X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!

4 min bacaan
Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!

Menyediakan bekal anak untuk ke sekolah bukanlah sesuatu yang susah sekiranya ibu handal di dapur. Ketika tiada idea memasak, boleh cuba menu mudah ini!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan ibu bapa atau penjaga menyediakan bekal anak untuk ke sekolah bermula 24 Jun ini. Ia adalah usaha secara tidak langsung untuk mengelakkan para pelajar bersesak-sesak di kantin sekolah.

”Waktu rehat akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya makanan serta minuman yang siap dibungkus sahaja akan dijual.”

Bawa bekal anak ke sekolah lebih selamat

bekal anak ke sekolah

Dalam mengekang penularan wabak Covid-19, murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial semasa membeli makanan di kantin dan mereka akan makan di dalam kelas masing-masing melalui pengawasan guru.

Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata pihaknya amat memerlukan jasa baik ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menasihati anak-anak agar mematuhi penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa.

Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah digalakkan untuk berganding bahu bersama pihak sekolah dalam menyediakan persiapan sebelum sekolah dibuka semula serta semasa ia beroperasi.

”Aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak akan dilaksanakan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan, begitu juga dengan perhimpunan sekolah,” jelasnya.

Manakala bagi pelajar yang tinggal di asrama, katil-katil akan disusun pada jarak satu meter dan bilangan katil bagi setiap bilik adalah bergantung kepada keluasannya.

”Susunan meja di dewan makan juga akan ambil kira berdasarkan keperluan penjarakan sosial dan KPM akan menambah baik garis panduan yang disediakan dari masa ke masa berdasarkan nasihat KKM mengikut kesuaian,” ujar Radzi.

Idea bekal anak yang mudah dan sedap

#1. Nasi goreng telur dan sosej

idea bekal anak

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
  • Sedikit jagung
  • 1 sudu makan perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

Bahan sampingan

  • 3 batang sosej goreng dipotong dua
  • Buah anggur
  • Tomato ceri

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur ke dalamnya. Kemudian kacau sehingga menjadi hancur.
  2. Masukkan nasi, sos tiram dan kacau rata.
  3. Tambahkan di dalamnya jagung dan tomato, gaul lagi.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Setelah masak, tutup api dan masukkan nasi ke dalam bekas bekal.
  6. Masukkan salad, soled dan tuangkan sedikit sos. Tambah buah-buahan dan siap!

#2. Bebola nasi dan ayam tariyaki

menu bekal anak sekolah

Bahan bebola nasi

  • 1 cawan nasi putih dimasak bersama 1/4 beras pulut
  • 1/4 cawan beras pulut
  • Sedikit hirisan seaweed
  • 1 batang sosej rebus dan dicincang halus
  • Sedikit daun ketumbar dan daun bawang
  • 1 sudu teh minyak bijan

Bahan ayam tariyaki

  • 6 ketul drumet ayam
  • 1 sudu teh kicap cair 
  • 1 sudu teh halia muda
  • 1 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh cuka
  • Garam secukup rasa

Bahan tambahan 

  • Jagung rebus
  • Daun salad

Cara memasak 

  1. Untuk menyediakan bebola nasi, satukan sosej dan semua bahan hirisan dan perasakan dengan minyak bijan.
  2. Gaul rata dan kepal seperti bebola. 
  3. Sediakan ayam tariyaki dengan menggaul dalam kicap cair dan halia. Perap sekejap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak dan angkat.
  5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan sos cili, serbuk cili, cuka, gula perang dan sedikit air.
  6. Biarkan sos mereneh lebih kurang 2 minit dan masukkan ayam. Gaul rata dengan minyak bijan dan garam. Siap!

#3. Makaroni bakar berkeju

koleksi bekal anak sekolah

Bahan-bahan

  • 250g makaroni (rebus dan tos)
  • 100g daging kisar
  • 1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
  • 150g parutan keju mozarella
  • 1 sudu makan oregano
  • 4 sudu makan sos bolognese
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 biji bawang holland cincang halus
  • 3 sudu mentega
  • Garam dan gula

Cara memasak

  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau hingga ia bertukar warna.
  3. Seterusnya masukkan sos bolognese dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan makaroni serta tomato. Perasakan daram dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan panaskan ketuhar suhu 200c.
  6. Sementara itu masukkan makaroni dalam cawan aluminium foil dan taburkan parutan keju serta serbuk oregano.
  7. Bakar lebih kurang 15 minit dan siap!

Sumber: Sinar Harian, RASA

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

https://my.theasianparent.comsnek-sihat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!
Kongsikan:
  • Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

    Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

  • Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

    Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

    Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

  • Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

    Cepat & Sedap! - Ini 6 Idea Menu Bekal Untuk Anak Bawa Ke Sekolah

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.