X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jenis Vaksin Untuk Ibu Mengandung Yang Harus Anda Ambil, Bantu Kuatkan Sistem Imuniti&Cegah Penyakit

7 min bacaan
Jenis Vaksin Untuk Ibu Mengandung Yang Harus Anda Ambil, Bantu Kuatkan Sistem Imuniti&Cegah Penyakit

Vaksin untuk ibu mengandung penting untuk mencegah penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.

Pelbagai jenis vaksin untuk ibu mengandung adalah selamat dan disyorkan sepanjang dan selepas kehamilan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjamin. 

Antibodi ibu terhadap imunisasi ini bukan sahaja melindungi mereka, tetapi juga menembusi plasenta dan membantu melindungi bayi mereka daripada penyakit berbahaya pada awal kehidupan.

Pengambilan vaksin emasa mengandung juga melindungi ibu daripada dijangkiti penyakit berbahaya yang kemudiannya akan menular kepada bayi.

Isi Kandungan

  • Jenis vaksin untuk ibu mengandung 
  • Vaksin yang tidak digalakkan untuk ibu hamil 
  • Vaksin Covid-19 untuk ibu hamil
  • Vaksin yang disyorkan selepas kehamilan

Jenis vaksin untuk ibu mengandung 

Jika anda hamil atau berniat untuk hamil, vaksin khusus yang anda perlukan akan ditentukan oleh umur, gaya hidup, keadaan kesihatan, perjalanan dan vaksin yang pernah anda ambil sebelum ini.

Pelbagai jenis vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung tersedia untuk diambil.

vaksinasi hamil

Jika anda merancang untuk hamil, berbincanglah dengan doktor untuk memastikan anda telah mendapatkan semua imunisasi yang terkini.

Sesetengah imunisasi, seperti vaksin campak, beguk dan rubella (MMR), harus diberikan sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan. Doktor boleh menasihati anda, sama ada anda memerlukan vaksin-vaksin ini atau imunisasi yang lain.

Semasa kehamilan, Center for Disease Control & Prevention (CDC) menasihatkan bahawa wanita hamil perlu menerima dua vaksin iaitu vaksin selesema yang tidak aktif dan vaksinasi Tdap.

#1. Vaksin selesema

Jika anda hamil semasa musim selesema adalah disyorkan untuk mengambil vaksin selesema. Walaupun musim selesema berbeza-beza, anda dinasihatkan untuk mengambilnya menjelang akhir Oktober.

Anda harus mendapatkan suntikan selesema untuk keselamatan diri sendiri serta perlindungan kepada bayi dan orang di sekeliling. Vaksin ini boleh diberikan pada bila-bila masa sepanjang kehamilan anda.

Beribu-ribu wanita hamil telah menerima vaksin selesema sepanjang tahun, dan data saintifik menunjukkan bahawa mereka selamat.

Mendapatkan vaksin selesema semasa mengandung ialah salah satu kaedah terbaik untuk melindungi diri dan bayi anda daripada masalah berkaitan selesema selama beberapa bulan selepas kelahiran.

Anda boleh mengelakkan sebarang komplikasi seperti kelahiran bayi yang kurang berat badan, kelahiran pramatang atau kematian dalam kandungan hanya dengan mengambil langkah berjaga-jaga ini.

#2. Tetanus, difteria, batuk kokol (pertusis) Tdap

Wanita hamil memerlukan satu dos Tdap (vaksin batuk kokol dewasa) semasa setiap kehamilan terutamanya pada awal trimester ketiga.

Ia selamat untuk diambil semasa mengandung dan akan menghalang bayi anda daripada menghidap batuk kokol dalam beberapa bulan pertama selepas dilahirkan, iaitu waktu paling mudah seorang bayi dijangkiti penyakit.

Selepas Tdap, anda akan mendapat dos penggalak. Rujuk doktor jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya tiga suntikan tetanus dan toksoid difteria sepanjang hayat anda, atau jika anda mengalami luka yang teruk atau kotor.

Jika anda tidak menerima vaksin Tdap semasa kehamilan atau tidak pernah menerimanya, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan vaksin sejurus selepas bersalin.

Vaksin yang tidak digalakkan untuk ibu hamil 

Ada beberapa jenis vaksin yang tidak digalakkan untuk ibu hamil, ia termasuklah:

vaksin ibu hamil

 

#1. Human Papillomavirus (HPV)

Vaksinasi ini tidak disyorkan untuk digunakan semasa kehamilan, tetapi jika anda memperolehnya secara tidak sengaja, anda tidak perlu risau.

Semua orang berumur 26 tahun ke bawah dinasihatkan untuk mengambil vaksin HPV, jadi jika anda termasuk dalam kategori ini, dapatkan vaksin sebelum atau selepas kehamilan anda.

Orang yang berumur 27 hingga 45 tahun juga boleh diberi vaksin HPV selepas berunding dengan doktor mereka. Vaksinasi diberikan dalam dua atau tiga dos dalam tempoh enam bulan bergantung pada umur anda semasa mendapatkan dos pertama.

#2. Campak, beguk, rubella (MMR)

Vaksin MMR tidak disyorkan semasa kehamilan, tetapi jika anda mengambilnya, anda tidak perlu risau. Jika anda dilahirkan pada tahun 1957 atau selepasnya, anda harus mempunyai satu dos MMR dan anda mungkin memerlukan dos kedua.

Semasa penjagaan pranatal anda, doktor akan menguji darah untuk menentukan keperluan anda untuk mendapatkan vaksin MMR selepas kelahiran.

#3. Varicella (campak)

Vaksinasi varicella tidak dinasihatkan untuk diambil semasa kehamilan. Jika anda tidak pernah dijangkiti cacar air, tidak pernah divaksinasi, atau pernah menerima vaksin tetapi hanya menerima satu dos, adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin sebelum percubaan untuk hamil atau selepas anda melahirkan.

Vaksinasi ini diberikan dalam dua dos, selang empat hingga lapan minggu.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#4. Zoster (kayap)

Jika anda berumur 50 tahun atau lebih, anda harus mendapatkan vaksin kayap jenama Shingrix sebanyak dua dos. Walau bagaimanapun, kerana keselamatan vaksin Shingrix semasa kehamilan tidak diketahui, anda harus menunggu sehingga anda bersalin untuk menerima Shingrix.

#5. Vaksin live

Sesetengah vaksin, terutamanya vaksin live, tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana ia boleh membahayakan bayi. Perlu diingat bahawa garis panduan penciptaan vaksin untuk wanita hamil telah mengambil kira keselamatan ibu dan bayi.

Vaksin live termasuk BCG (vaksinasi untuk melawan batuk kering), polio oral (yang merupakan sebahagian daripada vaksin 5-dalam-1 yang diberikan kepada bayi). typhoid oral, vaksin influenza (vaksin selesema) dan vaksinasi Japanese ensephalitis.

Jika anda menerima mana-mana vaksin ini dan kemudian mendapati anda hamil, dapatkan nasihat dari doktor anda untuk mengetahui vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung. Jika perlu lebih banyak dos vaksin tersebut ia sebaiknya diberikan selepas melahirkan.

Vaksin Covid-19 untuk ibu hamil

Anda harus mendapatkan vaksinasi Pfizer/BioNTech atau Moderna. Ini kerana ia telah digunakan secara meluas di negara lain kepada ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan tanpa sebarang kesan buruk dan merupakan vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung.

Malah, kesan vaksin Pfizer untuk ibu mengandung telah terbukti selamat digunakan kepada ibu hamil, dan ia juga berupaya untuk melindungi keselamatan dan kesihatan bayi yang berada dalam kandungan.

Vaksin yang disyorkan selepas kehamilan

jenis vaksin ibu hamil

Jika anda terlepas sebarang imunisasi sebelum atau semasa kehamilan dapatkannya selepas anda bersalin. Ini boleh membantu anda mengelakkan sebarang penyakit dalam kehamilan yang akan datang.

Jika anda tidak menerima vaksin Tdap sebelum atau semasa kehamilan, anda harus mendapatkannya sejurus selepas anda bersalin. Selepas mendapatkan vaksin, badan anda akan mengambil masa dua minggu untuk membina imuniti.

Apabila itu berlaku, kemungkinan untuk mengjangkiti bayi anda dengan pertusis adalah kurang.

Pada usia dua bulan, bayi anda akan menerima vaksin pertusis yang pertama. Oleh itu, pendekatan terbaik bagi melindungi anak anda adalah dengan pemberian vaksin dan menjauhkannya daripada orang yang mungkin dijangkiti pertusis.

Vaksinasi Tdap hendaklah diperolehi oleh anda sendiri sebagai penjaga, teman rapat, keluarga dan sesiapa sahaja yang akan berjumpa dengan bayi anda sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kelahiran bayi anda.

Selepas anda bersalin, doktor mungkin menasihati anda tentang vaksin tambahan. Mendapatkan vaksin boleh membantu untuk mengelakkan anda dari menjadi tidak sihat dan menyebarkan sebarang jangkitan kepada bayi anda.

Kebanyakan imunisasi adalah selamat untuk anda dan bayi. Jika anda menyusu, maklumkan kepada doktor anda bahawa anda sedang menyusu sebelum menerima sebarang vaksin untuk memastikan keselamatan mereka. Ketahui lebih lanjut tentang jadual imunisasi bayi anda di sini.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung, jangan teragak-agak untuk berunding dengan doktor anda mengenainya.

  1. Harvard Health Publishing (2020, Januari 15) Vaccines for women: Before conception, during pregnancy, and after a birth. www.health.harvard.edu/blog/vaccines-for-women-before-conception-during-pregnancy-and-after-a-birth-2020011018649 

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kesan ‘Long Covid-19’ Pada Anak Yang Ibu Ayah Wajib Peka, Ini Penjelasan Tepat Dari Pakar

Baca juga : Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini

Baca juga : Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Ini Dirumah Untuk Rawat Demam, Batuk Dan Selesema

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Jenis Vaksin Untuk Ibu Mengandung Yang Harus Anda Ambil, Bantu Kuatkan Sistem Imuniti&Cegah Penyakit
Kongsikan:
  • Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

    Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

  • Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

    Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

  • Nama Bayi Dengan Maksud Cinta Dari Huruf A Hingga Z, Comel Sangat Pasti Ibu Jatuh Hati!

    Nama Bayi Dengan Maksud Cinta Dari Huruf A Hingga Z, Comel Sangat Pasti Ibu Jatuh Hati!

  • Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

    Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

  • Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

    Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

  • Nama Bayi Dengan Maksud Cinta Dari Huruf A Hingga Z, Comel Sangat Pasti Ibu Jatuh Hati!

    Nama Bayi Dengan Maksud Cinta Dari Huruf A Hingga Z, Comel Sangat Pasti Ibu Jatuh Hati!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.