TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Wajah Anak Jadi Berkudis Kerana Virus HSV Selepas Dicium Ibunya Yang Selesema

3 min bacaan
Wajah Anak Jadi Berkudis Kerana Virus HSV Selepas Dicium Ibunya Yang Selesema

Virus HSV boleh menjangkiti kanak-kanak dan bayi dengan mudah. Golongan dewasa elakkan mencium mereka jika anda selesema atau tidak sihat

Virus HSV adalah salah satu virus yang menyebabkan jangkitan pada bahagian mulut. Menurut portal MyHealth, ia bermula apabila cecair terjangkit daripada pengidap jangkitan memasuki mukosa mulut, kulit yang terbuka/terluka dan juga mata) seseorang yang sihat (proses inokulasi).

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman anak dijangkiti virus HSV, bermula dari sebiji jerawat pada wajah
  • 4 hari warded, disahkan dijangkiti virus HSV.
  • Virus HSV boleh membawa maut, tolong jangan cium bayi atau kanak-kanak

Pengalaman anak dijangkiti virus HSV, bermula dari sebiji jerawat pada wajah

Seorang wanita menerusi Facebook miliknya (Jaime Lippold) pada 5 Mei lalu telah berkongsi pengalaman buruk  apabila anak perempuannya dijangkiti virus HSV.

Dia membuat keputusan untuk berkongsikan pengalaman yang dilalui setelah hampir dua minggu berusaha menyembuhkan virus tersebut daripada wajah anaknya.

Jika dilihat lampiran gambar wajah anaknya, kasihan sungguh. Semakin hari, ia dilihat bertambah teruk dengan biji kemerah-merahan yang semakin membesar. 

virus hsv

Pada 25 April, anaknya, Aubree dilihat mempunyai ketulan seperti jerawat di bahagian mukanya. Beberapa hari selepas itu, luka menjadi lebih besar dan mula menunjukkan jangkitan.

Anaknya mula demam dan jatuh sakit. Dia berhenti makan dan tidak mahu bangun dari sofa. Jaime kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan segera pada tarikh 27 dan 29 April.

Seterusnya, anaknya didiagnosis dengan impetigo dan dibenarkan pulang. Doktor memberikannya minyak sapu (topical ointment) untuk digunakan pada kawasan jangkitan.

“Pagi Sabtu dia bangun dan bintik itu bertambah dua kali ganda, demamnya kembali, dan kembali dia berasa sakit. Kali ini kami membawanya ke Hospital Kanak-kanak di mana dia segera dimasukkan ke dalam hospital disebabkan oleh jangkitan itu. Dia juga diberikan ubat antibiotik dan antibodi yang agresif untuk melawannya,” kata Jaime.

4 hari dalam wad, anaknya disahkan dijangkiti Virus HSV-1 Herpes Simplex

Jaime menjelaskan bahawa anaknya itu telah berada di Unit Pediatrik selama empat hari, sementara menunggu jawapan yang jelas dari pakar. Kemudiannya, pakar mengesahkan bahawa anaknya telah dijangkiti virus HSV-1 Herpes Simplex (juga dikenali sebagai kudis sejuk).

HSV muncul melalui titik kecil pada mukanya. Ianya merebak dengan cepat, dan memerlukan rawatan antibiotik selama 4 hari untuk sembuh.

Virus HSV boleh membawa maut, tolong jangan cium bayi atau kanak-kanak

virus hsv

“HSV sebenarnya boleh membawa maut kepada bayi/kanak-kanak. Saya berasa lega kerana kami membawanya berjumpa dengan pakar dan tidak menunggu lebih lama untuk melihat sama ada minyak sapu yang diberikan berkesan atau sebaliknya.”

Jaime memberitahu bahawa anaknya kini masih menjalani kitaran antibiotik selama 10 hari, tetapi boleh mengambilnya di rumah kerana jangkitan itu dilihat semakin hilang.

“Kami sangat bersyukur kerana sudah berada di rumah, dan dia sangat gembira kerana keluar dari hospital. PSA – jangan cium bayi apabila anda ada kudis sejuk. Jangan cium mereka walaupun anda telah “sembuh”. Jika kudis itu ada, ia boleh menjangkiti orang lain,” tegas Jaime.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Facebook | Jaime Lippold

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit

Baca juga: 5 Tempat Paling Kotor & Banyak Virus Di Airport, Hati-Hati Ibu Ayah Bawa Anak Bercuti Esok!

Baca juga:  Kenali Perbezaan Selesema Biasa Dengan Simptom Covid-19, Elakkan Virus Ini Merebak!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Wajah Anak Jadi Berkudis Kerana Virus HSV Selepas Dicium Ibunya Yang Selesema
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham