Apabila memikirkan menu bekal sekolah anak, ibu-ibu semestinya inginkan sesuatu yang mudah dan tempoh memasak yang cepat.
Bila menyediakan menu sama setiap hari, sudah tentu anak akan berasa jemu dan disebabkan itulah ada antara bekal dibawa pulang tanpa disentuh.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bekal sekolah anak perlukan menu menarik dan sedap
- Kebaikan sediakan bekal dari rumah
Selain menu berbeza, daya tarikan dari hiasan dan susun atur makanan di dalam bekal amat penting. Melihat bekal sekolah penuh warna-warni akan menyebabkan anak tidak sabar mahu menyentuh makanan yang dibawa.
Bekal sekolah anak perlukan menu menarik dan sedap
Perkongsian seorang ibu, Norhidayah Mohd Aripin, dia telah menyediakan beberapa menu untuk dijadikan bekal anak. Dia telah berkongsi idea menu itu di Facebook dalam kumpulan Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) untuk rujukan para ibu lain.
Norhidayah menyediakan pelbagai juadah menyelerakan dalam bekas bento berwarna-warni, pastinya mampu memikat selera anak-anak apabila tibanya waktu rehat di sekolah.
Nasi putih, sambal sotong, tumis sayur campur
Nasi putih, pindang tenggiri, tembikai
Nasi putih, daging goreng kunyit, jeli anggur
Nasi putih, kailan masak kicap, ayam kicap Siti Sarah, buah naga
Nasi putih, kari udang, buah naga
Nasi putih, lala masak lemak, kangkung goreng belacan
Nasi putih, asparagus lada hitam, ayam buttermilk
Nasi putih, ayam percik putih, sayur campur goreng
Soto, buah oren
Sebagai ibu, sudah tentu anda lebih bersemangat sekiranya anak-anak menghabiskan makanan yang dibawa ke sekolah.
Norhidayah turut mengatakan bahawa biasanya anak akan habiskan setiap bekal sekolah yang dibawa.
Bergantung pada keadaan tertentu. Biasanya habis Alhamdulillah. Yang kadang kadang tak habisnya, seketul yang darjah 2 tu.
Sama ada tak dapat seat, keluar lambat, nak ngikut kawan yang gi koperasi atau sakan bersembang dengan kawan, hujung hujung loceng bunyi
Keadaan kat atas ni jadi lebih kurang 2 minggu sekali. Mesti ada jugak sehari.
Ramai pengguna Facebook memuji kegigihan ibu ini menyediakan lauk-lauk yang sedap untuk anaknya bersekolah.
Baru betul mak² bekal kan anak bekal…
Ni kadang² bila tanya budak..bekal ape ibu bagi…nasi ngan telur jer…alahai sayu je dengar nye…
Pastu tgk kwn lain makan beli kat kantin..boleh main tkr² lak….mak cik kantin pandang jer
Rajin betul puan masak . Kalau anak saya mmg x kan hbis bagi bekal macam ni ….
Makcik kantin tak marah kalau ibu nk bekal kan ank mkn kat kantin. Tapi pasti kan mkn tu berkhasiat. Ni tidak bagi nugget. Sosej.. Kadang tengok tak tahu nk cakap.. Bukan apa kalau sakit perut. Nk salah sapa.. Pasti doktor tanya pasti murid kata mkn kat kantin… Dah.. Kami kena.. Tu le masalah nye.. Ibu yg bagi ank bekal pasti kan berkualiti.. Teribaik ibu yg rajin.. Jangan kata pengusaha kantin marah. Tidak ye..
Kebaikan sediakan bekal anak sekolah dari rumah
Selain itu, Dr Jessica Florencia telah berkongsi beberapa kebaikan membawa bekal ke sekolah.
#1. Pelbagai jenis menu disediakan ibu untuk pilihan anak-anak.
#2. Makanan lebih bersih kerana disediakan dari rumah, pemilihan bahan juga dilakukan sendiri oleh ibu bapa.
#3. Mampu tingkatkan prestasi dan tenaga anak-anak untuk aktiviti ketika seharian di sekolah.
#4. Jaminan nutrisi diperolehi anak-anak dalam bekal yang disediakan.
#5. Penyediaan bekal juga membantu ibu bapa berjimat serta ia lebih murah.
#6. Menjimatkan waktu rehat anak-anak untuk aktiviti lainnya seperti membaca mahupun bermain.
#7. Menjamin anak-anak yang sensitif agar terhindar dari alergik.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Kongsi 12 Idea Bekal Anak Sekolah Darjah Satu Yang Menarik & Sedap, Jimat Duit Belanja Harian
Baca juga: Senarai Menu Bekal Anak Ke Sekolah Untuk Seminggu Yang Sedap & Mudah Disediakan
Baca juga: Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Sejam Masak Dah Siap!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!