X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Keluar Rumah (Bismillahi Tawakkaltu): Lafaz Doa, Maksud & Kelebihan, Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

5 min bacaan
Doa Keluar Rumah (Bismillahi Tawakkaltu): Lafaz Doa, Maksud & Kelebihan, Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

Doa keluar rumah rumi ini memudahkan untuk anda amalkan sebelum keluar rumah. Ketahui sekali maksud dan manfaat mengamalkannya.

Doa keluar rumah rumi atau bahasa Arab adalah penting untuk diketahui semua orang. Apabila ingin melakukan sesuatu perjalanan seperti hantar anak ke sekolah, pergi kerja dan pulang ke kampung, anda boleh menggunakan doa ini agar mendapat keberkataan dan perjalanan lebih selamat.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Doa Keluar Rumah Rumi?
  • Doa Keluar Rumah (Bismillahi Tawakkaltu)
  • Lafaz Doa (Bacaan Rumi & Makna)
  • Doa Lain Keluar Dari Rumah
  • Kelebihan Membaca Doa Keluar Rumah Rumi

Apa Itu Doa Keluar Rumah Rumi?

Doa keluar rumah adalah salah satu doa yang diajarkan dalam agama Islam untuk memohon perlindungan dan rahmar dari Allah SWT ketika hendak meninggalkan rumah. Doa ini mencerminkan kesedaran seorang makhluk itu akan keterbegantungannya kepada Allah dalam setiap langkah hidupnya, termasuk ketika meninggalkan rumah untuk beraktiviti di luar.

doa keluar rumah rumi, doa keluar rumah, keluar rumah, keselamatan diri di luar rumah

Doa Keluar Rumah (Bismillahi Tawakkaltu)

Doa keluar rumah yang bermula dengan Bismillahi Tawakkaltu adalah antara doa yang boleh diamalkan ketika mahu keluar dari rumah. Doa ini perlu dibaca kerana dengan doa ini kita memohon perlindungan diri dan keselamatan kepada Allah S.W.T. sewaktu kita diluar kawasan rumah.

Ummu Salamah R.A pernah menyatakan:

ومَا خَرَجَ النَّبِيُّ مِنْ بَيْنِي قَطُّ إِلا رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ اللَّهُمْ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَضَلَّ أَوْ أَزِلٌ أَوْ أَزَلْ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أَظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيْ

Maksud: Setiap kali Rasulullah S.A.W keluar dari rumahku, beliau selalu memandang ke arah langit dan berdoa, ‘Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesesatan dan menyesatkan orang lain, dari berbuat dosa atau mengajak orang lain berbuat dosa, dari melakukan kezaliman atau dianiaya orang lain, dari menyakiti atau disakiti oleh orang lain.’”

HR Ahmad, at-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majah. Matan dari Abu Dawud

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ .

Maksud: Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah’, maka dikatakan ketika itu: ‘Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi’. Malah, Syaitan juga akan menjauh daripada mu. Syaitan yang lain akan menyatakan: ‘Bagaimana engkau ingin mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, dicukupkan dan dan diberikan perlindungan Allah S.W.T?’

At-Tirmidzi 3348

Lafaz Doa (Bacaan Rumi & Makna)

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksud : Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

Doa Lain Keluar Dari Rumah

Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Nabi SAW tidaklah keluar dari rumahku kecuali baginda menghadapkan pandangannya ke langit, lalu baginda membaca zikir:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ

Allahumma inni a-‘udzu bika an adilla au udholla, aw azilla aw uzala, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya”

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain.”

Kelebihan Membaca Doa Keluar Rumah Rumi

1. Mendekatkan Diri Kepada Tuhan

Membaca doa sebelum keluar rumah adalah bentuk ibadah yang sederhana. Dengan melakukan tindakan ini, seseorang mengingat dan menyedari keberadaan Tuhan serta keterbegantungannya pada-Nya. Hal ini membantu untuk memperkuat hubungan spiritual seseorang dengan Tuhan, mengarahkan hati dan fikiran untuk selalu dekat dengan-Nya dalam setiap langkah kehidupan harian.

2. Perlindungan Dari Bahaya

Doa keluar rumah juga mengandungi permohonan kepada Tuhan untuk memberikan perlindungan dari segala bentuk bahaya dan malapetaka yang mungkin dihadapi di luar rumah. Dengan kesedaran bahwa Tuhan adalah pelindung sejati, seseorang dapat merasa lebih selamat dan percaya diri dalam menghadapi segala situasi dan rintangan di luar sana.

3. Meningkatkan Kesedaran Diri

Saat membaca doa keluar rumah, seseorang secara tidak langsung diajak untuk merenungkan niat dan tujuannya dalam meninggalkan rumah. Hal ini membantu meningkatkan kesedaran diri terhadap tindakan-tindakan yang akan dilakukan di luar rumah, serta bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan.

4. Mengurangkan Risiko Kecemasan Dan Stres

Doa adalah satu cara untuk mengungkapkan rasa ketakutan, kebimbangan, dan kecemasan kepada Allah SWT. Dengan membaca doa sebelum keluar rumah, seseorang dapat merasa lebih tenang dan dapat mengatasi stres atau kebimbangan terhadap apa pun yang mungkin dihadapinya di luar rumah. Keyakinan bahwa Tuhan akan melindungi dan membimbing memberikan ketenangan jiwa yang membantu mengurangkan risiko kecemasan.

5. Membentuk Kebiasaan Positif

Membaca doa keluar rumah secara rutin dapat membantu membentuk kebiasaan positif dalam kehidupan harian. Saat kebiasaan ini dilakukan dengan konsisten, seseorang akan merasa lebih teratur dan disiplin dalam menjalani kehidupan, serta lebih mudah untuk menghadapi berbagai peristiwa dan rintangan.

6. Mengingatkan Untuk Berbuat Baik

Doa keluar rumah mengajarkan pesanan kebaikan, kesopanan, dan saling tolong-menolong. Dengan demikian, seseorang diingatkan untuk selalu berbuat baik kepada sesama, membantu orang lain, serta menghindari perbuatan yang merugikan diri sendiri dan orang lain.

7. Membawa Keberkatan Dan Kebaikan

Keyakinan dan amalan yang baik selalu mendatangkan berkat. Dengan membaca doa keluar rumah, seseorang diyakini bahawa segala tindakannya akan mendapat keberkatan dan memberikan kelihatan positif bagi diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Semoga artikel ini bermanfaat!

JAKIM

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu

Baca juga: Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

Baca juga: 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Doa Keluar Rumah (Bismillahi Tawakkaltu): Lafaz Doa, Maksud & Kelebihan, Amalkan Dalam Kehidupan Seharian
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham