X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penempatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 – Daftar Anak Anda Secara Online Sekarang!

4 min bacaan
Penempatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 – Daftar Anak Anda Secara Online Sekarang!

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan platform mendaftar secara online buat ibu bapa yang ingin menempatkan anak mereka di sekolah seluruh negeri tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula membuka sesi pendaftaran tahun 1 secara atas talian di laman web rasmi mereka untuk para ibu bapa dari Semenanjung Malaysia.

Jika anda mempunyai anak yang akan memulakan darjah 1 mulai tahun hadapan, sekarang adalah masa terbaik untuk mula mendaftar dan memohon penempatan di sekolah pilihan anda.

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Secara Online

pendaftaran tahun 1

Proses mendaftar dan memohon penempatan ini perlu dilakukan dalam jangka masa yang diberikan sahaja iaitu mulai 1 Mac 2021  sehingga 30 April 2021.

Jadi, ada lebih kurang dua bulan untuk anda memasukkan maklumat penjaga dan pelajar, dan seterusnya mendaftar untuk permohonan di sekolah berhampiran tempat tinggal anda.

Sistem Pendaftaran Rasmi KPM

Pendaftaran boleh dilakukan di sistem aplikasi SPATKPM, juga dikenali sebagai Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM, iaitu di public.moe.gov.my. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar masuk dan memilih Pendaftaran Tahun 1.

Siapa yang Boleh Membuat Permohonan Sesi Persekolahan 2022/2023 Secara Online?

Ada beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh mula membuat pendaftaran online darjah 1 dan menempatkan anak di sekolah pilihan anda. Antaranya ialah:

  • Terbuka untuk para pelajar dari Semenanjung Malaysia sahaja. Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan masih perlu membuat permohonan secara manual (mengisi borang).
  • Permohonan hanya boleh dibuat untuk sekolah rendah yang berada dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.
  • Pelajar perlu berwarganegara Malaysia kerana maklumat asas pelajar akan diambil secara terus daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Lahir di antara 2 Januari 2015 – 1 Januari 2016 bagi sesi persekolahan 2020 dan lahir di antara 2 Januari 2016– 1 Januari 2017 bagi sesi persekolahan 2021 
  • Sebelum anda boleh memulakan proses permohonan, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru di dalam sistem SPATKPM tersebut jika anda tiada lagi akaun SPAT. Untuk mengetahui cara menggunakan sistem, anda boleh merujuk kepada panduan manual yang telah disediakan oleh kementerian.

Tindakan Susulan Selepas Membuat Pendaftaran Tahun 1 Secara Online

pendaftaran tahun 1, murid sekolah rendah

Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM ini bertujuan bagi memudahkan ibu bapa untuk memohon sekolah buat anak mereka yang akan mula masuk darjah 1. Kini, tidak perlu lagi susah-susah pergi ke sekolah, mengambil borang dan mengisinya secara manual untuk memohon.

Anda hanya perlu mendaftarkan nama anak anda secara online dan kemudiannya memilih sekolah yang anda rasakan sesuai buatnya. Namun, masih ada beberapa lagi tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memastikan pendaftaran berjalan sehingga selesai.

Pertamanya, proses pendaftaran ini adalah satu permohonan sahaja. Penempatannya masih belum disahkan lagi.

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah cetak borang permohonan tersebut. Kemudian, bawa borang ke sekolah yang anda pohon berserta dengan beberapa dokumen sampingan lain.

  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (asal dan salinan)
  • Surat nikah/cerai (asal dan salinan)
  • Bukti alamat tempat tinggal (anda boleh bawa bil elektrik, air, Astro – pastikan ianya adalah bil yang terkini)
  • Sijil lahir anak (asal dan salinan)
  • Kad OKU/Surat doktor (jika ada)

Pastikan anda menghantar borang tersebut bagi pengesahan dan perakuan permohonan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 1 Mac sehingga 30 April 2021. 

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Menghantar Borang ke Sekolah?

Penempatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 – Daftar Anak Anda Secara Online Sekarang!

Keputusan permohonan tersebut boleh disemak di laman KPM dan  hanya perlu klik pautan ini untuk membuat semakan!

Jika anak anda berjaya mendapat tempat di sekolah yang dipohon, anda akan menerima surat tawaran bagi kemasukan ke sekolah terbabit.

Jika permohonan anda ditolak, anda masih boleh membuat rayuan dan menyemak semula keputusan rayuan pada masa yang akan diberitahu oleh KPM kelak.

Mudahkan? Jadi, apa kata anda mulakan proses permohonan penempatan tahun 1 sesi 2020/2021 mulai hari ni sementara ia masih dibuka. Mudahlah nanti untuk anda membuat susulan dengan pihak sekolah sekiranya semua borang telah diisi dan direkod di dalam sistem!

Kongsikan juga artikel ini supaya ibu bapa lain dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan anak mereka dapat masuk ke sekolah yang diingini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca juga: Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

Stories Rakan Kongsi
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Sekolah rendah
  • /
  • Penempatan Tahun 1 Sesi 2022/2023 – Daftar Anak Anda Secara Online Sekarang!
Kongsikan:
  • Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi 2021/2022 Dibuka Awal Mac Ini, Take Note Ya!

    Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi 2021/2022 Dibuka Awal Mac Ini, Take Note Ya!

  • Anak Pandai Cakap English, Parents JANGAN Gopoh Nak Masukkan Ke Dual Language Program!

    Anak Pandai Cakap English, Parents JANGAN Gopoh Nak Masukkan Ke Dual Language Program!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi 2021/2022 Dibuka Awal Mac Ini, Take Note Ya!

    Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi 2021/2022 Dibuka Awal Mac Ini, Take Note Ya!

  • Anak Pandai Cakap English, Parents JANGAN Gopoh Nak Masukkan Ke Dual Language Program!

    Anak Pandai Cakap English, Parents JANGAN Gopoh Nak Masukkan Ke Dual Language Program!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.