X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Masih Tiada Gigi? Tidak Mengapa, Tapi Tekstur Makanan MESTI Diubah!

4 min bacaan
Bayi Masih Tiada Gigi? Tidak Mengapa, Tapi Tekstur Makanan MESTI Diubah!

Memang bermula usia bayi 6 bulan mereka patut diberi puri, tapi meningkat usianya 8 bulan, 10 bulan hinggalah 12 bulan, tekstur makanan bayi patut diubah secara berperingkat.

Apabila bayi anda sudah mula menolak makanan yang biasa dimakan, ada banyak sebabnya. Antaranya ialah mereka sudah bosan dengan tekstur makanan bayi yang diberi.

Memang bermula usia bayi 6 bulan mereka patut diberi puri, tapi meningkat usianya 8 bulan, 10 bulan hinggalah 12 bulan, tekstur makanan bayi patut diubah secara berperingkat.

Seperti perkongsian oleh Dietitian, Fizah Sobri di Facebook, dia menekankan bahawa ibu bapa tidak perlu tunggu bayi tumbuh gigi baru bertukar tekstur makanan. 

Tidak dinafikan ramai ibu bapa yang risau anak akan tercekik makanan jika mereka tidak dapat mengunyah dengan bentuk sekiranya tiada gigi. 

Tapi sebenarnya gusi bayi walaupun tidak tumbuh gigi lagi akan menjadi kuat seiring dengan usianya. Maka bayi perlu berkembang dan stimulasi mereka perlu mengikut usia.

Malah perubahan ini boleh dirasai si ibu yang memberi anak susu badan. Mereka dapat merasai ketapan gusi anak pada puting payudara menjadi semakin sakit. 

Pertumbuhan gigi kanak-kanak adalah berbeza, ada yang cepat ada juga yang lambat. Paling cepat bayi akan tumbuh gigi seawal 4 bulan manakala ada juga bayi yang hanya mulai tumbuh gigi selewat usia 18 bulan!

Jadi ini antara perkongsian daripada Dietitian, Fizah Sobri:

tekstur makanan bayi

Jangan tunggu gigi tumbuh baru nak ubah tekstur makanan.

Pasti banyak persoalan daripada ibu bapa seperti “Kenapa kena tukar tekstur makanan bayi? Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?”

Perkembangan skill bayi adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Maka dengan makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.

6-7 Bulan : puri, cair, kisar halus 

  • Bayi belajar merasa makanan dan telan.
  • Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada bayi 6 bulan.
  • Transition dari susu ke makanan pelengkap.
  • Jangan risau kalau bayi tak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup.
  • Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.

7-8 Bulan: lenyek, kisar kasar

  • Bayi perlu menguatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut.
  • Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu bayi ‘rasa’.
  • Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan.
  • Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan.
  • Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan bayi iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
tekstur makanan bayi

Foto: Dietitian Fizah Sobri

8-10 Bulan: cincang kasar

  • Kuatkan lidah bayi untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan.
  • Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah.
  • Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar bayi dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan.
  • Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan.
  • Sudah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan.

10 -12  Bulan: potongan kecil/kiub lembut 

  • Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut.
  • Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi.
  • Kuantiti 5 – 7 sudu besar.
  • Memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada bayi, sambil makan sambil bereksperimen.

tekstur makanan bayi

12 Bulan Keatas: makanan dewasa

  • Sama seperti makanan dewasa. Anak dah advanced, siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri.
  • Jika beri lain dari menu, bayi boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita.
  • Sebolehnya teruskan no salt & sugar sehingga 2 tahun.

Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Apa apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku. Contoh 3 kali makan puri semasa nak introduce tekstur baru. Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2 kali puri. Keesokan hari 2 kali lenyek dan 1 kali puri. Seterusnya 3 kali lenyek.

Pesan Dietitian itu juga janganlah dirisau sekiranya anak makan bersepah, dan makanan terjatuh di lantai lebih banyaka dari yang dimakan. Kerana momen untuk anak-anak enjoy dengn makanan itu lagi susah dari ibu bapa perlu mengemas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Dietitian Fizah Sobri 

Baca juga:

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Masih Tiada Gigi? Tidak Mengapa, Tapi Tekstur Makanan MESTI Diubah!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham