X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Vitamin Zinc Untuk Apa? 5 Suplemen Zinc Terbaik Ini Bagus Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan!

Ramai yang tertanya vitamin zinc untuk apa sebenarnya. Ketahui fungsinya dan ini 5 suplemen zinc pilihan yang ibu hamil boleh ambil.

Zinc merupakan mikronutrien yang penting untuk badan manusia. Mengikut kajian 30% manusia di seluruh dunia mengalami kekurangan zink dalam badan mereka dan kekurangan zink dikaitkan dengan banyak masalah. Vitamin Zinc untuk apa ya?

Isi Kandungan

  • Tentang Vitamin Zinc
  • Kebaikan Zinc
  • Jumlah Pengambilan Zinc
  • Pemilihan Suplemen Zinc
  • 5 Suplemen Zinc Terbaik
  • Surbex
  • Shaklee
  • Blackmores
  • 21st Century
  • Life Extension
  • Perbandingan Harga

Apa Itu Vitamin Zinc?

Vitamin Zinc Untuk Apa? 5 Suplemen Zinc Terbaik Ini Bagus Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan!

Zinc adalah sejenis mineral yang dirumus daripada zink gluconat yang bergabung dengan nutrien lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.

Ia sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan berkesan untuk mengeluarkan logam toksik yang berat seperti kadmium dan plumbum dari tubuh kita. Jadi, vitamin zinc untuk apa? Fungsi zinc adalah ia bertindak meransang tindakan enzim dan menggalakkan reaksi biokimia di dalam tubuh manusia.

Selain itu, vitamin zinc untuk apa lagi ya? Zinc juga berperanan membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat. Setiap daripada kita memerlukan zinc untuk mengekalkan kesihatan tubuh di mana ia boleh diperolehi daripada sumber pemakanan seharian atau melalui pengambilan tablet zink.

Mereka yang berisiko untuk kekurangan zinc termasuklah wanita hamil dan yang menyusukan badan. Jadi amalan pengambilan suplemen zinc adalah digalakkan di samping nutrien penting yang lain termasuk asid folik, zat besi dan kalsium. Kekurangan zink semasa hamil dikaitkan dengan lebih komplikasi dan kemerosotan pertumbuhan janin.

Kebaikan Zinc Untuk Ibu Hamil

Vitamin Zinc Untuk Apa? 5 Suplemen Zinc Terbaik Ini Bagus Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan!

Wanita hamil yang berumur 19 tahun ke atas memerlukan 11 miligram (mg) zink setiap hari dan mendapat zinc yang mencukupi semasa mengandung adalah penting untuk kesihatan bayi dalam kandungan dan kesihatan anda sendiri.

Dari sudut kehamilan, vitamin zinc untuk apa ya bagi anak anda? Bayi anda memerlukan zink untuk pertumbuhan sel dan perkembangan otak malah mineral penting ini juga membantu menyokong sistem imun anda, mengekalkan deria rasa dan bau anda, dan menyembuhkan luka.

Kebaikan zinc lain adalah seperti berikut :

1. Pembentukan DNA

Manfaat zinc untuk ibu hamil yang utama adalah membantu pembentukan DNA baru yang membawa informasi genetik ibu pada janin sehingga membesar sihat secara optimal. Zinc membantu protein dalam tubuh untuk menciptakan sel-sel baru yang berguna untuk pertumbuhan janin dalam rahim.

2. Mempermudah metabolisme tubuh

Kandungan di dalam zinc mencegah pelbagai infeksi pada tubuh serta mempermudah metabolisme ibu hamil dan janinnya sehingga terhindar dari berbagai macam penyakit. Untuk ibu hamil sebaiknya mengambil zinc secara rutin kerana kandungan zinc yang baik untuk kesihatan dan janin.

3. Terhindar daripada masalah kehamilan

Zinc yang tinggi untuk ibu hamil dapat mencegah beberapa masalah kehamilan seperti bayi berat lahir rendah, lahir pramatang serta masalah kecacatan janin yang menyebabkan bayi lahir cacat.

4. Menstabilkan hormon

Zinc tinggi untuk ibu hamil dapat menstabilkan hormon dalam tubuh dan menjadikan pertumbuhan bayi menjadi maksimun serta dapat membantu perkembangan kecerdasan otak serta menjaga penglihatan bayi agar tetap sihat.

Jumlah Zinc Yang Ibu Hamil Perlukan Setiap Hari

Apabila anda hamil atau menyusu, anda memerlukan lebih sedikit zink daripada orang normal. Inilah jumlahnya:

Umur Jumlah (miligram)
Wanita hamil berumur 18 tahun ke bawah 12 mg sehari
Wanita hamil berumur 19 tahun ke atas 11 mg sehari
Wanita menyusu berumur 18 tahun ke bawah 13 mg sehari
Wanita menyusu berumur 19 tahun ke atas 12 mg sehari

Tip Pemilihan Suplemen Zinc Terbaik

Vitamin Zinc Untuk Apa? 5 Suplemen Zinc Terbaik Ini Bagus Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan!

Setelah mengetahui manfaat zinc, anda mungkin akan menghargai tips memilih suplemen vitamin zinc. Panduan di bawah ini boleh menjadi pertimbangan anda ketika memilih produk suplemen vitamin zinc yang sesuai dengan keperluan tubuh anda.

1. Jenis zinc

Tahukah anda bahwa zinc memiliki pelbagai jenis? JSetiap jenis zinc memiliki manfaat masing-masing. Kami akan menjelaskan beberapa bentuk zinc yang paling umum anda temui di dalam suplemen.

  • Zinc picolinate adalah bentuk zinc yang paling cepat diserap tubuh. Zincini biasanya digunakan untuk mengatasi masalah jerawat. Harga suplemen dengan zinc picolinate lebih mahal jika dibandingkan dengan jenis lain. Kini sudah banyak suplemen vitamin zinc yang menggunakan zinc picolinate.
  • Zinc gluconate cukup umum dipakai dalam suplemen. Zinc gluconate biasanya digunakan dalam produk lozenges dan suplemen untuk flu. 
  • Zinc citrate tidak menyebabkan iritasi pada perut. Zinc citrate sering dijadikan alternatif dari zinc sulfate.

2. Pertimbangkan zinc dengan tambahan vitamin lain

Kebanyakan suplemen zinc dijual sebagai suplemen yang dicampurkan dengan vitamin dan mineral lainnya. Dengan memilih suplemen zinc seperti ini, anda akan mendapatkan manfaat yang lebih untuk tubuh. Anda juga boleh memilih tambahan vitamin dan mineral yang sesuai dengan kebutuhan tubuh.

Suplemen zinc biasanya diformulasikan dengan vitamin C dan vitamin D. Hal ini kerana fungsi vitamin C dan vitamin D yang juga dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh anda. Selain itu, ada juga campuran zinc dan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang.

3. Rujuk pakar

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, berjumpa dengan pegawai perubatan yang diiktiraf adalah langkah terbaik. Anda akan diberitahu dengan lebih mendalam mengenai makanan tambahan yang dibenarkan dan selamat.

5 Suplemen Zinc Terbaik Untuk Ibu Hamil

Suplemen Zinc Terbaik Untuk Ibu Hamil
product image
Surbex Zinc B-Plus
Vitamin Zinc Terbaik Dengan Tambahan Vitamin B Kompleks
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Zinc Plus Shaklee
Vitamin Zinc Terbaik Bersamaan Nilai Harian Zinc Yang Diperlukan Badan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Blackmores Bio Zinc Plus
Vitamin Zinc Terbaik Untuk Rambut, Kuku dan Kulit
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
21st Century Calcium Magnesium Zinc with Vitamin D3
Vitamin Zinc Terbaik Untuk Kesihatan Tulang
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Life Extension Zinc Caps
Vitamin Zinc Terbaik Dengan Kadar Penyerapan Zinc Yang Tinggi
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Surbex Zinc B-Plus

Vitamin Zinc Terbaik Dengan Tambahan Vitamin B Kompleks

Surbex vitamin zinc untuk apa

Surbex Zinc B-Plus dirumus khas dengan vitamin dan mineral yang diperlukan bagi mngekalkan badan yang aktif. Kandungan zink yang bersamaan dengan 8 ekor tiram membekalkan tenaga optimum bagi meningkatkan stamina, serta mencapai prestasi puncak secara berterusan. Ia sesuai untuk ibu hamil yang ingin meningkatkan tahap tenaga untuk aktiviti harian.

Surbex Zinc mengandungi Vitamin B kompleks untuk membantu mengurangkan tekanan, Vitamin C dan E yang menyokong fungsi imun yang sihat, Asid folik untuk pembentukan sel darah merah dan Zink untuk membantu metabolisme karbohidrat, protein dan lemak supaya badan anda boleh menghasilkan tenaga.

Apa yang kami suka:

  • Surbex Z membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan sintesis DNA.
  • Bersama-sama dengan asid folik, memiliki sifat antioksidan yang berperanan dalam menuetralkan Reactive Oxygen Species (ROS).
  • Mineral penting untuk menjaga kesihatan rambut, kulit dan kuku. 
  • Suplemen makanan dengan asid folik sebelum dan pada masa kehamilan dapat mengurangkan risiko kelainan saraf (neural defect tube/ spina bifida).

Surbex Zinc B-Plus - RM26.66

dari Abbott

product imageBeli di Shopee

Zinc Plus Shaklee

Vitamin Zinc Terbaik Bersamaan Nilai Harian Zinc Yang Diperlukan Badan

Shaklee vitamin zinc untuk apa

Zinc dalam suplemen Zinc Plus Shaklee membantu mengaktifkan sel-sel imun badan termasuk T-cell dalam badan, ini penting kerana ia akan memberi respon dengan lebih baik termasuklah untuk pengesanan awal sel-sel kanser dalam badan.

Dengan pengambilan vitamin Zinc Plus Shaklee ini, ia boleh mengawal hormon tostesteron yang mana jika ia tak seimbang boleh menyebabkan jerawat serta meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan.

Apa yang kami suka:

  • 1 tablet dalam Zinc Plus Shaklee mempunyai 100% nilai harian zinc, iaitu 15mg zinc yang diperlukan dalam sehari.
  • Dirumus dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang mudah di serap tubuh dengan lebih tinggi. 
  • Zinc gluconate juga 100% berasaskan tumbuhan. Ia diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung maka rasa dia kurang pahit, rasa pedar dan kurang rasa logam.
  • Diformulasi tanpa tumbuhan alfalfa.

Zinc Plus Shaklee - RM37.60

dari Shaklee

product imageBeli di Shopee

Blackmores Bio Zinc Plus

Vitamin Zinc Terbaik Untuk Rambut, Kuku dan Kulit

Blackmores vitamin zinc untuk apa

Menggabungkan zinc dengan nutrien utama termasuk magnesium, mangan dan vitamin A dan B6 dalam dos sehari yang mudah. Zink dan vitamin A adalah nutrien penting terutamanya untuk kesihatan dan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.

Vitamin zinc untuk apa sebenarnya? Zink adalah penting untuk kesihatan yang baik kerana ia terdapat dalam setiap sel badan dan terlibat dalam banyak tindak balas enzim. Tahap zink yang mencukupi adalah penting untuk berfungsi dengan baik sistem imun. Ia penting dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.

Apa yang kami suka:

  • Turut mempunyai kandungan Vitamin A yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kulit yang sihat, rambut yang lebat serta kuku yang sihat.
  • Kandungan Vitamin B6 pula membantu meningkatkan kepekatan zink dan magnesium dalam sel.
  • Jenama popular untuk apa jua suplemen kesihatan, sangat dipercayai.
  • Mudah didapati di farmasi utama.

Blackmores Bio Zinc Plus - RM37.10

dari BLACKMORES

product imageBeli di Shopee

21st Century Calcium Magnesium Zinc with Vitamin D3

Vitamin Zinc Terbaik Untuk Kesihatan Tulang

21st century vitamin zinc untuk apa

Merupakan suplemen mineral gabungan yang terdiri daripada Kalsium Karbonat, Magnesium Oksida, Zink Oksida serta tambahan Vitamin D3 dalam perkadaran sinergistik untuk membantu kesihatan umum.

Apa yang kami suka:

  • Menyokong tulang, otot dan sistem imun.
  • Jenama suplemen popular pada harga yang berpatutan.

21st Century Calcium Magnesium Zinc with Vitamin D3 - RM26.90

dari 21st Century

product imageBeli di Shopee

Life Extension Zinc Caps

Vitamin Zinc Terbaik Dengan Kadar Penyerapan Zinc Yang Tinggi

Life Extension Zinc Caps vitamin zinc untuk apa

Penyerapan zink boleh dihadkan dan sebatian tertentu dalam sumber tumbuhan dan bijirin boleh menghalang penyerapan lagi. Itulah sebabnya jenama ini telah menggabungkan OptiZinc yang bioavailable dengan zink sitrat untuk memberikan dos zink 50 miligram yang kuat.

OptiZinc ialah bentuk zink bioavailable unggul dengan kajian praklinikal menunjukkan bahawa ia menghasilkan paras darah yang lebih tinggi berbanding bentuk zink lain.

Apa yang kami suka:

  • Dapat meningkatkan sistem imunisasi.
  • Untuk kesihatan kardiovaskular dan sistem saraf.
  • Baik untuk kesihatan mata.

Life Extension Zinc Caps - RM26.88

dari Life Extension

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Suplemen Zinc Terbaik Untuk Ibu Hamil

Jenama Kuantiti Harga (RM)
Surbex Zinc B-Plus 30 tablet RM26.66
Zinc Plus Shaklee 120 tablet RM37.60
Blackmores Bio Zinc Plus 90 tablet RM37.10
21st Century, Calcium Magnesium Zinc with Vitamin D3 90 tablet RM26.90
Life Extension Zinc Caps 90 tablet RM26.88

Pengambilan Suplemen Zinc Ibu Hamil

Vitamin Zinc Untuk Apa? 5 Suplemen Zinc Terbaik Ini Bagus Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan!

Ramai ibu hamil menggunakan suplemen untuk memenuhi keperluan zinc dalam tubuh. Sebelum mengambil suplemen zinc sebaiknya berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda untuk menghindari risiko yang tidak diingini.

Seeloknya suplemen zinc perlu diambil 1 hingga 2 jam sebelum makan dengan dos 50 mg sehari untuk tablet dan 10 hingga 20 mg sehari untuk kaedah suntikan.

Sebaiknya amalkan juga makanan yang tinggi akan kalsium seperti kekacang, ais krim, susu, bijirin, coklat setelah 2 jam mengambil suplemen zinc.

Suplemen zinc jarang menimbulkan kesan sampingan namun terdapat juga segelintir ibu hamil yang mendapat kesan sampingan dengan gejala seperti mual, muntah, sakit kepala, dan cirit birit.

Jika anda mengalami gejala seperti di atas setelah mengambil zinc sebaiknya melakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Amalkan bersama makanan yang bergizi seperti buah dan sayur serta seimbangkan gizi dalam tubuh agar janin mendapatkan keperluan nutrisi yang cukup. 

Makanan Tinggi Zinc

Vitamin Zinc Untuk Apa? 5 Suplemen Zinc Terbaik Ini Bagus Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan!

Selain mengambil suplemen tambahan, diet yang padat dengan nutrien seimbang termasuklah makanan kaya zinc harus memenuhi keperluan ibu hamil. Berikut adalah antara makanan yang mempunyai sumber zinc terbaik.

  • Coklat gelap – Coklat disukai semua orang termasuk ibu hamil kerana rasanya yang manis. Sayangnya, coklat mengandungi kadar gula tinggi yang berbahaya untukkesihatan ibu hamil. Namun, coklat gelap sangat berbeza kerana mengandungi kadar gula rendah dan lebih banyak mengandungi zinc yang baik untuk ibu hamil.
  • Yogurt – Yogurt merupakan produk susu probiotik yang kaya dengan zinc. Di dalam satu cawan yogurt sekurang-kurangnya mengandungi 1.4 miligram zinc. Menurut Pregnancy Food Checker, yogurt dapat membantu menjaga kekebalan, mengendalikan mood dengan baik dan meningkatkan kesihatan jantung sepanjang kehamilan.
  • Daging – Daging adalah sumber zink yang sangat baik. Daging merah adalah sumber yang sangat baik dan mempunyai jumlah yang banyak dalam semua jenis daging, termasuk daging lembu dan daging kambing.
  • Tiram – Tiram mengandungi jumlah zinc yang sangat tinggi, dengan enam tiram sederhana menyediakan 33 mg, atau 300% daripada DV untuk lelaki dan 412.5% daripada DV untuk wanita. Jenis kerangan lain mengandungi kurang zink berbanding tiram tetapi masih merupakan sumber yang baik.
  • Kekacang – Makan kekacang seperti kacang gajus dan badam boleh meningkatkan pengambilan zinc anda. Kacang tanah, yang secara teknikalnya adalah kekacang, juga merupakan sumber yang baik. Kacang juga mengandungi nutrien lain, termasuk serat, lemak baik, dan sejumlah vitamin dan mineral lain.
  • Tenusu – Keju dan susu adalah dua sumber tenusu yang mengandungi jumlah zink bioavailable yang tinggi, yang bermaksud badan anda boleh menyerap zinc yang tinggi dalam makanan ini.
  • Bijirin penuh – Bijirin penuh seperti gandum, quinoa, beras dan oat turut mengandungi zink. Seperti kekacang, bijirin mengandungi fitat, yang mengikat zink dan mengurangkan penyerapannya. Bijirin penuh mengandungi lebih banyak fitat daripada bijirin halus dan berkemungkinan akan memberikan kurang zink. Walau bagaimanapun, ia jauh lebih baik untuk kesihatan anda.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

Baca juga:  Makanan Tambahan Penting Untuk Ibu Hamil Amalkan, Baik Untuk Ibu & Bayi

Baca juga: Vitamin Pranatal Yang Lengkap dan Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada 16 Pilihan Hebat Yang Boleh Ibu Pilih!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

    Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

  • Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

    Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

  • 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

    8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

  • Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

    Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

  • Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

    Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

  • 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

    8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.