TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tips Keselamatan Makanan Bento Buat Para Ibu

3 min bacaan
Tips Keselamatan Makanan Bento Buat Para Ibu

Perkataan bento itu sendiri bermaksud 'kemudahan', kerana mudah untuk di makan kemudian.

Bento merupakan makanan rumah yang dibungkus di dalam bekas makanan sebagai bekalan makanan tengah hari di sekolah mahupun tempat kerja. Makanan Bento sebenarnya telah wujud sejak era Kamakura (1185 hingga 1333) apabila proses membuat nasi kering menjadi popular. Nasi itu di simpan di dalam kotak kayu tradisional dan di simpan untuk di makan kemudian.

Makanan Bento Yang Mudah Untuk Dimakan

Perkataan bento itu sendiri bermaksud ‘kemudahan’, kerana mudah untuk di makan kemudian. Selalunya, bento akan mengandungi nasi putih, ikan, daging atau ayam dan sayur yang di masak atau di jeruk. Asalnya, bento disediakan di dalam kotak kayu namun zaman semakin moden dan terdapat pelbagai pilihan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan metal anti karat.

Tips Keselamatan

Adalah normal untuk kita lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan kerana melalui makanan adalah salah satu jalan paling mudah untuk dijangkiti kuman atau bakteria. Perkongsian kali ini ialah tips keselamatan makanan bento.

Sebelum Bermula

  1. Pastikan bekas makanan telah dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) gunakan setting haba yang tinggi. Atau anda juga boleh menggunakan cuka untuk mengelap bekas makanan tersebut kerana cuka adalah antibakterial.
  2. Sebelum memegang bekas makanan dan makanan, pastikan tangan anda cukup bersih

Semasa Menyediakan

  1. Bukan semua jenis makanan sesuai sebagai bento. Elakkan memilih makan mentah sebagai menu contohnya sushi dan telur mentah.
  2. Makanan hendaklah dimasak dengan betul (bukan separuh masak).
  3. Jika memanaskan makanan semalam, pastikan ia betul-betul panas seperti dimasak semula (sekurang-kurangnya 75 darjah celsius selama 1 minit).
  4. Elakkan memegang makanan terus dengan tangan (gunakan sarung tangan).
  5. Gunakan alatan bersih semasa menyediakan makanan dan elakkan bercampur dengan makanan lain.
  6. Semasa memasak nasi, cuba campurkan cuka di dalam air untuk memasak nasi. Cuka akan membantu menurunkan pH dan mengurangkan risiko untuk bakteria berada di situ.
  7. Garam juga mempunyai fungsi antibakterial jadi lebihkan sedikit garam di dalam makanan bento anda. Tetapi jangan terlalu banyak hingga merosakkan makanan itu dan membuatkan makanan itu tidak sihat untuk dimakan.
  8. Kurangkan ‘basah’ atau kuah di dalam bento kerana ia akan menggalakkan bakteria. Sekiranya bento anda mempunyai kuah atau sos, asingkan di dalam bahagian lain.
  9. Sebelum menutup bento, pastikan ia tidak terlalu panas kerana haba boleh menyebabkan pengewapan dan meningkatkan risiko makanan basah.

Selepas Bento Siap

  1. Pastikan ia disimpan di dalam tempat yang kering dan tidak bercampur dengan makanan atau bekalan yang berlainan suhu (sejuk dan panas diasingkan).
Tips Keselamatan Makanan Bento Buat Para Ibu

Foto : La Fuji Mama


Makanan antibakterial

Gunakan bahan makanan yang mempunyai sifat antibakterial juga membantu memastikan bento anda sihat dan selamat di makan. Antaranya ialah:

  1. Umeboshi iaitu plum jeruk jepun.
    Ia mengandungi asid sitrik yang tinggi dan sifat antibakterial yang tinggi. Selalunya, orang Jepun membuatkan bento Hinomaru menggunakan umeboshi di mana jeruk ini dihancurkan dan disusun di atas permukaan makanan.
    Tips Keselamatan Makanan Bento Buat Para Ibu

    Hinomaru Bento (ehsan soul soup soap)

  2. Cuka.
    Seperti umeboshi, ia adalah antibakterial yang kuat dan sesuai diratakan dengan makanan.
  3. Halia.
    Apabila dimasak, halia akan menghasilkan shogaol dan gingerol yang kaya dengan manfaatkan kesihatan serta dikatakan membunuh bakteria. Campurkan dengan makanan yang mudah rosak, halia akan membantu memanjangkan hayatnya. Selain itu, halia juga menambahkan selera.
  4. Sos soya (kicap)
    Asid laktik, garam, pH yang rendah dan alkohol semula jadi membantu sos soya menjaga makanan.
  5. Shiso
    Shiso merupakan adik beradik kepada pudina dan selasih dan sangat selalu digunakan di dalam masakan jepun. Ia mengandungi beryl aldehyde yang merupakan antibakteria. Shiso merah juga tinggi kandungan anthocyanin yang memberi kesan antioksida.

Sumber: abokichi, the kitchn, japan info

Semoga bermanfaat.

Baca juga: 

10 Idea Bekal Anak Sekolah Bento, Si Manja Pasti Sukakannya!

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Tips Keselamatan Makanan Bento Buat Para Ibu
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham