X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

4 min bacaan
9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat

Terdapat beberapa jenis vitamin untuk ibu hamil 2 bulan yang perlu anda ambil secara mencukupi bagi keperluan diri dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan makanan berkhasiat perlu dititikberatkan setiap masa, lebih-lebih lagi ketika anda sedang berbadan dua. Terdapat beberapa jenis vitamin untuk ibu hamil 2 bulan yang perlu diambil bagi menyokong tumbesaran janin dalam kandungan.

Buat wanita bakal bergelar ibu, pada mulanya anda mungkin sedikit keliru dengan perubahan mood, selera makan dan perlu berdepan pelbagai alahan. Justeru, perkara paling mudah untuk mengekalkan kesihatan diri dan bayi adalah dengan mengambil makanan mengandungi vitamin serta nutrisi yang baik.

Jenis vitamin untuk ibu hamil 2 bulan

Jika ibu telah melakukan carian maklumat secara mendalam, pastinya anda sudah tahu terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan seperti makanan laut dengan kandungan merkuri tinggi, alkohol serta rokok dilarang sepanjang kehamilan.

Beberapa jenis vitamin dan mineral sangat penting bagi mengekalkan kesihatan ibu serta janin. Antaranya ialah:

#1. Vitamin C

vitamin untuk ibu mengandung

credit to sources

Vitamin C memiliki kandungan yang mampu melindungi sel dan jaringan tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi ibu dan janin daripada serangan penyakit. 

Ibu boleh mendapatkan sumber vitamin C ini melalui makanan seperti:

  • Oren
  • Strawberi
  • Brokoli
  • Kubis brussel
  • Ubi kentang
  • Anggur hitam

#2. Vitamin B kompleks

Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 adalah jenis vitamin B kompleks yang sangat penting bagi membantu mengurangkan masalah morning sickness dan mencegah bayi lahir cacat.

#3. Asid folik

Asid folik adalah suplemen yang paling penting bermula trimester pertama kehamilan. Ia adalah untuk mengelakkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (tiub neural).

Dalam hal ini, anda perlu mengambil dos sebanyak 400mcg setiap hari sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Antara sumber asid folik semula jadi ialah buah atau sayuran berwarna hijau seperti buah avokado, kiwi, betik, anggur, brokoli, kacang bendi dan sawi.

#4. Kalsium 

Ketika mengandung, kalsium ibu diserap habis oleh janin bagi proses perkembangan tulang dan gigi bayi.

Selain mengambil supplemen vitamin, ibu juga boleh mendapatkan sumber kalsium dari:

  • Tauhu
  • Sayuran berwarna hijau
  • Susu, yogurt dan keju
  • Ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti sardin
  • Roti atau makanan diperbuat menggunakan tepung yang diperkaya

#5. Vitamin D

vitamin terbaik ketika hamil

credit to sources

Vitamin D membantu tubuh ibu menyerap kalsium bagi membina sistem kekebalan tubuh, mengekalkan saraf dan otot. Kekurangan vitamin ini ketika hamil boleh meningkatkan risiko pre-eklampsia, kelahiran pramatang, bersalin caesar dan diabetes gestasional.

Jumlah vitamin D yang disarankan selama kehamilan adalah 600 IU atau 15 mcg setiap hari. Ibu juga boleh mendapatkannya melalui makanan seperti:

  • Susu
  • Bijirin
  • Ikan berlemak seperti salmon

#6. Vitamin E

Ia diperlukan untuk menyokong pembentukan sel darah merah dan otot. Makanan yang kaya vitamin E ini ialah kacang badam, biji bunga matahari, avokaso, mangga dan buah kiwi.

#7. Zat besi

Keperluan zat besi meningkat secara signifikan ketika anda mengandung kerana paras darah ibu mengalami peningkatan sekitar 45 peratus. Zat besi penting untuk menghantar oksigen bagi perkembangan bayi sihat.

Jumlah zat besi yang dicadangkan setiap hari ialah sebanyak 27 mg. Sekiranya anda tidak memperolehnya dengan cukup, ia berupaya menyebabkan masalah anemia. 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sumber zat besi ini boleh didapati dari daging, ayam, ikan, kekacang, bijirin dan sayuran seperti (bayam, brokoli dan tomato).

#8. Magnesium

jenis vitamin ibu mengandung

credit to sources

Magnesium adalah mineral yang terlibat dengan beratus tindak balas kimia dalam tubuh manusia. Ia memainkan peranan penting untuk fungsi kekebalan, otot dan sarah. 

Sekiranya ibu kurang mineral ini ketika hamil, ia boleh menyebabkan risiko darah tinggi (hipertensi) dan kelahiran pramatang. Antara makanan tinggi magnesium ialah coklat gelap, buah pisang, tauhu dan tempe, kekacang, sayuran hijau dan ikan.

#9. Probiotik

Vitamin ibu mengandung yang seterusnya ialah probiotik. Ia adalah mikroorganisma hidup bagi mengekalkan kesihatan pencernaan.

Berdasarkan beberapa penelitian telah menunjukkan probiotik mampu mengurangkan risiko diabetes gestasional, tekanan selepas bersalin dan dermatitis pada bayi. 

Antara makanan yang mengandungi mineral ini ialah tempe, acar timun, kimchi dan yogurt. 

Sumber: Parenting.orami

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjanin-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 9 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Ini WAJIB Diambil Setiap Hari Agar Bayi Sihat & Kuat
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham