X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Daya Tahan Badan Ibu Hamil Mungkin Punca Kelahiran Pramatang!

4 min bacaan
Daya Tahan Badan Ibu Hamil Mungkin Punca Kelahiran Pramatang!

Kajian baru-baru ini mendapati sistem imun dan tahap kekebalan tubuh ibu yang hamil boleh menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan! Bagaimana ia terjadi?

Apa jadi pada daya tahan badan dan sistem imun wanita hamil?

Kajian yang diterbitkan jurnal Science Immunology baru-baru ini memberi pendedahan yang mengejutkan tentang pentingnya kesihatan ibu hamil!

Ia tentang daya ketahanan badan dan sistem imun badan ibu hamil boleh mempengaruhi proses kehamilan dan mungkin penyebab mengapa bayi baru lahir mengalami penyakit dan lahir secara pramatang. 

Tapi, bagaimana daya ketahanan badan ibu hamil boleh memberi kesan pada kesihatan bayi pula?

Begini – sistem imun badan wanita akan berubah sepanjang proses kehamilan.

daya ketahanan badan ibu hamil

Ketahanan badan ibu hamil boleh menjejaskan kandungan?

Salah konsep tentang daya ketahanan badan wanita hamil 

Pakar selama ini menganggap sistem imun badan dan tahap ketahanan badan ibu yang hamil akan bertukar lalu bertempur dengan pembentukan janin dalam kandungan. 

Sel imun badan diambil untuk membuktikan teori ini. 

Mereka menggangap jika sel embrionik berjaya melawan sel imun badan, pembentukan janin dalam kandungan boleh berjaya. 

Jika gagal, ibu hamil mungkin boleh mengalami keguguran atau kelahiran pramatang.

Tapi kajian terbaru Dr. Gil Mor – profesor obstetrik, ginekologi dan sains reproduktif di Yale School of Medicine di New Haven membuktikan perkara sebaliknya!

Advertisement

Sel-sel imun didapati bukan terbentuk sebab tindak balas pembentukan benda asing dalam badan. 

Namun, sel ini untuk menjayakan implantasi kandungan!

daya ketahanan badan ibu hamil

Sel imun dan daya ketahanan badan ibu hamil melindungi kandungan

Maksudnya, sel imun badan ibu hamil melindungi kandungan dengan membuatkan keradangan. Sama macam kes luka sembuh.

Apabila keradangan sihat ini berlaku, janin berjaya “melekat” di dinding rahim. Jika ia gagal, maka implantasi juga gagal. 

Namun, semakin janin membesar dalam kandungan, pertumbuhan sel dan molekul anti-keradangan pula mengambil tempat. 

Sel T regulatori (Tregs) atau sel darah putih yang menggalakkan anti-keradangan akan mengambil alih tugas dan melindungi janin. 

Ibu hamil yang memiliki tahap sel Tregs yang rendah cenderung mengalami keguguran. 

Dalam tahap terakhir proses kehamilan, sistem kekebalan badan ibu hamil akan berubah kembali untuk menyokong keradangan pula. Kalau tak, ibu takkan boleh bersalin!

Sebab itu doktor menjelaskan kelahiran pramatang terjadi kerana tindak balas imun badan ibu hamil yang salah atau tak normal. 

Malah, kajian juga membuktikan yang bayi telah lama dilindungi dari penyakit, sejak dalam kandungan lagi!

Ia dijalankan menerusi pemberian mikrob dari ibu hamil kepada bayi – menerusi plasenta!

daya ketahanan badan ibu hamil

Bayi telah dilindungi dengan mikrob dari ibu hamil menerusi plasenta.

Tapi, imun dan tahan badan ibu hamil juga boleh menyebabkan penyebaran bakteria dan virus!

Namun, Dr. Mor juga mempunyai teori berbeza tentang virus dalam kandungan. 

40% daripada kelahiran pramatang adalah disebabkan jangkitan. Tapi, bila jangkitan ini bertindak?

Menurut pakar, pengaktifan sistem imun badan dan ketahanan badan ibu hamil yang terlampau tinggi ketika ingin melawan virus (yang telah ada dalam sistem badan) – mungkin faktor mengapa virus dan jangkitan ini boleh merebak.

Malah, ia meningkatkan risiko bayi tersebut terkena schizophrenia, gangguan autisme dan alahan!

Walaupun jika virus atau jangkitan tersebut tak dibawa oleh ibu hamil, namun ia masih boleh tersebar kerana keradangan dalam kandungan. 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Kajian lanjut masih dijalankan

Kini, Dr. Brice Gaudiliere – profesor perubatan anestesiologi dan perioperatif dari March of Dimes Prematurity Research Center masih menjalankan kajian lanjut tentang sistem imun badan ibu hamil dan kaitannya dengan masalah penyakit bayi baru lahir. 

Mereka ingin mengenalpasti sel imun mana yang yang bertindak balas untuk melawan virus, bakteria dan memberi isyarat yang paling aktif.

Apa yang pasti – sistem kekebalan tubuh badan wanita hamil tak bertindak secara berasingan dengan kandungan. Malah, ia saling berhubung untuk mengawal proses kehamilan!

Dengan itu, ibu hamil haruslah menjaga kesihatan mereka dengan sehabis baik untuk melindungi si manja yang ada dalam kandungan.

Sama-sama kita berusaha demi si manja yang tercinta, ya?

Semoga semuanya selamat saja untuk anda dan bayi yang bakal lahir di dunia itu. 

Ayuh kongsikan penemuan ini agar lebih banyak wanita hamil di luar sana bijak menjaga kesihatan masing-masing untuk tak menjejaskan kandungan. 

Sumber rujukan: Medical News Today, NCBI, Science Magazine, dan Science Immunology

Kredit gambar: Medical News Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdemam-ketika-hamil-punca-autisme/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Daya Tahan Badan Ibu Hamil Mungkin Punca Kelahiran Pramatang!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham