang atau bayi bibir sumbing yang sukar minum secara terus dari payudara ibunya. 
  • Jika mengalami masalah untuk bayi minum susu, minta bantuan pakar laktasi untuk membantu selama berada di hospital. 
  • Jika bayi masih kekok minum susu melalui payudara, ibu boleh perah susu tersebut dan masukkan ke dalam botol susu yang telah disteril. 
  • Jangan biarkan bayi menangis kerana lapar. 
  • Jika ibu alami jangkitan puting atau mastitis, segera dapatkan rawatan kerana jika tidak dirawat segera, ia akan membuatkan bayi menolak minum susu ibu lantas menyebabkan berat badannya menurun. 

2# Cara menaikkan berat badan bayi: Pertimbangkan mungkin bayi mahu minum susu formula 

Benar, sebilangan bayi memang ada yang tak boleh terima susu ibu. Hal ini terjadi kerana si kecil tidak dapat mencerna susu ibu dengan baik. 

Bagi membantu, ibu boleh meminta nasihat dari doktor untuk menentukan jenis susu formula khusus yang sesuai untuk bayi baru lahir.

Beberapa jenis susu boleh membantu memperbaiki pencernaan bayi yang bermasalah dan bantu meningkatkan berat badan bayi serta kecerdasan otaknya. 

Setelah bayi minum susu formula, ibu tetap perlu perhatikan sama ada si kecil itu alergi terhadap mana-mana susu formula dan tidak sembelit. 

3# Cara menaikkan berat badan bayi: Jaga waktu tidur si kecil 

cara merawat bayi baru lahir agar cepat gemuk, cara bayi cepat gemuk, bayi gemuk, tips bayi cepat gemuk, tips bayi baru lahir cepat gemuk, tips gemukkan bayi, tips gemukkan anak, cara jaga bayi cepat gemuk, naikkan berat badan bayi, cara naikkan berat badan bayi, cara cepatkan naik berat bayi

Kredit: Harvard Health

Secara lumrahnya, aktiviti bayi baru lahir adalah makan dan tidur. Ia merupakan dua perkara yang dapat menaikkan berat badan bayi secara sempurna.

Berikut tips yang boleh diikuti: 

  • Mengikut pola waktu tidur bayi iaitu 16 jam sehari. Namun, ibu harus menjaga si kecil supaya tetap minum susu ibu pada waktu yang sesuai. Jangan biarkan bayi kelaparan. 
  • Menyediakan ruang tempat tidur yang selesa supaya si kecil dapat rehat dengan nyaman. 
  • Mendapatkan katil bayi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik supaya dapat hindari dari sebarang bahaya. 

4# Tenangkan bayi segera jika menangis 

Bayi yang selalu merengek atau menangis cenderung sukar naik berat badan. Malah ia berkai rapat dengan bayi lapar dan tidur yang tidak mencukupi. 

Makanya, jika bayi merengek dan menangis segera tenangkan si kecil itu. Berikut tips yang boleh membantu. 

  • Ketika bayi merengek atau menangis, lakukan kondisi seperti dia di dalam rahim iaitu bedung badannya. Ini membantu bayi jadi lebih tenang sehingga berhenti menangis. 
  • Jika bayi masih tidak berhenti menangis, peluk si kecil itu ke dada anda dan ulas lembut tubuh halusnya. Ini boleh membantu tenangkan bayi dengan mudah. Ataupun putarkan lagu berentak perlahan atau selawat ke atas Nabi Rasulullah agar si kecil itu terbuai dengan kelunakan suara ibunya. 

5# Jaga kebersihan kulit bayi 

Bayi Terlalu Kurus? Ini Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bayi Baru Lahir

Kredit: Healthline

Biasanya, bayi menangis juga dalah kerana kulit badannya lembap, berpeluh dan tidak sihat.

Sebab itu, perawatan kulit adalah sangat penting supaya si kecil lebih selesa untuk tidur dan minum susu. Sekaligus bantu menaikkan berat badannya. 

Berikut tips penjagaan kulit bayi baru lahir: 

  • Memilih fabrik pakaian bayi dan bedung yang selesa. Selain elakkan pakaian yang boleh menyebabkan kulit gatal dan jangkitan. 
  • Pilih jenis baju dengan bahan cotton yang lembut untuk kulit si kecil. 
  • Mandikan bayi secara teratur supaya kulitnya tidak kering, tidak panas dan bayi tidak terkena sebarang penyakit lain. 
  • Jika kulit bayi dijaga dengan baik, sekaligus dapat meningkatkan berat badan si kecil itu.
  • Hindari menggunakan semua jenis produk kulit bayi secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan infeksi. 

Justeru, cara merawat bayi baru lahir agar cepat gemuk juga adalah kehidupan ibu bapanya harus harmoni, berkasih sayang, toleransi dan dalam keadaan yang baik supaya kesihatan serta berat bayi meningkat dengan sempurna.

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Dukung Bayi Boleh Buat Bayi Jadi Manja? Betul Ke? Ini Penjelasannya

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Terlalu Kurus? Ini Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bayi Baru Lahir
Kongsikan:
  • Cara Menaikkan Berat Badan Anak 2 Tahun Agar Nampak Lebih Berisi & Sihat!

    Cara Menaikkan Berat Badan Anak 2 Tahun Agar Nampak Lebih Berisi & Sihat!

  • Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

    Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Cara Menaikkan Berat Badan Anak 2 Tahun Agar Nampak Lebih Berisi & Sihat!

    Cara Menaikkan Berat Badan Anak 2 Tahun Agar Nampak Lebih Berisi & Sihat!

  • Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

    Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.