X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

4 min bacaan
Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin KuatFahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Bahasa cinta antara cara yang paling mudah untuk anda lebih memahami dan mengenali pasangan. Hubungan suami isteri juga boleh bertambah mesra

Bagi mereka yang sedang berada dalam hubungan, pasti kerap kali terdetik perasaan ingin difahami oleh pasangan masing-masing dan pasangan anda juga pasti inginkan perkara yang sama. Cara paling mudah untuk memahami pasangan masing-masing adalah dengan mengenali love language atau bahasa cinta mereka.

Apa anda boleh baca dalam artikel ini:

  • Perlu faham ‘love language’ pasangan anda untuk hubungan kekal bahagia
  • Bagaimana hendak memahami setiap bahasa cinta yang ada?

Perlu faham bahasa cinta pasangan anda untuk hubungan kekal bahagia

Terdapat 5 bahasa cinta yang kerap dibicarakan iaitu: kata-kata meyakinkan (words of affirmation), masa kualiti bersama (quality time), sentuhan fizikal (physical touch), perkhidmatan (acts of service) dan hadiah (receiving gifts).

Bahasa cinta

Selalunya, ramai yang terasa seperti pasangan mereka tidak memahami mereka walhal pasangan tersebut pula terasa bahawa mereka telah menjadi pasangan yang cukup baik. Ini akan membuahkan konflik dan tidak persefahaman yang kerap dalam hubungan, yang mana pengakhirannya mungkin boleh menjadi teruk.

Sebenarnya, ramai yang sudah tersilap melayan pasangan mereka dengan menggunakan bahasa cinta mereka sendiri.

Contohnya, cara anda menunjukkan kasih sayang anda mungkin  melalui pemberian hadiah, tetapi pasangan anda lebih gemarkan anda menyentuh mereka, tidak kiralah dengan cara membelai rambut, atau berpegangan tangan.

Bahasa cinta

Jadi, walaupun anda memberikannya hadiah yang mahal dengan kerap, tetapi kurang menyentuhnya, pasangan anda akan mula berasa bahawa anda tidak memahaminya. 

Begitu juga jika pasangan anda sering memegang tangan anda, tetapi jarang memberi hadiah pada anda. Padahal, itulah bahasa cinta anda. Pasti anda akan merasa seperti mereka tidak menghargai anda!

Hakikatnya, anda dan pasangan perlu mempraktikkan bahasa cinta satu sama lain untuk menunjukkan kasih dan sayang anda. 

Jika bahasa cintanya adalah sentuhan fizikal, maka keraplah pegang tangannya dan belai rambutnya. Jika bahasa cinta anda adalah masa kualiti bersama, beritahulah pasangan anda supaya dia boleh merancang aktiviti yang boleh dilakukan bersama.

Bagaimana hendak memahami setiap bahasa cinta yang ada?

Seperti yang dinyatakan, terdapat 5 bahasa cinta yang sering dibahaskan. Setiap bahasa cinta ini mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk anda praktikkan kepada pasangan anda.

pasangan romantik

  • Words of affirmation. Jika pasangan anda gemar anda menunjukkan kasih dan sayang melalui kata-kata, sentiasalah puji mereka atau ucapkan kata sayang kepada mereka. Anda tidak perlulah sentiasa membeli hadiah atau membawa mereka berbuat aktivit bersama, kerana dengan kata-kata sahaja sudah cukup membuat mereka terasa dihargai. Ucapkanlah “Awak nampak cantik hari ini.” atau “Saya sayang awak.” untuk gembirakan hari mereka.
  • Quality time. Sebenarnya, anda tidak perlu bawa pasangan anda ke tempat yang mewah. Anda tidak perlu keluar bersiar-siar pun! Jika bahasa cintanya adalah untuk meluangkan masa bersama anda, cukuplah sekadar anda berada dekat dengannya dan berbual dengannya. Apa yang pasangan anda mahukan sebenarnya hanyalah kehadiran anda dan bukannya hendak buat aktiviti sangat pun.
  • Physical touch. Apabila pasangan anda gemarkan sentuhan fizikal, ia tidaklah bermakna dia mahukan hubungan seks. Tetapi cukuplah sekadar anda membelai rambut mereka, atau memegang tangan mereka. Sekali-sekala, berikan mereka kejutan dengan ciuman. Pasti pasangan anda akan merah padam mukanya!
  • Acts of service. Selalunya, mereka yang mempunyai bahasa cinta perkhidmatan ini pasti seorang yang sangat sibuk maka mereka memerlukan pasangan yang boleh membantu mereka dengan menguruskan perkara-perkara yang mereka tidak sempat uruskan. Pada awalnya, bunyinya seakan-akan menjadikan pasangan sebagai bibik, kan? Tetapi, mereka hanya ingin seseorang yang boleh menjaga peribadi mereka dengan rapi.
  • Receiving gifts. Walaupun pasangan anda gemar mendapat hadiah, tetapi ia tidak bermakna anda perlu sentiasa mengeluarkan duit untuk memberinya hadiah. Sekiranya bahasa cintanya menerima hadiah, anda boleh memberikannya apa sahaja asalkan ketika anda menyediakan hadiah tersebut, memang pasangan andalah yang berada di minda. Bagi mereka yang gemar menerima hadiah, mereka rasa istimewa apabila si pemberi teringatkan mereka apabila berdepan dengan sesuatu barangan yang diberi.

Jadi, apakah bahasa cinta anda dan pasangan? Kalau hendak tahu, bolehlah ambil kuiz yang menular di Internet! Semoga dengan memahami bahasa cinta masing-masing, cinta anda dan pasangan akan menjadi lebih kuat.

Diva, mohamadhafiz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cuba Fahami Love Language Anak, Confirm Mereka Jarang Buat Perangai Dah!

Baca juga: 6 Perangai Isteri Yang Buat Suami Makin Sayang Dan Jatuh Cinta Setiap Hari

Stories Rakan Kongsi
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial
TAP Reviews: Enfamama A+ Club Mobile App
TAP Reviews: Enfamama A+ Club Mobile App
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign

Baca juga: Cara Menjaga Hubungan Dengan Suami Dengan Betul Agar Cinta Kekal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat
Kongsikan:
  • Isteri Yang Cerewet Terbukti Mampu Membuatkan Suami Makin Sihat & Bahagia- Pakar

    Isteri Yang Cerewet Terbukti Mampu Membuatkan Suami Makin Sihat & Bahagia- Pakar

  • Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

    Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

  • Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

    Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

app info
get app banner
  • Isteri Yang Cerewet Terbukti Mampu Membuatkan Suami Makin Sihat & Bahagia- Pakar

    Isteri Yang Cerewet Terbukti Mampu Membuatkan Suami Makin Sihat & Bahagia- Pakar

  • Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

    Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

  • Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

    Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.