Antara salah satu masalah yang para ibu risaukan dalam proses membesarkan si manja adalah apabila menyedari berat badan anak tidak naik. Walaupun sudah berikan susu badan mencukupi setiap masa, ia mungkin mendatangkan persoalan dalam diri anda punca-punca berlakunya perkara ini.
Biasanya seiring dengan pertambahan usia, berat badan bayi sepatutnya mengalami pertambahan. Jika tidak memenuhi standard yang ideal, keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Baca juga: Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir, Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau!
Penyebab berat badan anak yang masih bayi tidak naik
credit to sources
Bagi bayi yang berusia kurang dari 1 tahun, punca utamanya adalah kerana tidak cukup mendapat susu badan atau tidak mampu menyerapnya dengan baik. Beberapa faktor lain berat badan bayi susah naik ialah:
#1. Tempoh menyusu terlalu singkat
Bayi yang menyusu terlalu sekejap akan mengalami kesulitan dalam meningkatkan berat badannya kerana nutrisi yang diterima tidak mencukupi. Hal ini mungkin disebaabkan oleh bayi kepenatan sehingga sering tertidur, si manja berhenti menyusu secara tiba-tiba atau ibu melepaskan puting dari mulut dan sebagainya.
#2. Posisi bayi ketika menghisap susu
Ketika bayi menyusu dengan baik, si manja dapat menerima susu badan dengan mudah dan efektif sehingga memperoleh nutrisi mencukupi bagi meningkatkan berat badannya.
Namun jika si manja tidak menyusu dengan baik atau hanya menempel pada payudara ibu, keadaan ini boleh membuatkan bayi sukar memperoleh susu ibu sehingga berat badan anak sukar naik.
#3. Tidak menyusu bayi mengikut keinginannya
credit to sources
Sebahagian bayi hanya akan diberikan susu mengikut jadual yang tertentu, bukan atas permintaannya (menangis menunjukkan tanda lapar). Kebiasaan ini secara tidak langsung membuatkan bayi mengalami kekurangan nutrisi yang diperlukan sehingga berat badannya sukar bertambah.
#4. Ibu mengalami tekanan pasca kelahiran
Bagi ibu yang pertama kali, anda mungkin memerlukan masa untuk terbiasa dengan rutin harian penjagaan bayi. Sekiranya si manja tidak meragam dan mudah tidur setiap malam, anda sebenarnya bernasib baik!
Hal ini kerana kebanyakan ibu mengatakan bahawa waktu rehat dan tidur mereka sedikit terganggu setelah kehadiran cahaya mata. Kesannya, tekanan yang dialami selepas bersalin membuatkan anda sukar memberikan perhatian cukup pada bayi sehingga keperluan nutrisi si manja tidak dapat dipenuhi.
#5. Bayi jarang menyusu
Sekiranya bayi anda jarang menyusu, tentu sahaja mereka tidak akan memperoleh nutrisi yang cukup bagi menyokong proses tumbesarannya. Kekurangan dalam pengambilan susu ibu setiap hari boleh menjadi penyebab kepada masalah berat bayi tidak naik.
Dalam hal ini, anda sebenarnya menyusu si manja setiap 2 hingga 4 jam sekali atau lebih baik secara kerap.
#6. Pemilihan susu formula yang salah
Tidak dinafikan sesetengah ibu memberikan susu formula kepada bayi mereka atas beberapa sebab tertentu seperti bekalan susu ibu rendah, pengambilan ubat-ubatan tertentu atau menghidap penyakit berjangkit.
Sekiranya bayi diberikan susu formula, pemilihan jenama yang salah dapat membuatkan si manja kekuraangan nutrisi. Ini sekaligus menyebabkan berat badan bayi tidak bertambah.
#7. Masalah kesihatan bayi
credit to sources
Sekiranya bayi mengalami kurang sihat atau berasa tidak selesa seperti ruam di sekitar mulut, maka si manja tidak dapat menyusu dengan baik atau kehilangan nafsu makan.
Bukan itu sahaja, masalah pencernaan seperti diare atau penyakit celiac dapat menyebabkan pencernaan mereka sukar menyerap bekalan susu ibu dengan baik. Faktor risiko bayi dilahirkan pramatang, terkena penyakit kuning atau berdepan masalah neurologis juga menyebabkan peluang berat badan sukar bertambah.
Cara mengatasi berat badan bayi tidak naik
#1. Pastikan bayi menempel pada puting susu dengan betul. Jika anda tidak mengetahui bagaimana kedudukan bayi ketika menyusu, bertanyalah pada doktor atau penasihat laktasi.
#2. Menyusukan bayi setiap 2 hingga 3 jam sekali atau bila-bila masa sahaja ketika si manja menunjukkan tanda-tanda lapar.
#3. Jangan terlalu cepat menghentikan bayi menyusu. Biarkan dia menyusu dengan tenang sehingga kenyang.
#4. Sekiranya susu badan ibu keluar sedikit, cubalah untuk lebih kerap menyusu dan mengepam payudara sebelum menyusu bayi. Tindakan ini sebenarnya membantu meningkatkan penghasilan susu dengan berkesan. Selain itu, anda juga digalakkan mengambil makanan penambah susu badan seperti sayuran hijau, kekacang, kurma dan buah-buahan.
Sumber: Sehatq
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!