X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Ibu Hamil, No. 4 Paling Penting!

4 min bacaan
Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Ibu Hamil, No. 4 Paling Penting!

Mungkin ada yang masih tidak tahu, vitamin amat penting untuk ibu hamil. Kali ini kami kongsikan kenapa vitamin B complex untuk ibu hamil sangat penting?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Jadi apakah kepentingan vitamin B complex untuk ibu hamil?

Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Kepentingan vitamin B complex untuk ibu hamil

Walaupun makana dari[ada sumber yang asli itu memang yang paling baik, terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya.

Disebabkan itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malah untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.

Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

#1. Elak kekejangan kaki, perut

B complex untuk ibu hamil

Kredit: harian metro

Perlindungan terhadap sistem saraf ibu mengandung sangat penting ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi.

Ibu hamil sering mengalami masalah berkait sistem saraf ia termasuk rasa kejang di kaki, betis dan rasa kejang di perut. 

Selain itu sistem saraf juga berhubung kait dengan otak dan emosi ibu hamil, disebabkan itulah ia sangat penting untuk dijaga kerana boleh menyebabkan berlakunya kegagalan organ-organ penting dalam tubuh. 

Nutrisi yang cukup dapat membantu ibu hamll terus kekal bertenaga. Anda boleh mendapat kebaikan vitamin B complex ini secara semulajadi daripada brokoli, kuning telur dan beras perang. Jika tak lalu makan, boleh dapatkan dalam bentuk pil di farmasi atau klinik.

#2. Kurangkan masalah kulit dan rambut tidak bermaya

Kehamilan akan menyebabkan perubahan hormon yang besar kepada ibu hamil menyebabkan berlakunya tindak balas pada kulit dan juga rambut.

Jangan terkejut bila hamil anda akan rasa kulit lebih berminyak selain rambut jadi terlalu kusam. Jadi pengambilan B complex akan mengurangkan beberapa masalah disebabkan oleh perubahan hormon.

#3. Tak mudah sakit, tingkatkan sistem imun tubuh

Ibu hamil yang rutin hidupnya termasuk pemakanan tidak dijaga dengan baik akan mudah terkena penyakit. Malah sistem imun tubuh yang kurang baik akan menyebabkannya mudah diserang penyakit.

Disebabkan itu mereka perlu mengambil makanan yang mengandungi vitamin B complex bagi menghindar daripada penyakit. Sangat penting untuk ibu hamil menjaga pemakanan mereka supaya tidak memudaratkan kesihatan bayi.

Apa yang penting jangan malas untuk mendapatkan nutrisi terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

#4. Elak kecacatan bayi ketika lahir

B complex untuk ibu hamil

Kredit: gofundme

Ibu hamil yang tidak cukup nutrien dan vitamin yang sepatutnya diambil lebih berisiko melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan ketika lahir.

Pastikan anda berusaha untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B complex agar dapat mengurangkan risiko bayi lahir cacat. 

Utamakan pengambilan vitamin B9 dan asid folik sebagai ikhtiar untuk memastikan bayi lahir sempurna dan mengelak daripada pelbagai risiko yang tidak diigini.

Selain itu, vitamin B complex juga dikatakan mampu meningkatkan kecerdasan bayi dalam kandungan.

#5. Kurangkan sembelit

B complex untuk ibu hamil

Kredit: mumjunction

Ibu mengandung dan sembelit memang tidak dapat dipisahkan kerana semakin bayi membesar ia akan menekan usus ibu dan menyebabkan ibu alami sembelit.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Jadi pengambilan vitamin B complex dapat mewujudkan sistem pencernaan yang sihat kepada ibu hamil. Beberapa vitamin B complex yang boleh dipilih untuk meminimakan gangguan sistem pencernaan selama kehamilan termasuklah vitamin B1, B2, dan B6.

Selain itu, vitamin B3 juga berhasil dalam mengatasi masalah pencernaan, meredakan sakit kepala yang sering terjadi selama hamil dan mengurangkan rasa mual dan muntah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Baca juga: 9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kepentingan Vitamin B Complex Untuk Ibu Hamil, No. 4 Paling Penting!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham