X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia

5 min bacaan
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia

Setiap ibu bapa sepatutnya menyedari waktu sesuai untuk mendidik anak-anak tentang kewangan. Namun bila dan bagaimana caranya? Adakah anda sudah memiliki pengetahuan yang cukup untuk mengajar mereka? Baca beberapa tips berguna ini untuk mendedahkan anak-anak tentang kewangan asas dan sekaligus meningkatkan pengetahuan anda.

Pernahkah anda mendengar istilah “money parenting” (pendidikan kewangan)? Jangan terus mengangkat kening, kami tidak mempengaruhi anak-anak anda dengan perakara yang tidak baik atau menekankan konsep kehidupan berasaskan wang! Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, izinkan saya menceritakan sebuah kisah.

Saya adalah seorang ibu yang berusia 35 tahun dan memiliki 3 orang anak. Saya sangat percaya akan kepentingan pengurusan kewangan yang baik untuk masa hadapan anak-anak. Misalnya, kita boleh memulakan didikan seawal usia mereka 3 tahun. Ia sungguh menggembirakan apabila melihat anak-anak saling belajar anatara satu sama lain!

Ketika saya masih kecil, ayah pernah berkongsi petikan daripada David Copperfield Charles Dickens iaitu ‘’Apabila ada $20 dan kamu membelanjakan sebanyak  $19.98, hasilnya adalah kebahagiaan. Apabila wang kamu ada $20 dan menghabiskan sebanyak $20.02, hasilnya adalah kesengsaraan.’’

Dia sering menekankannya ketika saya di usia remaja cuba ‘memanfaatkan’ perbelanjaan elaun sekolah rendah saya. Ada sesuatu yang sangat saya inginkan dari kedai buku sekolah! Bapa saya menawarkan beberapa pilihan kepada saya.

  1. Simpan duit dan beli apabila kamu mampu memilikinya
  2. Membelanjakan wang untuk perkara lain
  3. Terima tambah nilai prabayar kecil mengikut jumlah simpanan anda setiap minggu
  4. Bekerja untuk tambah elaun tambahan! (bermaksud menolong membuat kerja rumah)

Pilihan untuk membelanjakan wang hong boa yang diterima semasa perayaan sama sekali tidak dibenarkan. Ini adalah langkah penjimatan ketika datangnya ‘’hari yang tidak dijangka.’’- Apa pun maksudnya. Pada usia 8 tahun, saya tidak dapat memahami perkara-perkara ini.

Saya tertanya-tanya mengapa menjadi masalah besar baginya untuk memberikan saya wang saku yang lebih sedangkan dia bukannya tidak mampu. Apabila dewasa, saya mula memahami dengan adanya bil-bil yang perlu saya bayar dan perbelanjaan anak-anak yang semakin membesar, saya amat berterima kasih dengan didikan awal tentang kewangan!

pendidikan kewangan

Apakah Maksud “Money Parenting”?

“Money Parenting” adalah proses mendidik anak-anak tentang tanggungjawab kewangan dan sosial. 

Ia adalah cara untuk menyampaikan sikap dan kepercayaan ibu bapa tentang kewangan kepada anak-anak dengan harapan ia memberikan kesan baik pada masa akan datang.

Mengapakah ”Money Parenting” Penting?

Adalah penting untuk mendedahkan anak-anak mengenai pengurusan kewangan. Menguruskan wang adalah sesuatu yang harus dilakukan oleh semua orang. Ia bermula seawal menguruskan duit belanja harian seperti di waktu rehat di sekolah – tiada sesiapa yang boleh lari dari perkara ini.

Mempunyai kemahiran dalam mengurus wang akan memberikan manfaat yang luar biasa apabila anak anda memasuki usia tua kerana di waktu usia tua anda akan menghadapi masalah mengurus kewangan sebenar.

Bercakap dengan anak-anak tentang wang dan menerapkan amalan yang betul dari kecil adalah salah satu cara untuk memastikan mereka mampu mengurus kewangan dengan baik. Anda sebenarnya mempersiapkan mereka untuk masa depan.

Apa Yang Penting Bagi Ibu Bapa?

Eastspring Investments melakukan tinjauan di antara 10,000 peserta di 9 buah negara Asia- tinjauan Asia Money Parenting– dan mendapati bahawa 95 peratus ibu ayah percaya bahawa sangat penting untuk mengajar anak-anak mereka mengurus dan menggunakan wang.

Walaubagaimana pun, dalam soal pendidikan kewangan, indeks keyakinan ibu bapa rata-rata berada pada tahap 0.65 (dengan 1 yakin sepenuhnya). Beberapa kebimbangan yang dihadapi mereka termasuklah:

  • Tidak tahu bagaimana menyampaikan pendidikan kewangan dengan efektif
  • Memerlukan lebih banyak ilmu pengetahuan, kepakaran dan peralatan bagi membantu mereka memberikan nasihat lebih baik kepada anak-anak
  • Ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh ibu bapa yang lain supaya mereka boleh mempelajari dan berkongsi tips didikan yang sempurna
  • Ingin meningkatkan pengetahuan kewangan mereka sendiri agar dapat memberi bimbingan terbaik kepada anak-anak

Kesannya, mereka sering kali tidak mengetahui sejauh mana kejayaan mendidik anan-anak, terutamanya apabila tiada metrik untuk mengukur usaha didikan kewangan mereka.

pendidikan kewangan

5 Tips untuk Pendidikan Kewangan

Berdasarkan nasihat pakar, ada beberapa tips yang boleh membantu anda dalam memulakan pendidikan kewangan.

1. Mula dari awal

Kajian menunjukkan bahawa usia yang baik untuk bermula adalah ketika anak anda berusia 3 tahun[1]. Pada usia mereka 4 atau 5 tahun, anda dapat menerangkan pentingnya tabiat berbelanja dengan baik. Pada usia 7 tahun, anda boleh membuka akaun simpanan.

2. Memimpin melalui teladan

Anda adalah guru pertama dan yang terbaik untuk anak anda. Jika ibu bapa memperolehi pendapatan yang banyak, janganlah berbelanja secara berlebihan[2]. Sentiasa amalkan contoh yang baik dengan membayar bil tepat pada waktunya dan memastikan setiap perbelanjaan diawasi.

3. Mula dengan nilai kecil

Ajar anak anda tentang wang dengan sejumlah kecil duit poket[3] dan ini secara tidak langsung membantu mereka menghargai cara menjana wang dan menggalakkan mereka memahami nilai yang ada. Dengan ini juga, mereka belajar menggunakan wang itu sebaik mungkin.

4. Pastikan mereka berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini

Anda tidak mahu anak-anak membesar nanti tertanya-tanya mengapa mereka terpaksa bekerja untuk sesuatu yang mereka pernah dapat secara ‘percuma’. Dari menghulurkan wang saku kepada mereka, gantikan dengan kerja rumah mudah seperti membersihkan meja makan bagi ‘mendapatkan’ wang saku. Anak-anak yang berusaha untuk mendapatkan wang akan menghargai nilainya[4]. Ini juga membantu menghilangkan fantasi mereka bahawa wang boleh tumbuh di atas pokok atau jatuh dari langit!

5. Bantu mereka menabung dan meningkatkan simpanan

Ketika usia kecil, mulakan simpanan dengan menabung. Ajarkan anak-anak untuk menabung sekerap mungkin. Semasa si manja memasuki sekolah rendah, buka akaun simpanan untuknya dan terangkan kelebihan menabung.

Anda juga boleh memperkenalkan konsep ‘pelaburan’ dengan menambah jumlah tertentu, bagi setiap simpanan berjumlah $50. Anda boleh meningkatkan minat terhadap ilmu perlaburan dengan memperkenalkan konsep faedah dan dividen ketika anak-anak memasuki usia awal remaja.

Seperti biasa adalah penting untuk memimpin melalui teladan. Contohnya, tunjukkan kepada anak-anak bahawa anda memasukkan wang dalam tabung simpanan sendiri. Biarkan mereka memerhatikan tindakan ini. Ketika keluar membeli-belah, ajarkan mereka untuk membuat pilihan bijak dan membezakan antara pelbagai harga[5].

Bantuan Pakar

Ini adalah beberapa petua untuk memulakan Pendidikan kewangan dengan anak-anak anda. Tidak ada pendekatan yang sesuai untuk pendidikan kewangan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, lengkapkan kuiz kami untuk melihat persona anda dan dapatkan nasihat paling sesuai mengikut persona tersebut.

Anda juga boleh meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan dengan melayari laman web Eastspring #MoneyParenting atau menghubungi mereka bagi mendapatkan penasihat kewangan peribadi.

Ia tidak terlalu awal untuk memulakan perjalanan dalam mengajar anak-anak tentang kewangan. Anda memainkan peranan penting dalam membentuk pengetahuan dan kemahiran anak-anak agar berjaya dan mencapai kebahagiaan hidup!

[1] www.goodwealthonline.com/the-rules-of-responsible-financial-parenting/

[2] www.goodwealthonline.com/the-rules-of-responsible-financial-parenting/

[3] www.remembertowater.com/7-tips-for-good-financial-parenting/

[4] www.opploans.com/oppu/articles/money-habits-parents-should-start-modeling/

[5] windgatewealth.com/six-ways-to-teach-your-kids-about-saving-money/

pendidikan kewangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • #PendidikanKewangan
  • /
  • Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Kongsikan:
  • 10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

    10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

  • Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

    Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • 10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

    10 Tips Dari Ibu Yang Hebat, Bagaimana Menjaga Anak Yang Ramai. Selamat Hari Wanita!

  • Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

    Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.