X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil

4 min bacaan
Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika HamilSelain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil

Cara menambah air ketuban ketika menjelang trimester ketiga adalah penting buat para ibu mengandung bagi mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi

Cecair amniotik atau air ketuban adalah sebahagian dari sistem sokongan bayi dalam kandungan. Namun, ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan cairan amniotik, jadi bagaimana cara menambah air ketuban ini? 

Cecair amniotik terhasil sejurus terbentuknya kantung amniotik, kira-kira 12 hari selepas anda disahkan hamil. Ia terdiri daripada air yang ada dalam tubuh ibu dan berfungsi sebagai membantu perkembangan otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.

Cara menambah air ketuban- kenali apa itu Oligohydramnios 

Apabila bayi berkembang, mereka akan dapat bergerak dengan bantuan cecair amniotik ini. Kemudian, pada trimester kedua, bayi mula bernafas dan menelan cairan amniotik. 

Sebab itu semasa melakukan scan, doktor akan periksa jumlah cairan amniotik sama ada rendah atau tinggi. Sekiranya rendah, ia dipanggil oligohydramnios dan jika terlalu tinggi, ia dinamakan sebagai polyhydramnios.

cara menambah air ketuban, tanda tanda air ketuban kurang, tips meningkatkan air ketuban, tips menambah air ketuban, air ketuban, cairan amniotik, amniotik, cairan amniotik, ketuban wanita hamil, air ketuban wanita hamil, air ketuban sedikit, air ketuban kurang, masalah air ketuban, risiko air ketuban kurang

Kredit: Wikihow

Oligohydramnios adalah keadaan di mana cecair amniotik sedikit. Doktor boleh mengukur jumlah cecair dengan beberapa kaedah. Yang paling biasa adalah melalui penilaian cairan amniotik (AFI). 

Jika AFI menunjukkan cecair kurang 5 cm atau jumlahnya kurang 500ml pada usia 35 hingga 36 minggu, doktor akan mengesyaki ibu mengalami oligohydramnios. 

Kira-kira 8% wanita hamil boleh mengalami keadaan rendah cairan amniotik dengan 4% didiagnosis dengan oligohydramnios. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa tapi biasanya pada trimester terakhir. 

Cara menambah air ketuban: punca mengapa ia kurang 

  • Kecacatan kelahiran: Masalah dengan perkembangan buah pinggang atau saluran kencing yang boleh mengakibatkan pengeluaran air kencing yang sedikit lalu menjadi punca cairan amniotik rendah. 
  • Masalah plasenta: Jika plasenta tidak memberi darah dan nutrien yang mencukupi kepada bayi, maka ia boleh menghentikan cecair untuk kitar semula.
  • Bocor atau membran pecah: Pemecahan membran pramatang boleh menyebabkan tahap cecair amniotik rendah.
  • Kehamilan lebih 42 minggu: Disebabkan penurunan fungsi plasenta.
  • Komplikasi ketika hamil: Ibu mungkin dehidrasi, hipertensi, praeklampsia, diabetes dan hypoxia kronik yang boleh memberi kesan pada cairan amniotik. 

Risiko sekiranya ibu mengalami kekurangan air ketuban

Jika dikesan pada fasa pertama kehamilan, komplikasi boleh jadi lebih serius seperti:

  • Mampatan organ janin yang mengakibatkan kecacatan kelahiran
  • Keguguran
  • Kematian semasa dalam kandungan atau ketika dilahirkan 

Jika dikesan pada fasa kedua kehamilan, komplikasi boleh jadi:

  • Sekatan pertumbuhan Intrauterin (IUGR)
  • Kelahiran pramatang 
  • Komplikasi ketika bersalin seperti terbelit tali pusat atau masalah lain hingga ibu perlu bersalin secara pembedahan czer.

7 cara menambah air ketuban – Ibu hamil wajib tahu!

cara menambah air ketuban, tanda tanda air ketuban kurang, tips meningkatkan air ketuban, tips menambah air ketuban, air ketuban, cairan amniotik, amniotik, cairan amniotik, ketuban wanita hamil, air ketuban wanita hamil, air ketuban sedikit, air ketuban kurang, masalah air ketuban, risiko air ketuban kurang

Tahap cairan amniotik yang rendah boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Malah ia juga boleh mengecutkan wajah anak anda!

Di sini ada 7 cara menambah air ketuban semasa mengandung: 

#1. Suntikan cecair amniotik 

Doktor akan suntik cecair amniotik yang bocor kembali ke dalam kantung amniotik dengan jarum.  Ini dapat bantu meningkatkan cecair amniotik dalam rahim.

#2. Dapatkan cairan secara intravena 

Sesetengah wanita hamil dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan bendalir intravena tambahan jika cara rehidrasi semula jadi (seperti minum banyak air) tak dapat membantu meningkatkan jumlah cecair amniotik. 

#3. Minum banyak air kosong 

Ini adalah salah satu cara mudah bagi meningkatkan indeks bendalir amniotik. Jika anda meningkatkan tahap air dalam badan, maka sekaligus cecair amniotik juga turut bertambah. 

#4. Ambil makanan yang tinggi kandungan air 

cara menambah air ketuban, tanda tanda air ketuban kurang, tips meningkatkan air ketuban, tips menambah air ketuban, air ketuban, cairan amniotik, amniotik, cairan amniotik, ketuban wanita hamil, air ketuban wanita hamil, air ketuban sedikit, air ketuban kurang, masalah air ketuban, risiko air ketuban kurang

Makanan yang mempunyai kandungan air tinggi harus ada dalam plan diet anda setiap hari seperti: 

  • Sayur-sayuran: Timun, salad, bayam, lobak, brokoli, kobis bunga 
  • Buah-buahan: strawberi, tembikai, tomato, tembikai susu, limau bali merah 

#5. Jangan ambil minuman beralkohol 

Anda harus elak mengambil sebarang minuman jenis alkohol semasa hamil kerana ia tidak baik untuk kesihatan janin. 

Alkohol juga menyebabkan dehidrasi dalam badan, sekaligus menurunkan kadar cecair amniotik. 

#6. Elakkan makanan tambahan atau suplemen herba tertentu 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ya, jangan ambil makanan tambahan herba tertentu yang boleh menghilangkan air dalam tubuh. 

Hal ini kerana, makanan tambahan tersebut berfungsi membuatkan anda buang air kecil lebih kerap jadi anda akan mengalami dehidrasi. 

Oleh itu, sangat penting untuk sentiasa terhidrasi bagi meningkatkan cecair ambiotik dalam tubuh. 

#7. Lakukan senaman ringan 

Dengan senaman dapat membantu meningkatkan aliran darah di bahagian tubuh. Jika aliran darah meningkat pada plasenta dan uterus sekaligus cecair amniotik juga bertambah. 

Perhatian: Anda hanya boleh bersenam jika doktor membenarkannya. Jika tubuh anda lemah sepanjang hamil, lebih baik anda rehat saja di rumah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Mandi Malam Ketika Mengandung, Ia Punca Air Ketuban Banyak? Ini Jawapan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil
Kongsikan:
  • Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

    Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

  • Anda Rasa Air Ketuban Pecah? Jangan Panik, Ini 3 Benda Anda Harus Buat

    Anda Rasa Air Ketuban Pecah? Jangan Panik, Ini 3 Benda Anda Harus Buat

  • Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

    Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

    Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

  • Anda Rasa Air Ketuban Pecah? Jangan Panik, Ini 3 Benda Anda Harus Buat

    Anda Rasa Air Ketuban Pecah? Jangan Panik, Ini 3 Benda Anda Harus Buat

  • Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

    Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.