X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Malam Pertama Tidak Semestinya Perlu Terus 'Bersama' Jangan Gemuruh, Ikuti Tips Ini

4 min bacaan
Malam Pertama Tidak Semestinya Perlu Terus 'Bersama' Jangan Gemuruh, Ikuti Tips IniMalam Pertama Tidak Semestinya Perlu Terus 'Bersama' Jangan Gemuruh, Ikuti Tips Ini

Malam pertama merupakan sesuatu yang cukup istimewa untuk pasangan berkahwin, ambil masa anda, tak semestinya malam pertama kena terus 'buat'.

Buat pengantin baru, malam pertama boleh menjadi sesuatu yang amat mendebarkan. Tetapi jika anda banyak membaca mengenai tips malam pertama, mungkin perasaan anda akan jadi lebih relaks.

Tahukah anda, menurut portal xgeneroyales, bagi pasangan dara dan perawan, peratusan hubungan seksual yang tidak berlaku pada malam pertama adalah lebih tinggi?

Selain tidak tahu cara yang tepat, perasaan takut dan janggal juga menyebabkan pasangan pengantin baru ini tidak dapat melayari malam yang penuh kebahagiaan itu.

Tips malam pertama, jangan risau anda mampu melayarinya

malam pertama, malam pertama perkahwinan, tips malam pertama, seks malam pertama, seks

Siapa saja yang tidak berdebar terpaksa berkongsi bilik dengan yang berlainan jantina yang selama ini tidak pernah dilakukan sama sekali.

Berdebar betul jadinya hingga jadi serba tak kena, malah ada rasa nak lari keluar dari bilik pun ada. Tapi apa pula kata orang nantikan?

Di sini dikongsikan tips dari  XgeneRoyales cara-cara, nasihat dalam melayari bahtera malam pertama dengan jayanya.

Jangan nervous lagi ya! Anda boleh cuba praktikkan petua-petua ini!

#1. Ambil masa anda

Bagi pengantin baru, masing-masing masih lagi tidak mahir dengan cara-cara melakukan hubungan seks yang mahir. Jadi tak semestinya malam pertama anda perlu terus melakukannya. Ambil masa anda.

Tambahan lagi, pada malam pertama tersebut, pasangan pengantin boleh menjadi penat kerana seharian melayan tetamu dan kenalan yang bertandang ke majlis perkahwinan.

Ditambah juga dengan suasana di rumah mertua yang sibuk, serta ramai tetamu yang barangkali turut sama tidur di sana.

Walaubagaimanapun, jika kedua pasangan sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, silakan sama-sama melayarinya.

Namun, jika salah seorang tidak bersedia, pasangan perlu bertolak ansur dan bertoleransi. Ini penting.

Sebab, kalau seks kali pertama tersebut dilakukan secara paksaan ataupun secara cepat (quickie), dikhuatiri anda tidak dapat menikmati ‘keasyikannya’ sepenuhnya.

Di samping itu, aktiviti seks kali pertama buat pasangan pengantin baru, pastinya akan jadi agak sedikit ‘bising‘ disebabkan proses pecah dara Si Dia. Memang sakit pada Si Dia untuk kali pertama!

#2. Bersenggama di awal pagi pun boleh

Tips malam pertama, seks pada waktu pagi. Jadi sebagai langkah alternatif, hubungan seksual kali pertama boleh juga dilakukan pada waktu awal pagi selepas semua orang di rumah sedang lena tidur.

Kejutkan pasangan anda, dan pujuklah dengan mesra. Apa-pun jangan risau, untuk pengantin baru, tiap-tiap malam selepas itu adalah malam pertama.

#3. Jangan terpengaruh dengan filem

malam pertama, malam pertama perkahwinan, tips malam pertama, seks malam pertama, seks

 Dalam filem yang berunsur 18 sx, adengan-adegan seksual tersebut adalah dirancang dan nampak begitu sempurna.

Perwatakan pelakon yang bersedia, fizikal yang terbaik, dan ianya tampak berlaku dengan lancar sekali.

Ingat, realitinya bukan begitu. Jangan terikut-ikut dengan filem. Dalam filem-filem tersebut, kesemuanya hanyalah fantasi!

Adegan ‘aksi’ yang dilakukan kesemuanya sudah dirancang dari babak ke babak, telah di’shoot‘ beberapa kali sehingga sempurna, serta prosedur angle video taping yang tepat dan mengiurkan.

Fantasi yang keterlaluan dalam hubungan seksual akan menyebabkan ‘ibadah’ pengantin baru pada malam pertama tidak dapat mencapai jangkaan.

#4.  Wajib tenang, jangan nampak gabra

Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Growing up in KidZania Kuala Lumpur: a safe space for your child to learn
Growing up in KidZania Kuala Lumpur: a safe space for your child to learn
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Why Choose Gerber Baby Food?
Why Choose Gerber Baby Food?

Tips malam pertama yang berikutnya adalah, kedua-dua pasangan wajib bertenang dan jangan terburu-buru.

Jangan fikir terlalu banyak benda yang bukan-bukan. Sehinggakan, jangan terlalu hafal langkah-langkah yang patut, serta jangan tunjukkan ekspresi muka yang tertekan dan risau.

Lebih mngeruhkan keadaan, jika salah seorang pasangan tak dapat bersikap tenang, pasangan yang lain juga pastinya akan menjadi tak keruan. Kuncinya adalah sentiasa bersikap semula jadi.

#5.  Borak-borak manja dulu, barulah…

malam pertama, malam pertama perkahwinan, tips malam pertama, seks malam pertama, seks

Dalam keadaan duduk di atas katil, ajak pasangan anda untuk berbual-bual. Mulakan dengan topik yang mudah dulu.

Tanyalah dia pasal soalan-soalan yang biasa anda tanya sebelum anda berkahwin. Ini akan menjadikan permulaan malam pertama yang hebat, kerana pasangan akan terus merasa selesa sesama sendiri.

Selepas anda rasa perbualan tersebut sudah cukup rancak, jangan malu-malu untuk berbincang tentang ‘aktiviti ibadah’ pada malam pertama tersebut.

#6. Mulakan dengan teknik foreplay

Seringkali hubungan seks menjadi hambar adalah disebabkan oleh tiadanya foreplay semasa permulaan hubungan seks. Jangan risau, foreplay sebenarnya tidaklah ses usah yang digambarkan.

Aktiviti foreplay ni bertindak sebagai muqaddimah, serta dapat menaikkan keselesaan dan nafsu pasangan pada awal hubungan seks. Warm up!

Ia boleh dimulakan dengan ciuman mesra pada bahagian bibir pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: xgeneroyales

Baca juga: Seks Kali Pertama Menyakitkan? Newlyweds, Ini Yang Anda Patut Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Malam Pertama Tidak Semestinya Perlu Terus 'Bersama' Jangan Gemuruh, Ikuti Tips Ini
Kongsikan:
  • Tingkatkan Keinginan Bersama Dengan Menggunakan Teknik & Tips Jari Jemari Ini

    Tingkatkan Keinginan Bersama Dengan Menggunakan Teknik & Tips Jari Jemari Ini

  • Ramai suami buat 5 KESALAHAN ini masa seks oral - Apa cara yang betul?

    Ramai suami buat 5 KESALAHAN ini masa seks oral - Apa cara yang betul?

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Tingkatkan Keinginan Bersama Dengan Menggunakan Teknik & Tips Jari Jemari Ini

    Tingkatkan Keinginan Bersama Dengan Menggunakan Teknik & Tips Jari Jemari Ini

  • Ramai suami buat 5 KESALAHAN ini masa seks oral - Apa cara yang betul?

    Ramai suami buat 5 KESALAHAN ini masa seks oral - Apa cara yang betul?

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.