X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

4 min bacaan
Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Pemilihan pakaian bayi baru lahir kebiasaannya membuatkan ibu ayah rasa cukup teruja. Namun jangan sampai membazir ya, ini beberapa panduan berkesan buat anda!

Proses menyediakan keperluan dan pakaian bayi baru lahir sememangnya memerlukan banyak pertimbangan. Apatah lagi kulit si manja sangat sensitif dan berupaya berdepan masalah.

Di sebalik kelembutan kulit bayi, jika ibu ayah tidak menjaganya dengan baik boleh menyebabkan ruam, gatal dan lebih teruk lagi masalah eczema. Salah satu puncanya mungkin faktor tersalah pilih material baju yang sesuai.

Panduan memilih pakaian bayi baru lahir 

pakaian bayi baru lahir

credit to sources

Ketika anda dan pasangan keluar mencari keperluan untuk bayi yang bakal lahir, ibu hendaklah meneliti beberapa perkara. Ia tidaklah hanya berfokus kepada design dan warna cantik semata-mata, namun sebenarnya kurang sesuai untuk kegunaan harian si manja.

Antara panduan ketika memilih pakaian bayi baru lahir ialah:

#1. Beli baju bayi sesuai dengan keperluan

Sebelum kelahiran si kecil biasanya kebanyakan ibu sudah membuat persiapan awal. Lebih-lebih lagi kalau ini adalah anak pertama, pasti anda dan suami begitu teruja sehingga rambang mata.

Padahal semuanya belum tentu sesuai dengan keperluan. Dalam hal ini, kawal diri untuk tidak menjadi ‘gila’ ketika membeli. Utamakan keperluan anak kecil anda.

Koleksi pakaian yang wajib ada untuk bayi baru lahir ialah:

  • 4-8 helai rompers (pilih model yang memiliki lubang leher dan kaki lebar)
  • 4-8 helai seluar kecil
  • 4-8 set baju tidur
  • 2 helai selimut
  • 1-3 helai sweater atau jaket dengan bukaan butang di bahagian hadapan
  • 4-7 pasang stokin
  • 1-3 helai topi atau penutup kepala (pilih yang tidak bertali)
  • Sarung tangan

#2. Perhatikan keselesaan bayi

pakaian bayi baru lahir

Kredit: Wayne Evans/Pexels

Memilih pakaian untuk newborn baby mestilah mengutamakan keselesaan. Meskipun si manja tidak dapat bercakap jika mereka berasa tidak selesa, namun dia boleh menyatakannya melalui tangisan.

Bukan itu sahaja, anda perlu mengelakkan banyak aksesori semasa membeli pakaian. Kadang kala ramai ibu ayah tertarik dengan perhiasan pada pakaian bayi sehingga sanggup beli sambil ‘tutup mata’ tanpa memikirkan aspek keselesaan.

Anda perlu tahu bahawa sebarang jenis aksesori akan menganggu si manja, berbahaya dan boleh menyebabkan risiko tertelan.

#3. Pilih ukuran yang sesuai

Semasa memilih baju untuk bayi, ibu ayah harus mengelakkan memilih pakaian yang muat-muat sahaja dengan tubuh anak kecil anda Ketahui bahawa saiz pakaian bayi didatangkan secara berbeza. 

Sebilangannya memiliki ukuran yang ditulis baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 9 bulan. Dalam hal ini, ibu perlu elakkan memilih pakaian berdasarkan usia semata-mata, tetapi perlu mengikut saiz badan si manja.

Pastikan saiz yang anda beli adalah sesuai. Anak akan mengalami proses tumbesaran begitu cepat tanpa ibu menyedarinya.

Bagi menjimatkan wang, anda dinasihatkan untuk membeli pakaian dengan ukuran yang sedikit lebih besar supaya bayi dapat bergerak dan melancarkan peredaran darah.

#4. Material yang selesa

Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Jenis kain adalah salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian semasa ingin membeli pakaian untuk anak kecil anda. Memandangkan kulit bayi sangat halus, ia amat mudah menyebabkan masalah iritasi ataupun ruam merah.

Kami mencadangkan anda untuk memilih material jenis kapas (cotton) yang lembut dan menyerap peluh. Kain kapas sebenarnya amat sesuai digunakan oleh bayi atau anak kecil kerana memberikan rasa selesa dan mudah bergerak aktif.

Jadi anda tidak perlu lagi risau anak meragam kerana pakaiannya tidak selesa atau panas.

#5. Mudah dicuci dan praktikal

Pakaian yang anda lihat sangat comel tidak semestinya senang untuk dijaga. Sesetengah jenis biasanya mudah rosak selepas beberapa kali dicuci. Ingat, pakaian bayi perlu kerap dibasuh setelah susu ibu tumpah atau lampin bocor.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Bukan itu sahaja, aktiviti menukar pakaian juga menjadi kerap memandangkan anak semakin membesar. Justeru, pilih pakaian yang senang dipakai dan ditanggalkan.

Elak membeli jenis yang banyak butang kerana ia agak rumit untuk membukanya dan memerlukan tempoh masa lama. Kesannya, anak dan ibu bertukar kepada keadaan tertekan hanya kerana masalah kecil ini.

Kesimpulannya, ibu ayah perlu mengawal keghairahan ketika membeli pakaian dan keperluan si manja. Biarlah berpada-pada agar tidak membazir kemudian hari.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Sertai peraduan Breeze dengan mengisi borang di bawah dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sebanyak RM200!

Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Simpan Baju Bayi Yang Tidak Lagi Digunakan, No.3 Parents MESTI Buat

Baca juga: Cara mencuci dan menyimpan baju bayi baru lahir untuk ibu bapa baru

Baca juga: Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!
Kongsikan:
  • Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

    Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

  • 35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

    35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

    Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

  • 35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

    35 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir, #5 Amat Penting & Wajib Ada!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.