X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu

4 min bacaan
Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu

Doa untuk anak degil yang boleh diamalkan supaya sikap anak boleh berubah secara perlahan-lahan. Sekaligus si kecil akan taat kepada kedua ibu bapanya.

Ramai ibu bapa mengadu anak nakal dan tak mahu dengar nasihat. Oleh itu, apakah doa untuk anak degil yang mustajab dan senang untuk diingat ibu bapa? Justeru, kami di theAsianparent Malaysia akan mendedahkan apa doa untuk anak degil dan keras kepala yang anda suami isteri boleh amalkan.

Tapi sebelum membaca doa untuk anak degil itu, ibu bapa harus tahu dan mengenal pasti punca masalah tingkah laku anak tersebut terlebih dahulu. Pertamanya, lihat dari maksud nama anak. Adakah ia sama dengan karakter mereka?

Keduanya, teliti cara anda melayan dan mendidik anak-anak. Adakah ia terlampau ketat, garang atau terlalu dimanjakan?

Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina

Senarai doa untuk anak degil 

doa melembutkan hati anak

credit to sources

Ketiga, adakah rezeki keluarga yang diperolehi itu datang daripada sumber yang halal atau sebaliknya?

Seterusnya didikan agama. Apakah anda ada menghantar anak ke sekolah pengajian Al-Quran dan mendidik anak untuk berjemaah solat bersama ketika di rumah?

Kenapa semua perkara di atas penting untuk diteliti? Sebabnya, ia boleh mempengaruhi jiwa anak-anak dan menentukan keperibadian mereka bila dewasa kelak.

#1. Surah Ali Imran; Ayat 200

Sebelum membaca doa untuk anak degil ini, adalah lebih afdhal memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat kursi dan selawat Syifa sebanyak tujuk kali.

Kemudian, usap ubun-ubun anak dengan penuh kasih sayang, berserta niat yang baik. Setelah itu, baca doa untuk anak degil sebanyak tujuh kali dan tiup ke atas ubun kepala anak.

 doa untuk anak degil, doa anak degil, nasihat untuk anak degil,doa untuk anak keras kepala, doa untuk anak nakal, doa untuk anak tak dengar cakap,doa melembutkan hati anak, doa lembutkan hati, doa lembutkan hati anak, doa buat anak degil, doa supaya anak lembut hati, doa untuk anak yang nakal

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

#2. Doa untuk anak degil: Doa melembutkan hati anak dari Surah As-Syura Ayat 19

doa lembut hati anak

credit to sources

Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut.

Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.

doa untuk anak degil, doa anak degil, nasihat untuk anak degil,doa untuk anak keras kepala, doa untuk anak nakal, doa untuk anak tak dengar cakap,doa melembutkan hati anak, doa lembutkan hati, doa lembutkan hati anak, doa buat anak degil, doa supaya anak lembut hati, doa untuk anak yang nakal

Maksud: Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

Dua kaedah membaca doa untuk anak degil

Kaedah satu:

  • Membaca doa tertentu pada air seperti Surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa, selawat Tafrijiyah
  • Doa menghindar maksiat (Surah Al-Mu’min ayat 3) bersama beberapa doa yang lain.
  • Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak yang bermasalah dan boleh juga dibuat mandi.

Kaedah kedua:

doa anak degil

credit to sources

Bagi menangani masalah anak degil dan suka melawan cakap ibu bapa, anda boleh juga ambil air tadahan wuduk dan beri anak mandi. Caranya begini:

  1. Bersihkan dahulu badan dengan sabun terutama bahagian anggota wuduk. Ia termasuk anggota yang rukun dan sunat.
  2. Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk
  3. Cara mudah, duduk atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian bawah antara kedua-dua belah kaki. Minta isteri/suami untuk membantu mengambil wuduk.
  4. Basuh semua anggota wuduk sebanyak tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Kemudian ambil wuduk seperti biasa. 
  5. Setelah suami selesai melakukannya, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama.
  6. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul dalam baldi tadi campurkan dengan air biasa.
  7. Gunakan air tersebut untuk mandian anak-anak yang bermasalah.

InsyaAllah dengan usaha ini, anak-anak akan berubah dan patuh kepada kedua ibu bapanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

 Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau, Detik Perjuangan

Baca juga: Doa Untuk Bayi Baru Lahir, Ibu Bapa Elok Amalkan Untuk Perlindungan Anak Dari Gangguan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu
Kongsikan:
  • 6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap

    6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap

  • 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

    7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap

    6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap

  • 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

    7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.