Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir, Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau!

Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir, Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau!

Secara puratanya suhu badan normal bayi yang baru lahir adalah sekitar 37.5 ℃. Jika bacaan lebih tinggi dari nilai ini, ibu ayah jangan ambil mudah!

Buat ibu ayah yang baru pertama kali, anda mungkin tertanya-tanya berapakah bacaan suhu badan normal bagi bayi baru lahir. Hal paling membimbangkan adalah si manja mula jatuh sakit atau kurang sihat disebabkan masalah selesema atau demam.

Mungkin ramai yang tahu bahawa suhu badan normal bagi setiap manusia ialah 37 darjah celsius. Walau bagaimanapun, ia adalah satu angka yang dikira sebagai purata sahaja. Sebenarnya suhu badan seseorang akan mengalami lebih tinggi atau rendah sedikit berbanding dengan angka berkenaan.

Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!

Suhu badan normal bayi baru lahir

suhu normal bayi

credit to sources

Jika terdapat sedikit perbezaan terhadap bacaan suhu badan, ia tidak bermakna bahawa tubuh anda mengalami kurang sihat atau jatuh sakit. Hal ini kerana suhu badan bergantung kepada beberapa perkara antaranya ialah:

#1. Pengambilan makanan dan minuman seharian

#2. Jenis pengukuran (ketiak, bacaan oral dan rektum)

#3. Usia dan jantina seseorang

#4. Perbezaan waktu. Pagi biasanya suhu adalah lebih rendah dan ia mengalami peningkatan pada lewat tengah hari

#5. Jenis aktiviti yang dilakukan

Dalam hal ini, ada waktu tertentu seorang bayi atau kanak-kanak memiliki suhu badan lebih tinggi daripada orang dewasa sekiranya ia diperiksa melalui bacaan telinga ataupun ketiak.

Suhu badan normal bayi baru lahir hingga 2 tahun adalah sekitar 36.5 darjah celsius sehingga 38 darjah celsius. Bacaan ini boleh mengalami sedikit peningkatan sekiranya si manja anda sedang dalam fasa pertumbuhan gigi.

Justeru, purata bacaan suhu normal bagi bayi baru lahir adalah sekitar 37.5 darjah celsius.

Untuk pengetahuan ibu ayah, suhu bayi sebenarnya lebih tinggi berbanding kanak-kanak ataupun golongan dewasa kerana mereka memliki permukaan tubuh lebih besar berbanding berat badan. Kesannya, tubuh akan menjadi lebih aktif sehingga mampu menghasilkan lebih banyak haba.

Tidak seperti orang dewasa, badan bayi tidak dapat mengawal suhu badan. Si manja juga akan kurang berpeluh meskipun mereka berada dalam cuaca atau keadaan panas kerana dalam tubuh sudah menyimpan lebih banyak haba.

Kesannya, keadaan ini memberikan kesukaran untuk bayi menyejukkan badan sekiranya mereka berdepan dengan gejala demam.

Ini yang ibu ayah perlu tahu tentang suhu panas bayi

suhu bayi baru lahir normal

credit to sources

Berdasarkan pernyataan oleh Ketua Pegawai Perubatan Residen dan Pediatrik dari Royal Children’s Hospital, Dr. Daniel Golshevsky, bagi bayi yang berumur bawah 3 bulan dengan suhu 38 darjah celsius, mereka sudah dianggap demam.

Manakala suhu 38.5 darjah celsius pula adalah tahap bacaan bagi bayi berusia lebih 3 bulan dan kanak-kanak turut dianggap sebagai demam. Dalam hal ini simptom bayi dan sejarah kesihatan boleh menentukan sama ada suhu badan mereka yang tinggi ini adalah sesuatu perlu dibimbangi ataupun tidak.

Tambahnya lagi ada waktunya bayi berkemungkinan mempunyai suhu badan lebih tinggi sekiranya ibu memakaikan mereka pakaian berlebihan (banyak lapisan atau dibaluti menggunakan selimut).

Tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya si manja demam

Jika naluri ibu merasakan bayi mengalami demam, cara terbaik yang boleh anda lakukan di rumah ialah dengan periksa suhu badan bayi menggunakan termometer. Alat ini mampu membantu ibu ayah membuat keputusan sama ada perlu segera membawa bayi berjumpa doktor ataupun tidak.

Antara tanda yang boleh anda berikan perhatian ialah:

  • Pipi bayi mula menunjukkan kemerah-merahan
  • Merasai peluh atau kelembapan pada tubuh si manja
  • Anda berasa panas berbanding biasa apabila menyentuh bahagian dahi, perut dan belakang tubuhnya
bacaan suhu bayi baru lahir

credit to sources

Langkah untuk memeriksa suhu badan bayi pula adalah:

#1. Pastikan si manja dalam posisi yang selesa pada lutut anda. Kemudian letakkan termometer pada bahagian ketiak bayi. Ibu perlu sentiasa menggunakan cara ini bagi anak yang berada bawah usia 5 tahun.

#2. Dengan perlahan-lahan, cuba menahan lengan bayi kepada bayi bagi memastikan termometer berada pada tempat yang sama (bergantung pada arahan di kotak termometer). Kebiasaannya, ia memerlukan tempoh lebih kurang 15 saat. Jika menggunakan termometer digital, ia mengeluarkan bayi sebaik sahaja selesai menunjukkan bacaan suhu.

#3. Nilai suhu yang terpapar pada alat termometer ini menunjukkan suhu badan anak pada waktu berkenaan. 

Sumber: Health detik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner