X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bila Berjalan Jauh, Ibu Mengandung Elakkan Beriba Anak & Kena Kerap Ubah Posisi Duduk

3 min bacaan
Bila Berjalan Jauh, Ibu Mengandung Elakkan Beriba Anak & Kena Kerap Ubah Posisi DudukBila Berjalan Jauh, Ibu Mengandung Elakkan Beriba Anak & Kena Kerap Ubah Posisi Duduk

Perjalanan jauh dan memakan masa yang lama boleh mendatangkan risiko darah beku di saluran paru-paru terhadap ibu mengandung

Melakukan perjalanan jarak jauh serta dalam tempoh yang lama untuk ke sesuatu tempat, sudah tentu memenatkan. Tambahan lagi kepada ibu sedang mengandung, ia juga boleh memberi risiko kepada golongan tersebut.Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perjalanan jauh undang risiko wanita hamil
  • Panduan perjalanan untuk ibu mengandung

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini pada hantaran Facebook, beliau menceritakan pesakit wanita sedang hamil mengalami bilateral pulmonary embolism with cardiogenic shock (darah beku di saluran paru-paru). Ikuti perkongsikan oleh Dr Hameeth Shah Abdul Wahid ini. 

Perjalanan jauh undang risiko wanita hamil

perjalanan jauh

"Baru balik daripada cuti hari raya, 13 jam memandu pulang dari Kelantan dengan hanya berhenti di satu tempat sepanjang tempoh itu. Anak berusia 3 tahun di pangkuan ibu sepanjang perjalanan," demikian cerita yang dikongsikan.

Susulan itu, beliau turut meninggalkan nasihat dan pesanan:

1- Sekiranya ibu mengandung mengikut perjalanan yang jauh, berhenti dengan kerap sekurang-kurangnya setiap 2 jam dan berjalan-jalan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

2- Jangan beri ibu mengandung memegang anak lain di atas riba di sepanjang perjalanan kerana ia boleh mengganggu peredaran darah ke kaki. Tolong letakkan anak kecil anda di kerusi khas keselamatan kanak-kanak, selamat untuk bayi dan ibu.

3- Selain itu, ibu mengandung juga boleh memakai sarung kaki TED (compression stocking) jika mahu mengikuti perjalanan jauh.

Panduan perjalanan untuk ibu mengandung

Terdapat beberapa panduan boleh diikuti oleh ibu hamil yang mahu melakukan perjalanan jauh dengan aman dan selesa. 

1- Lakukan perjalanan pada trimester kedua

perjalanan jauh

Ia adalah waktu paling sesuai dan selamat untuk ibu mengandung melakukan perjalanan jauh iaitu ketika usia kandungan 4 hingga 6 bulan.

Selain itu, sekiranya tidak ada masalah, penerbangan dengan pesawat juga boleh dilakukan setelah kehamilan 28 minggu. Bagaimanapun, perlu selidik dahulu syarat daripada syarikat penerbangan dan ikuti nasihat doktor.

2- Periksa kehamilan sebelum berangkat

Adalah disarankan kepada ibu mengandung untuk melakukan pemeriksaan kehamilan terlebih dahulu sebelum mengikuti perjalanan jauh. Ia untuk membantu ibu mengetahui keadaan bayi yang dikandung.

Jika keadaan usia kandungan sihat dan stabil manakala ibu dalam keadaan baik, biasanya tidak ada masalah melakukan perjalanan jauh. Bagi penerbangan pula, penting mendapatkan surat daripada doktor yang merawat.

3- Gunakan pengangkutan yang selamat

Jika menggunakan kenderaan sendiri, pastikan keadaan di dalamnya mempunyai ruang untuk anda bergerak. Ibu juga perlu berehat setiap beberapa jam dan menggerakkan badan.

Sekiranya menaiki pengangkutan awam, pilih tempat duduk yang mempunyai ruang cukup untuk bergerak. Seboleh-bolehnya pilih yang berdekatan dengan tandas.

4- Kerap ubah posisi duduk

Disarankan kepada ibu mengandung supaya kerap mengubah posisi duduk. Gerakkan badan setiap 30 minit bagi mengelakkan pembekuan darah lebih-lebih lagi jika ibu melalui perjalanan lebih 5 jam.

5- Gunakan pakaian longgar

Pakaian dan kasut yang sesuai membuatkan ibu mengandung berasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan. Dinasihatkan untuk mengelakkan daripada memakai pakaian ketat dan pilihlah pakaian longgar supaya ibu mudah bergerak.

Facebook Hameeth Shah Abdul Wahid, IDX Channel.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tip Travel Ketika Balik Kampung

Baca juga: Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Baca juga: Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bila Berjalan Jauh, Ibu Mengandung Elakkan Beriba Anak & Kena Kerap Ubah Posisi Duduk
Kongsikan:
  • Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam

    Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam

  • Sukar Dapat Tempat Duduk LRT, Ibu Mengandung Kecewa Pengguna Buat-Buat Tak Nampak

    Sukar Dapat Tempat Duduk LRT, Ibu Mengandung Kecewa Pengguna Buat-Buat Tak Nampak

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

app info
get app banner
  • Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam

    Susah Tidur Ketika Hamil Ada Sebabnya - Ini Cara Bantu Anda Tidur Malam

  • Sukar Dapat Tempat Duduk LRT, Ibu Mengandung Kecewa Pengguna Buat-Buat Tak Nampak

    Sukar Dapat Tempat Duduk LRT, Ibu Mengandung Kecewa Pengguna Buat-Buat Tak Nampak

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.