Apabila berkahwin dan punya anak, tentunya suami perlu memastikan isteri bahagia dalam keluarga itu sambil membesarkan anak-anak hingga dewasa. Sebab itu orang tua-tua kata rumah tangga bahagia terletak pada isteri bahagia dan happy selalu dalam mahligai yang dibina.
Namun begitu, tak semua isteri punya kebahagiaan ini yang kadang kala terlepas dek pandangan suami. Jom kita selami perkongsian hati dari seorang wanita Farah Nunaa yang berkongsi coretan hatinya melalui Facebook.
Kata rumah tangga bahagia, semua tugas isteri sahaja yang buat?
Kredit : Pama
Isteri yang bergelar suri rumah biasanya mengalami stres teruk terutama bila anak-anak menempek 24 jam dengannya dan terperap saja dalam rumah.
Tapi kecewa sungguh bila ramai yang kata suri rumah tak penat dan goyang kaki saja. Sedangkan orang luar hanya tahu “cakap kosong”.
Mereka tak tahu perasaan dan hati suri rumah ini bagaimana. Rasa diri tak guna itu memang biasa. Manakan tidak, nak beli barang duit tak ada.
Simpanan dan harta benda jauh sekali. Bila nampak kita membeli lebih, mulalah kata menyusahkan suami. Lebih menghiris bila orang kata tak sedar diri itu suri rumah!
Tapi anda tak tahu, suri rumah yang ada anak kecil nak makan dan mandi serba tak menentu. Semuanya perlu ikut mood anak masa itu.
Bayangkan orang lain sudah mandi tiga kali tapi suri rumah mandi sekali pun belum tentu. Lagi-lagi kalau anak jenis susah nak lepaskan ibunya.
Soal makan pula, apa yang anak makan itu jugalah makanan kita.
Kunci rumah tangga bahagia bila ada suami memahami
Kredit : Sirap Limau
Kalau dapat suami memahami, alhamdulillah. Cukuplah dia faham situasi, pinjam telinga, bagi semangat dan jangan tambah serabut. Tolong hargai para isteri suri rumah ini. Jangan anggap mereka seperti “maid”.
Lagi teruk kalau dapat suami yang tak kisah isteri sakit, penat atau emosi tak stabil. Semua dia buat tak tahu. Yang dia tahu balik kerja, hadap telefon/tv saja.
Rasa bosan, keluar lepak dengan member. Balik rumah tahu tidur saja. Anak pula lepas semua pada isteri. Mana tak timbul isu isteri bunuh diri atau kelar anak.
Sebab apa suri rumah boleh jadi teruk macam ini? Sebabnya dia tak ada kawan dan kehidupan sosial zero.
Hidup dia hanya untuk anak dan suami. Kalau suami “tunggul” lagi bertambah teruk.
Kalau suami ada rasa simpati, tolonglah beri masa untuk isteri “me time”. Tolong jaga anak sekejap dan buat apa yang patut di rumah.
Suami tolonglah harga isteri dan ibu kepada anak-anak awak. Isteri itu manusia biasa bukan robot dan bukan juga orang gaji.
*****
Ya benar, tips rumah tangga bahagia itu bermula bila seorang ibu dan isteri gembira dari segi fizikal dan mental. Jadi siapakah yang bertanggungjawab membuat ini pada dia?
Jawapannya adalah suami itu sendiri.
Justeru lihat jika ada kepincangan dalam keluarga, sila menilai terlebih dahulu siapa ketua kelurganya kerana bila saling melengkapi pastinya perkahwinan itu bahagia selamanya.
Hargai isteri seadanya
Suami isteri romantik perlulah sentiasa bertimbang rasa dan berusaha untuk saling memberikan kebahagiaan. Meskipun memiliki banyak harta, ia langsung tidak menjamin kebahagiaan buat isteri kerana seorang wanita hanya memerlukan kasih sayang dan perhatian dari lelaki tercinta.
Golongan lelaki dalam rumah tangga dikatakan tunggak dan khalifah bagi sesebuah institusi kekeluargaan. Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi ahli keluarga daripada sebarang perkara tidak diredhai Allah S.W.T.
Sebagai lelaki yang sejati, jangan biarkan isteri sepi tanpa suami di sisi sebagai pelengkap hidupnya. Dia mungkin sanggup berkorban apa sahaja dalam memberikan yang terbaik buat insan tersayang seperti berhenti kerja, menguruskan anak-anak dan menyediakan keperluan keluarga.
Usahlah bersikap lepas tangan dan membutakan mata. Lakukan segala perkara bersama-sama bagi meringankan beban seorang isteri dan ibu kepada anak-anak. Percaya sepenuhnya bahawa isteri yang bahagia boleh menjemput banyak rezeki mendekati anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Pesona Pengantin
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!