Bekas pesakit Coronavirus dan merupakan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Ariffin Mamat, berkongsi tips sihat untuk seluruh masyarakat agar tidak panik berhadapan dengan penyakit misteri ini.
Menurut Ariffin, Covid-19 sebenarnya masih boleh dirawat sekiranya setiap individu melakukan saringan kesihatan secara lebih awal dan menyerahkan diri kepada hospital tanpa ragu-ragu.
Tips sihat berhadapan Coronavirus
foto: astro awani
Menurut pengalaman yang dilalui oleh bekas pesakit Covid-19 ini, dia pada mulanya telah menghadiri sebuah majlis atas keperluan kerja. Namun, salah seorang daripadanya telah disahkan positif gejala ini.
Perkongsiannya telah menjadi tular dalam media sosial kerana dia dilanda kebimbangan kerana menyedari bahawa dirinya berpotensi besar dijangkiti.
”Saya telah mengambil langkah proaktif dengan segera melakukan pemeriksaan di hospital kerana ingin menyekat penyebaran virus kepada orang lain termasuklah ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan sekerja,” ujar Ariffin.
Tambahnya lagi, pada peringkat permulaan dia telah melakukan pemeriksaan fizikal di hospital swasta yang berdekatan.
”Hospital berkenaan telah menyediakan sebuah bilik khas bagi saringan Covid-19 dan doktor yang bertugas memakai seragam berbungkus lengkap. Dia telah memeriksa tekanan darah, suhu badan dan tekak,” kongsinya.
Setelah melakukan pemeriksaan, pihak hospital berkenaan telah mengeluarkan surat untuk rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.
”Tanpa berlengah saya terus pergi ke sana. Pada waktu itu hanya saya seorang sahaja membuat saringan. Namun, pihak perubatan mengatakan saya sihat dan dibenarkan pulang. Saya berasa agak kecewa kerana naluri mengatakan saya berisiko tinggi kerana salah seorang kontak positif Coronavirus,”
Seterusnya, Ariffin dengan hati terbuka untuk melakukan kuarantin sendiri bersama ahli keluarga yang lain.
”Saya sekali lagi pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Pihak hospital telah melakukan saringan dan meminta saya pulang ke rumah untuk kekalkan proses kuarantin,”
”Selepas itu, saya telah menerima panggilan dari seorang doktor yang mengatakan saya positif Covid-19. Pada malam itu juga sebuah ambulans datang mengambil saya untuk rawatan di Hospital Sungai Buloh,”
Amalan ketika berada di hospital
“Virus Covid-19 seperti kita kena selsema dan badan kita sendiri boleh melawan kuman itu. Jadi, untuk diri melawan kuman ini, minda perlu positif. Anda perlu meletakkan harapan sembuh dengan cepat dan jangan berputus asa.”
Bukan itu sahaja sekiranya seorang pesakit disahkan menghidap wabak ini, perlu sentiasa bertenang dan menghebahkan keadaan diri yang sebenar kepada orang ramai.
”Saya telah memaklumkan dalam kumpulan Whatsapp keluarga, kejiranan dan petugas di pejabat bahawa saya telah positif Coronavirus serta meminta mereka segera melakukan ujian saringan dengan segera bagi mengelakkan ia tersebar kepada lebih ramai orang,” ujar Ariffin.
Tambahnya, dia adalah pesakit yang paling awal dibenarkan pulang kerana hanya berada dalam jagaan hospital 10 hari sahaja dengan sentiasa mengamalkan tips sihat.
”Jangan sesekali melupakan diri kita yang masih memiliki Allah. Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada ketentuan dan mencari hikmah setiap yang berlaku agar ia diredhai olehNya,”
”Sepanjang di hospital, saya hanya mengamalkan beberapa perkara untuk melawan penyakit jahat ini. Yang pertama adalah minda yang positif, meletakkan harapan segera sembuh dan amalkan pemakanan serta lakukan senaman agar mengeluarkan peluh,” kongsi Ariffin.
Tidak mengalami sebarang simptom
Difahamkan, dirinya tidak mengalami sebarang simptom seperti demam teruk dan selsema.
“Saya sebenarnya tidak ada simptom, hanya batuk sikit-sikit. Kami (pesakit) ditempatkan dalam satu bilik yang dihuni seramai empat orang positif Coronavirus. Setiap orang ada simptom masing-masing.”
“Ubat yang diberikan pula hanya untuk melawan (memulihkan) simptom (seperti batuk). Jadi badan kena kuat dari segi mental, emosi supaya kekal positif dan kuat melawan virus ini,” katanya.
Selain itu, Ariffin berterima kasih dan memuji sikap semua petugas kesihatan yang profesional dan berhemah dalam merawat setiap pesakit Covid-19 biarpun berdepan risiko dijangkiti.
Lihat video penuh di bawah:
Sumber: Says.com, Berita Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami
Baca juga:
https://my.theasianparent.commenjaga-kesihatan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!