Stress Ketika Mengandung Boleh Mempengaruhi Perkembangan Janin Dalam Kandungan!

Stress Ketika Mengandung Boleh Mempengaruhi Perkembangan Janin Dalam Kandungan!

Bagi sesetengah orang stress itu mungkin perkara biasa dalam hari-hari kita, namun tahu tak stress ketika mengandung akan mempengaruhi janin? Ada kemungkinan bayi akan sering menangis bila lahir nanti.

Kehamilan merupakan saat indah bagi insan yang bergelar wanita. Malah, ia merupakan waktu yang memerlukan anda mendapat perhatian daripada keluarga, terutamanya suami. Namun tahukah anda stress ketika mengandung boleh mempengaruhi janin yang bakal dilahirkan nanti?

Bahkan sepanjang tempoh kehamilan ini juga tubuh ibu mudah terkena serangan penyakit seperti selesema, demam, batuk, sakit kepala dan sebagainya. 

Baca juga: Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Benarkah stress ketika mengandung mempengaruhi janin?

emosi ibu mengandung, emosi ibu, emosi, perasaan ibu mengandung, emosi negatif ibu mengandung, sebab ibu beremosi, emosi semasa hamil, emosi ketika hamil, emosi ketika mengandung, emosi ketika berbadan dua, emosi ibu, tips mengawal emosi, sebab ibu beremosi

Kredit: Hello Sehat

Mengikut kajian, ibu yang stress ketika mengandung akan memberi risiko pada perkembangan bayi dalam kandungan. 

Ada kemungkinan bayi tidak naik berat badan, meningkatkan kelahiran pramatang juga jika bayi selamat dilahirkan mereka akan lebih cranky dan suka menangis. Seakan mereka membawa emosi ibu apabila lahir. 

Sebab itu ramai mengakui bahawa fasa mengandung bukanlah perkara mudah. Jika dibandingkan dengan kehidupan sebelum berbadan dua, anda bebas bergerak ke sana sini tanpa halangan bersama suami. Kini, ia menjadi sedikit terbatas dan perlu berhati-hati dalam setiap langkah agar tidak memberi risiko terhadap kandungan.

Bahkan, ibu juga perlu mengurangkan dari terlibat dalam beberapa aktiviti yang bahaya seperti sukan lasak. 

Antara perubahan lain yang mungkin dialami oleh kebanyakan ibu mengandung adalah: 

  • Ibu mudah rasa mual, muntah dan sakit kepala. 
  • Keinginan atau mengidam pelbagai makanan. Bahkan makanan yang tidak disukai sebelum mengandung.
  • Apabila sesuatu perkara tidak dapat dipenuhi oleh suami, emosi ibu hamil akan terganggu. Mereka akan rasa sangat kecewa dan bersedih. 
  • Anda juga mudah berasa sunyi, sedih, menangis dan kadang-kadang mudah naik angin walaupun hanya melibatkan perkara kecil.

Mengapa emosi ibu mengandung amat sensitif dan ibu cepat terasa hati?

emosi ibu mengandung

credit to sources

Ibu mengandung akan mudah beremosi walaupun terhadap perkara yang kecil dan remeh temeh. 

Secara umumnya, perasaan marah dan kecewa yang menyerang ibu hamil disebabkan dua faktor. Pertama kerana perubahan hormon. Kedua kerana perubahan pada seluruh bahagian tubuh badan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan hilang keyakinan.

Namun begitu, emosi ibu mengandung harus dibendung supaya perkembangan bayi dalam kandungan tetap berada dalam keadaan yang baik dan sihat. 

Berikut merupakan punca lain yang membuatkan emosi ibu mengandung sering terganggu:

#1. Penat 

Ketika berbadan dua, ibu harus sesuaikan diri dengan kondisi tubuh baru. 

Ketika trimester pertama, ibu hamil akan melalui fasa tak cukup tidur hingga rasa penat dan kurang bersemangat pada keesokannya. Ia juga berlaku apabila ibu kekurangan vitamin E atau sumber tenaga lain. 

#2. Kurang selesa 

Ketika hamil, ibu akan merasakan gejala mual dan muntah (morning sickness) di pagi hari setelah bangun tidur.

Bukan itu sahaja, ibu hamil juga akan mengalami sembelit, sakit kepala dan sengal pada bahagian punggung. Disebabkan itu, emosi ibu mengandung sering terganggu bila keadaan jadi kurang selesa. 

Sebaiknya, suami dan keluarga memberikan dorongan supaya emosi ibu mengandung sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terlalu ‘beremosi’. Ia mampu membawa kesan buruk pada janin dalam kandungan!

#3. Rasa bimbang dengan keselamatan kandungan

stress ketika mengandung

Semasa hamil, ibu sering rasa bimbang tentang keselamatan kandungan. Ia berkemungkinan disebabkan bayi semakin membesar dan ibu bimbang jika berlakunya risiko keguguran atau perkara lain.

Sedangkan tak ada tanda-tanda yang menunjukkan ke arah yang tak baik! 

Tambahan pula banyak sangat mitos kehamilan yang tak betul. Tapi, biasalah ibu muda sedikit sebanyak akan tetap terpengaruh. Hai ini menyebabkan ibu jadi over protective.  

Kesimpulannya tidak hanya anda sahaja merasai kesan negatif, emosi ibu hamil mempengaruhi janin dalam kandungan juga. Hal ini kerana bayi akan merasai segala emosi ibu, termasuklah jika anda berasa stres dan kemurungan.

Maka bayi akan mudah menangis, kelahiran bermasalah, konflik pada bayi, masalah berat badan  dan lain-lain. 

Semoga para ibu sentiasa mengawal emosi sepanjang kehamilan.

Adalah lebih baik sentiasa berfikiran tenang dan memperbanyakkan amalan soleh supaya diri terjaga dengan sempurna. Diharap artikel ini memberi manfaat pada semua. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Baby center

Sumber: Hamil.co id 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner