TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

4 min bacaan
7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

Doa buat anak dari ibu ayah amat penting bagi membolehkan mereka membesar menjadi soleh dan solehah. Cubalah lakukan amalan ini pada setiap hari

Tidak ada ibu ayah di atas dunia ini inginkan anak membesar menjadi seorang yang nakal mahupun tidak berguna. Sewaktu mereka dalam kandungan lagi ibu-ibu akan berusaha menjaganya sebaik mungkin dengan menjaga pemakanan sihat serta mengamalkan doa buat anak yang mustajab supaya seorang yang soleh serta solehah.

Jika dilihat kembali, kesibukan harian yang dihadapi ada kalanya membuatkan anak memiliki waktu terhad bersama keluarga. Jauh dalam dasar hati anda berharap agar mereka membesar dan menjadi seorang berjaya.

Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina

Pilihan doa buat anak yang ringkas

Selain usaha yang tanpa henti dalam diri mereka, perlu diingat bahawa faktor penentu kejayaan seseorang adalah memperoleh keberkatan dari ibu ayah dan sang pencipta.

Antaranya adalah dengan mengamalkan doa buat anak agar mereka mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

#1. Doa Nabi Zakaria untuk memperoleh zuriat yang baik

Doa ini berasal dari doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan baik. Seperti ibu ayah ketahui, Nabi Zakaria menghadapi ujian tidak memiliki cahaya mata sehingga lewat usianya.

Namun baginda tidak pernah berputus asa dan sentiasa menadah tangan memanjat doa kepada Allah S.W.T agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung perjalanan dakwahnya.

Akhirnya Allah telah memperkenankan doa tersebut dan mengurniakan seorang putera yang mulia iaitu Nabi Yahya. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan rezeki serta memperelokkan akhlak anak.

doa-doa mustajab untuk anak

(surah al-Imran ayat 138)

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du’a

Maksud: ”Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

#2. Doa agar anak menjadi penyejuk mata

Ini adalah salah satu doa yang disarankan kepada ibu ayah untuk memohon keluarga dan anak sebagai penyejuk pandangan dan penawar di hati. Selain itu, ia turut menekankan permohonan agar anda menjadi pemimpin baik atau role model yang menjadi ikutan orang-orang bertakwa.

Panjatkan doa ini setiap kali selepas solat:

doa mustajab untuk anak

#3. Doa supaya anak dilembutkan hatinya

Maksud Latiif ialah salah satu nama Allah yang terkandung dalam Asmaul Husna, membawa maksud Maha Lembut. Dengan berkat kelembutan daripadaNya, eloklah anda memohon supaya Allah melembutkan hati setiap anak-anak agar tidak degil dan keras kepala.

doa mustajab ibu ayah

#4. Doa untuk anak menjadi seorang yang kuat dan sabar

Doa ini dianjurkan untuk ibu ayah meniup pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum mereka melakukan rutin harian atau selepas mendirikan solat bersama.

Mudah-mudahan mereka akan memperoleh kekuatan serta kesabaran untuk mengharungi perjalanan hidup yang penuh mencabar bagi mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.

pilihan doa untuk anak

#5. Doa dikurniakan anak yang mentaati perintah Allah

Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.

senarai doa terbaik

#6. Doa agar anak diberikan rahmat

Ibu ayah disarankan menadahkan tangan memohon doa walaupun sudah berjaya mencapai kesenangan dalam kehidupan bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat serta kembali ke jalan yang benar.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa-doa mustajab ini. Ringkas tetapi cukup mendalam sekiranya anda renungkan kembali.

kehebatan doa ibu bapa

#7. Doa agar anak rajin menunaikan solat 5 waktu

Bukan mudah untuk menggerakkan anak supaya menunaikan solat 5 waktu sekiranya mereka tidak dididik sejak kecil. Amalkan doa ini supaya anda dan anak-anak kekal istiqamah dalam mendirikan kewajipan setiap umat Islam serta menjadi imam kepada mereka.

Doa ini adalah doa yang dibacakan oleh Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.

doa ibu bapa

Sebenarnya ramai ibu ayah masih leka dalam membesarkan anak-anak kerana terlalu fokus terhadap tuntutan dunia semata-mata. Sekiranya anda mendahulukan Allah dalam setiap perkara yang ingin dilakukan, pasti semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa perlu mengharungi dugaan besar.

Selain menyediakan keperluan yang cukup, ibu ayah jangan lupa untuk menadah tangan berdoa dan bercakap menggunakan perkataan baik. Hal ini kerana setiap yang keluar dari mulut anda adalah doa-doa mustajab buat zuriat serta keturunan.

Sumber: Bidadari

Kredit foto: Keluarga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

Baca juga: Ada Baiknya Mengamalkan Doa Ini. Jangan Risau Kalau Tak Tahu, Ini Doa Keluar Rumah Rumi Yang Memudahkan Anda

Baca juga: Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham