Apabila seorang wanita hamil, bukan sahaja tubuhnya berubah, malah tahap perlindungan kesihatan juga perlu ditingkatkan. Salah satu langkah penting dalam menjaga kesihatan ibu dan bayi ialah pengambilan vaksin Tdap untuk ibu hamil.
Namun masih ramai yang keliru dan ragu-ragu. Adalah ibu hamil wajib ambil vaksin ini dan selamatkah untuk bayi dalam kandungan?
Apa Itu Vaksin Tdap Untuk Ibu Hamil?
Vaksin Tdap untuk ibu hamil adalah singkatan kepada Tetanus, Diphtheria, dan Pertussis acellular. Ia adalah satu vaksin kombinasi yang melindungi daripada tiga penyakit yang boleh membawa maut:
-
Tetanus: jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan kekejangan otot serius
-
Diphtheria: jangkitan tekak yang boleh menghalang saluran pernafasan
-
Pertussis: juga dikenali sebagai batuk kokol, sejenis jangkitan yang menyebabkan batuk berpanjangan dan berbahaya terutamanya untuk bayi
Kenapa batuk kokol sangat digeruni? Bayi yang terkena batuk kokol boleh mengalami kesukaran bernafas, pneumonia, sawan, dan dalam kes lebih serius menyebabkan kematian. Ini bukan cerita rekaan, tetapi realiti yang berlaku jika tiada perlindungan awal.
Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Vaksin Tdap?
Berikut beberapa sebab kenapa ibu hamil perlu ambil vaksin Tdap:
1. Perlindungan Awal Untuk Bayi
Apabila ibu hamil menerima vaksin Tdap, antibodi akan terbentuk dalam tubuhnya. Antibodi ini akan disalurkan kepada bayi melalui plasenta, memberi perlindungan seawal kelahirannya. Bayi belum boleh menerima vaksin Tdap sendiri sehinggalah usia 2 bulan. Jadi, perlindungan daripada si ibu sangat penting.
Bayangkan, bayi lahir ke dunia yang penuh risiko virus, bakteria, udara tercemar. Tapi dengan vaksin Tdap dari ibu, sekurang-kurangnya bayi sudah ada ‘perisai pertahanan’ awal.
2. Melindungi Ibu Sendiri
Kehamilan akan menurunkan sedikit sistem imun si ibu. Jadi ibu juga berisiko untuk terkena batuk kokol atau jangkitan lain. Vaksin ini bukan sekadar untuk bayi, tetapi juga membantu melindungi ibu daripada komplikasi penyakit.
Vaksin Tdap Percuma Di Malaysia
Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan ibu hamil dengan kandungan usia antara 28 hingga 32 minggu untuk mengambil vaksin Tdap (tetanus, difteria dan acellular pertussis).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia bagi memberikan perlindungan terhadap kumpulan itu daripada penyakit batuk kokol, dan diberikan secara percuma bermula 26 Mei 2025.
“Saya diingatkan ada kematian terdahulu yang diakibatkan oleh batuk kokol. Jadi, ia sangat penting. Ada dua kes (yang berlaku) dan salah seorangnya mati.” jelasnya.
Bagaimanapun, setakat ini kementerian itu tidak melaksanakan pendekatan untuk mewajibkan pengambilan vaksin berkenaan.
“Kita tidak mewajibkan tetapi kita amat menggalakkan pengambilan imunisasi ini. Ia disediakan percuma dalam semua fasiliti kesihatan awam.” katanya.
Bila Waktu Terbaik Ambil Vaksin Tdap Semasa Hamil?
Menurut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), vaksin Tdap harus diambil antara minggu ke-27 hingga ke-36 kehamilan, setiap kali hamil, walaupun pernah ambil sebelum ini.
Kenapa setiap kali hamil? Antibodi yang terbentuk hanya bertahan seketika dalam tubuh bayi. Jadi setiap kehamilan memerlukan ‘booster’ baharu untuk bayi seterusnya.
Adakah Vaksin Tdap Selamat?
Ya, vaksin Tdap untuk ibu hamil telah terbukti selamat untuk ibu hamil dan tidak menyebabkan kecacatan atau masalah pertumbuhan kepada janin. Kajian global menunjukkan tiada kaitan antara vaksin ini dengan keguguran atau kelahiran pramatang.
Kesan sampingan vaksin Tdap untuk ibu hamil yang biasa hanyalah ringan, seperti:
Jauh lebih ringan berbanding risiko jika terkena batuk kokol semasa hamil atau jika bayi dijangkiti selepas lahir.
Apa Berlaku Jika Ibu Tidak Ambil Vaksin Tdap?
Sekiranya anda tidak mendapatkan vaksin ini, bayi anda tidak akan mendapat perlindungan antibodi awal terhadap batuk kokol. Jika terdedah kepada individu yang dijangkiti, risiko bayi untuk dijangkiti meningkat berkali ganda.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi bukan perkara luar biasa. Di Malaysia sendiri, kes batuk kokol masih direkodkan setiap tahun, dan kebanyakannya berlaku kepada bayi yang belum sempat dapat vaksin.
Siapa Yang Tidak Boleh Ambil Vaksin Tdap?
Walaupun vaksin Tdap untuk ibu hamil adalah selamat, ada beberapa keadaan di mana vaksin mungkin ditangguhkan atau tidak digalakkan, contohnya:
Tapi kes seperti ini amat jarang berlaku. Rujuk doktor sebelum membuat keputusan.
Cara Nak Dapatkan Vaksin Tdap Di Malaysia
Anda boleh mendapatkan vaksin Tdap di:
-
Klinik Kesihatan Kerajaan (KKM): Sesetengah KK sudah mula menyediakan Tdap untuk ibu hamil secara percuma
-
Klinik swasta: Biasanya lebih cepat dan mudah, tapi berbayar
-
Hospital swasta: Termasuk dalam pakej antenatal di sesetengah hospital. Kos vaksin Tdap di klinik swasta biasanya antara RM80–RM150, bergantung kepada lokasi.
Mitos Dan Fakta Tentang Vaksin Tdap
Mari kita tengok beberapa mitos tentang vaksin Tdap untuk ibu hamil yang sering didengar:
|
| Mitos |
Fakta Sebenar |
| “Tak perlu vaksin kalau ibu sihat” |
Sihat bukan alasan tak ambil vaksin. Ia untuk bayi yang belum boleh bertahan sendiri. |
| “Vaksin boleh sebabkan keguguran” |
Tiada bukti kukuh menunjukkan Tdap sebabkan keguguran. Ia selamat digunakan sejak bertahun-tahun. |
| “Kalau dah pernah ambil masa dulu, tak perlu ulang” |
Perlu ambil setiap kali hamil sebab antibodi tidak kekal lama. |
| “Bayi boleh tunggu sampai usia 2 bulan untuk vaksin sendiri” |
Tapi risiko jangkitan batuk kokol paling tinggi adalah dalam tempoh 2 bulan pertama, sebelum vaksin pertamanya. |
Perbezaan Vaksin Dtap Dengan Tdap
DTaP dan Tdap adalah kedua-dua vaksin gabungan yang melindungi daripada difteria, tetanus dan pertusis (batuk kokol). Namun, kedua-duanya berbeza dari segi kumpulan umur yang disyorkan serta jumlah kandungan vaksin pertusis di dalamnya.
Vaksin DTaP untuk ibu hamil biasanya diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kecil, manakala vaksin Tdap digunakan untuk kanak-kanak lebih besar, remaja dan orang dewasa. Tdap mengandungi dos yang lebih rendah bagi vaksin difteria dan pertusis berbanding DTaP, manakala komponen tetanus adalah sama untuk kedua-duanya.
Berikut adalah perbezaan vaksin Dtap dengan Tdap:
Vaksin DTaP:
-
Mengandungi vaksin difteria, tetanus dan pertusis pada dos penuh.
-
Digunakan untuk imunisasi awal bagi bayi dan kanak-kanak kecil.
Vaksin Tdap:
-
Mengandungi vaksin tetanus pada dos penuh, tetapi difteria dan pertusis pada dos lebih rendah.
-
Digunakan sebagai suntikan penggalak (booster) untuk kanak-kanak yang lebih besar, remaja dan orang dewasa.
-
Disyorkan semasa kehamilan untuk melindungi bayi baru lahir daripada pertusis.
Kesimpulannya, Vaksin Tdap untuk ibu hamil merupakan langkah penting dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi terjamin, khususnya melindungi bayi daripada penyakit berbahaya seperti batuk kokol, difteria, dan tetanus.
Suntikan vaksin ini disarankan diberikan kepada ibu hamil antara minggu ke-27 hingga ke-36 kehamilan untuk memberikan perlindungan awal kepada bayi sebelum mereka boleh menerima vaksin sendiri.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Vaksin Untuk Ibu Mengandung Elak Risiko Penyakit, Ini Jadual Suntikan Yang Lengkap
Baca juga: Pentingnya Dapatkan Suntikan Rubela, Jika Ibu Hamil Terkena Jangkitan, Bayi Berisiko Buta!
Baca juga: Pentingnya Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung, Ia Membentuk Antibodi Bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!