X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kuala Lumpur

5 min bacaan
8 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kuala Lumpur

8 senarai hospital bersalin Kuala Lumpur di bawah milik kerajaan dan swasta ini mempunyai kemudahan fasiliti serta kos rawatan berpatutan. Ibu, jom semak!

Buat anda yang sudah masuk usia 35 minggu hamil, ini masa yang sesuai untuk membuat pilihan hospital bersalin yang diinginkan. Justeru, kami kongsikan beberapa senarai hospital bersalin Kuala Lumpur.

Namun, pemilihan hospital bersalin hendaklah diutamakan perkara berikut:  

  • lokasi tempat tinggal,
  • kemudahan fasiliti,
  • doktor yang berpengalaman dalam bidang Obsetrik dan Ginekologi,
  • hospital bersih,
  • staf yang terlatih dan mesra
  • yang paling penting adalah kos perubatan tidak terlalu mahal

Isi Kandungan

  • Hospital Bersalin Kuala Lumpur Di Bawah Milik Kerajaan 
  • Hospital Ampang Kuala Lumpur 
  • Hospital Tuanku Azizah (Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur)
  • Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
  • KPJ Damansara Specialist 2 Hospital 
  • Hospital Pusrawi 
  • Al-Islam Specialist Hospital 
  • Rampai Puteri Medical Centre
  • Hospital Pantai Kuala Lumpur

Hospital Bersalin Kuala Lumpur Di Bawah Milik Kerajaan 

Hospital Ampang Kuala Lumpur 

hospital bersalin kuala lumpur selangor

Antara salah satu hospital bersalin Kuala Lumpur dan Selangor ialah Hospital Ampang. Ia terletak di Taman Pandan Mewah, Ampang dan berada di lokasi yang strategik untuk penduduk sekitar Lembah Klang. 

Apatah lagi, wad pakar sakit puan dan perbidanan Hospital Ampang juga telah diperkembangkan kepada rawatan wad antenatal, post-natal, ginekologi, pusat bersalin dan perkhidmatan pembedahan. 

Antara kelebihan Hospital Ampang ini ialah ia mengadakan kelas antenatal secara percuma. Sekaligus, parents boleh menimba ilmu berkaitan keibubapaan dengan lebih mendalam.

Selain itu, jururawat dan staf di hospital ini juga arif berkaitan penyusuan dan tidak lokek menunjuk ajar kepada ibu yang masih keliru tentang penyusuan susu ibu yang betul.

Alamat: Jalan Mewah Utara, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

Telefon: 03-4289 6000

Hospital Tuanku Azizah (Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur)

hospital wanita kuala lumpur

Mula beroperasi pada hujung tahun 2018, Hospital Tuanku Azizah atau HTA pada asalnya dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Lumpur merupakan jabatan yang dahulunya berada di Hospital Besar Kuala Lumpur atau HKL.

Ia menyediakan hampir satu ribu katil buat ibu bersalin, kemudahan dewan bedah dan struktur binaan bangunan begitu mengagumkan. Hospital ini sangat mesra bapa kerana adanya ruang menunggu selesa dan cantik.

Menurut akhbar tempatan, caj minimun dikenakan kepada ibu bersalin iaitu serendah RM10 sahaja bagi menikmati perkhidmatan setanding hospital swasta!

Alamat: Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, kampung Baru, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

Telefon: 03-2600 3000

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM

hospital bersalin kuala lumpur

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM atau HCTM, sebelum ini dikenali sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. 

Ia merupakan salah satu hospital universiti di Malaysia yang ditadbir oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Hospital ini menyediakan perkhidmatan awam, pendidikan dan promosi pendidikan kepada orang ramai.

Ia turut menetapkan kadar caj yang berpatutan bagi bakal ibu yang pertama kali melahirkan anak.

Alamat: Jalan Yaacob Latif Kuala lumpur, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

Telefon: 03-9145 5555

Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Terbaik

KPJ Damansara Specialist 2 Hospital 

hospital bersalin 2021

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery

Antara rawatan yang disediakan disini ialah pemantauan ibu dan bayi, ubat-ubatan, vaksinasi BCG dan Hepatitis B, rutin ujian darah, G6PD dan kumpulan darah serta lain-lain rawatan. 

Kos rawatan termasuk sekali baby car seat:

  • Pakej bersalin normal: RM3,000
  • Pakej bersalin caesar: RM8,800

Alamat: 1, Jalan Bukit Lanjan 3, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

Telefon:03-7717 3000

Hospital Pusrawi 

bersalin hospital swasta

Antara rawatan: prosedur kelahiran normal, kelahiran caesarean, perundingan pakar sakit puan dan kanak-kanak, ujian darah dan vaksinasi. 

Kos bersalin normal: 

  • Bilik seorang (RM2,150)
  • Bilik dua katil (RM1,950) 
  • Bilik empat katil (RM1,550)

Alamat: Lot 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

Telefon: 03-2687 5000

Al-Islam Specialist Hospital 

hospital al islam

Antara rawatan: Rawatan luka episiotomi, pakar perunding O&G, ujian untuk bayi baru lahir oleh pakar pediatrik, vaksinasi, hidangan berpantang dan lain-lain. 

Kos rawatan: 

  • Bilik empat katil : RM2,500
  • Bilik dua katil: RM2,700
  • Bilik satu katil : RM 3,000

Alamat:85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

Telefon:03-2693 1007

Rampai Puteri Medical Centre

rampai puteri hospital

Antara rawatan: review dari doktor, vaksinasi untuk bayi baru lahir, ubat-ubatan, hidangan untuk ibu berpantang, melakukan prosedur bersalin normal dan pembedahan. 

Kos rawatan: 

  • Suite room : RM 4,200 (2 hari 1 malam)
  • Bilik satu katil : RM 3,800 (2 hari 1 malam)
  • Wad terbuka : RM 3,200 (2 hari 1 malam) 

Alamat: Jln Seri Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Beroperasi 24 jam

 Telefon: 03-4131 2039

Hospital Pantai Kuala Lumpur

pantai

Terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur berhampiran pusat bandar dan bandar satelit, hospital ini sangat terkenal sebagai pilihan utama pesakit tempatan dan antarabangsa. 

Ia menawarkan perkhidmatan bersalin secara water birth atau bersalin di dalam air. 

Dengan pakej bersalin yang diberikan bagi ibu mengandung dari awal proses kehamilan ialah menerima perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan yang berpengalaman dalam bidang Obstretrik & Ginekologi dan Pediatrik.

Antaranya ialah menguruskan kehamilan yang berisiko tinggi dan berisiko rendah, penjagaan selepas bersalin, kelahiran bantuan peralatan, perkhidmatan pranatal & bersalin am dan pembedahan.

Ia turut menyediakan jururawat yang mesra, berpengalaman dan terlatih dalam penjagaan neonatal, perbidanan serta penyusuan dan mampu menyediakan rawatan yang optimum bagi bayi baru lahir.

Kos rawatan: 

  • Bersalin normal: RM4,000 – RM6,000
  • C-Section: RM9,600 – RM12,000

Untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan kos rawatan di hospital yang disenaraikan ini, anda boleh terus layari laman web hospital berkenaan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpantang Sendiri Ketika PKP Agak Mencabar, Ibu Perlu Tahu Cara Betul Uruskan Diri

Baca juga: 8 Pakej Berpantang Terbaik di Lembah Klang Untuk Ibu Yang Perlukan ‘Me Time’, Lengkap Dari A Hingga Z!

Baca juga: Senarai Pakej Bersalin 2020 Bagi 5 Hospital Swasta Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 8 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kuala Lumpur
Kongsikan:
  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham