X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini

4 min bacaan
Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini

Cara jaga anak atau ahli keluarga yang positif Covid-19 dengan betul. Yang penting ibu ayah ikuti beberapa panduan ini

Menurut paparan pihak KKM, kebanyakan mereka yang dijangkiti virus kini hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala serta sembuh dengan hanya menjalani kuarantin di rumah. Bagi anda yang baru pertama kali menghadapinya, pasti tertanya-tanya apakah cara jaga anak yang positif Covid?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara menjaga anak dan ahli keluarga yang sakit dengan Covid-19
  • Langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan virus Covid-19
  • Apa nak buat jika anak dijangkiti Covid-19
  • Dengar luahan hati anak anda

Bagi pesakit bayi dan kanak-kanak, pastinya agak sukar untuk kuarantin sendirian di dalam bilik. Mereka pastinya memerlukan ibu ayah di sisi. Di sini kami kongsikan beberapa cara jaga anak yang dijangkiti Covid-19 agar tidak tersebar kepada orang lain.

Cara jaga anak dan ahli keluarga yang positif Covid-19

Seperti saranan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dalam menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit, sudah semestinya anda perlu mengambil berat keadaan diri anda juga.

cara menjaga anak

#1. Hadkan bilangan penjaga. Sebaik-baiknya, seorang yang sihat dan lengkap menerima suntikan vaksin kurang berisiko mendapat jangkitan teruk. 

#2. Sentiasa memakai topeng pelitup muka di dalam rumah. Pastikan anda sediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan gunakan dengan kerap.

#3. Dalam ruang anak atau ahli keluarga positif Covid-19 berada, ibu hendaklah kerap sanitasi menggunakan penyembur pembasmi kuman. Elakkan penggunaan penghawa dingin dan buka tingkap di rumah untuk membolehkan pengaliran udara yang baik.

#4. Sediakan ubat demam, selesema, batuk yang mencukupi. Pastikan si kecil anda kekal aktif bagi mempercepatkan proses penyembuhan

#5. Penyediaan makanan yang berkhasiat. Ibu digalakkan beri si manja makan makanan yang tinggi vitamin serta pastikan mereka memperoleh rehat mencukupi

#6. Pantau paras oksigen anak atau ahli keluarga menggunakan Oxymeter dari semasa ke semasa. Alatan ini amat penting bagi menentukan sama ada pesakit Covid-19 memiliki kadar pernafasan normal atau sebaliknya. Biasanya mereka yang dijangkiti virus ini akan mudah rasa tercungap-cungap dan lelah.

#7. Sentiasa kemaskini keadaan anda atau ahli keluarga yang positif Covid-19 di aplikasi Mysejahtera.

#8. Bantu pesakit dengan mengikuti nasihat doktor dan pantau gejala yang dialami.  Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika pesakit tersebut mengalami kesukaran untuk bernafas, sakit dada, kekeliruan dan hilang upaya untuk bercakap dan bergerak.

cara menjaga anak

#9. Ada sesetengah gejala dan simptom bergantung kepada usia pesakit. Dapatkan rawatan segera jika bayi tidak dapat menyusu atau jika anak kecil mengalami demam dengan suhu yang tinggi atau anak anda tiba-tiba kelihatan keliru, enggan makan selain muka atau bibir mereka menjadi biru.

#10. Pantau juga keadaan diri anda dan mereka di rumah jika terdapat gejala dan simptom Covid-19 termasuk demam, sakit tekak, sakit otot atau badan, sesak hidung dan berair, loya dan muntah, cirit-birit, pernafasan pendek dengan batuk kering atau keletihan.

#11. Bagi kanak-kanak gejala mereka mungkin berbeza-beza manakala, untuk bayi pula boleh jadi kesukaran untuk memberi makan, nafas laju dan lesu. Segera merujuk ke hospital jika anda berdepan situasi ini

Langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan virus Covid-19

cara menjaga anak

Penting mengambil langkah berjaga-jaga walaupun anda dan ahli keluarga kesemuanya mengambil vaksin. Tiada vaksin yang melindungi 100 peratus terhadap jangkitan dan anda juga mungkin boleh menyebarkan virus kepada orang lain jika dijangkiti.

Beritahu anak anda tentang langkah pencegahan dan pentingnya untuk semua mematuhinya dalam membantu memutuskan penyebaran. 

Pastikan juga tiada sebarang pelawat yang datang ke rumah sehinggalah pesakit benar-benar sembuh serta tiada tanda dan simptom Covid-19. Patuhi semua arahan dan saranan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Apa nak buat jika anak dijangkiti Covid-19

Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini

 

Jika anak anda mengalami gejala Covid-19, dapatkan nasihat perubatan sebaik sahaja mereka mula tidak sihat walaupun gejala ringan.

Jika doktor memberitahu selamat untuk anak anda dijaga di rumah, hadkan perhubungan dengan seorang penjaga bagi melindungai ahli keluarga yang lain terutama yang berisiko tinggi dengan penyakit teruk.

Jangan asingkan anak anda sendirian dan beritahu mereka mengenai Covid-19 serta pentingnya untuk mereka mengasingkan diri daripada keluarga lain seketika.

Pakai pelitup muka yang sesuai dan amalkan mencuci tangan. Rehat, minum air mencukupi dan berikan makanan berkhasihat kepada anak anda.

Dengar luahan hati anak anda

Apabila seseorang dijangkiti Covid-19, ia memberikan kesan yang pelbagai dari segi emosi, kemarahan, kebimbangan dan rasa sedih. Peka terhadap perasaan anak anda dan beri keyakinan kepada mereka.

Segelintir kanak-kanak mungkin terdengar maklumat palsu berkenaan Covid-19 daripada rakan mereka atau bacaan di internet. Justeru sentiasa semak apa yang mereka tahu dan jika perlu, kongsikan kepada mereka maklumat betul serta boleh dipercayai.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

UNICEF

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Penyakit Kawasaki Mudah Menyerang Kanak-Kanak, Doktor Jelaskan Bahaya Penyakit Ini

Baca juga: Anak 3 Tahun Dijangkiti Covid Buat Kali Ketiga, Ibu Menyesal Tak Sudah Bawa Pergi Bercuti

Baca juga:  7 Susu Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak Yang Terbaik, Lengkap Dengan Nutrisi Penting

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini
Kongsikan:
  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

    Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

  • Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

    Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

  • Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

    Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

    Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

  • Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

    Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

  • Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

    Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.