X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Buntu Anak Sering Tanya Tentang Wabak Covid-19? Ini Cara Terbaik Untuk Menerangkannya

11 Mar, 2020
Buntu Anak Sering Tanya Tentang Wabak Covid-19? Ini Cara Terbaik Untuk Menerangkannya

Anak-anak kecil tidak memahami bahaya wabak penyakit yang sedang berlaku. Ini cara komunikasi berkesan bagi mendedahkan pengetahuan mereka tentang Covid-19

Ketika anak-anak semakin membesar, ibu ayah pastinya akan dihujani pelbagai soalan. Dalam hal ini, cara komunikasi berkesan dapat membantu mereka memahami sesuatu perkara yang timbul di persekitaran.

Kebanyakan ibu ayah perlu berhati-hati apabila membicarakan tentang topik bahaya wabak Coronavirus memandangkan virus ini masih belum ada penawarnya.

Cara komunikasi berkesan tentang Covid-19

cara komunikasi berkesan dengan anak

credit to sources

Walau bagaimanapun seperti mana-mana keadaan, anda diperlukan anak-anak untuk menghilangkan kekeliruan mereka terhadap apa yang berlaku.

Oleh hal demikian, praktikkan cara komunikasi berkesan bersama anak kecil atau remaja bagi memudahkan perbualan isu kesihatan yang agak rumit ini dengan: 

#1. Sentiasa bertenang

Pastikan fikiran anda tenang dan kawal perasaan cemas ketika bercakap dengan anak kecil atau remaja mengenai penyakit Coronavirus yang sedang merebak.

Menurut Pengarah Klinikal dan Psikologi Klinikal Kanan di Institut Minda Kanak-kanak, Mark Reinecke, mengatakan dalam keadaan samar, kanak-kanak kecil sering melihat ibu ayah dalam memberikan respon atau meluahkan perasaan mereka.

“Sekiranya anda tenang dan yakin, mereka akan mudah untuk memahaminya. Namun, jika anda cemas atau takut, mereka tidak mengendahkan bahaya yang sedang berlaku.” katanya.

Advertisement

Tambah Reineck, jika anda bertenang dan memberikan penerangan yang jelas ketika berbicara, cara komunikasi berkesan dapat dicapai dengan mudah.

Hal ini sekaligus membantu mengawal pergerakan anak agar tidak terlalu terdedah di luar rumah.

#2. Bersikap terbuka dan jujur

langkah komunikasi berkesan

foto: fatheriy

Apabila anak kecil atau remaja datang dengan pelbagai persoalan, pastikan anda memberikan perhatian kepadanya dan terus memberikan jawapan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham.

Menurut editor akhbar First News, Nicky Cox MBE, kanak-kanak mudah mendengar nasihat sekiranya anda memberikan perhatian sebaiknya ketika berinteraksi dengan mereka.

“Pastikan anda bersikap terbuka untuk mendedahkan kebimbangan terhadap ancaman penyakit baharu ini. Elakkan menceritakan sesuatu yang diluar batas pemikiran mereka,”   

“Dengan membincangkan isu secara terbuka, kita dapat membantu kanak-kanak memahami pentingnya amalan mencuci tangan,  pastikan bebas dari kotoran dan kuman,” ujarnya.

Pakar turut menyarankan ibu ayah supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menakutkan seperti “Semua orang takut” atau “Tidak ada yang boleh kita lakukan.”

Sebaliknya, maklumkan kebenaran yang meyakinkan seperti ”kita perlu sentiasa menggunakan sabun ketika membersihkan tangan supaya dijauhi kuman,”

#3. Bersesuaian dengan umur

Pastikan ketika anda menyentuh tentang topik Covid-19, ia bersesuaian dengan usia dan tahap perkembangan anak.

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun tidak memerlukan banyak maklumat seperti nama virus atau ancaman penyakit global kerana mereka terlalu kecil untuk memahaminya.

Sebaliknya, berbual dengan mereka tentang kuman dan cara mereka boleh kekal sihat seperti kerap mencuci tangan.

Untuk kanak-kanak sekolah, anda boleh memberi mereka lebih banyak maklumat tentang bagaimana ia tersebar dan langkah untuk mengatasinya.

Hal yang perlu anda elakkan adalah menceritakan tentang mangsa Coronavirus yang telah mati.

Dan untuk anak yang berusia lebih dari 10 tahun, pastikan anda tidak menyembunyikan sesuatu kebenaran dari mereka.

“Ibu ayah perlu ingat bahawa mereka terdedah dengan pelbagai maklumat di media sosial, jadi fikir mereka tidak membaca tentang penyakit ini,” kata ahli Psikologi klinikal, John Mayer.

#4. Fokus pada kebenaran

teknik komunikasi berkesan

credit to sources

Apabila bercakap dengan anak-anak, tumpukan pada fakta dan angka bagi memberi kesedaran kepada mereka.

Misalnya, Virus Corona telah berada dalam Malaysia, anda sekeluarga perlu mengelakkan mengunjungi ke tempat orang ramai dan anak-anak perlu menjaga kebersihan diri.

#5. Mempraktikkan amalan kebersihan

Kebersihan yang baik adalah kunci untuk mencegah penyebaran Coronavirus. Dalam hal ini, anda perlu sedar bahawa anak-anak tidak akan sentiasa bersih.

Justeru, sentiasa galakkan mereka untuk mencuci tangan dengan betul, membuang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah dan menghindarkan diri dari melawat orang yang sakit.

Pihak  kesihatan turut mengatakan bahawa cara yang terbaik untuk melindungi diri  adalah mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 15 hingga 30 saat.

Menurut Ketua Klinikal di Treated.com, Dr Daniel Atkinson mengatakan amalan kebersihan sangat penting bagi mengelakkan diri dari serangan kuman penyakit.

“Pastikan mencuci tangan dengan teliti, tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin,”

“Adalah lebih baik untuk mengelakkan diri bersentuhan dengan orang yang sakit dan elakkan berjabat tangan dengan sesiapa yang menunjukkan gejala seperti selesema,” katanya.

Sumber: The Sun

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Buntu Anak Sering Tanya Tentang Wabak Covid-19? Ini Cara Terbaik Untuk Menerangkannya

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkebaikan-susu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Buntu Anak Sering Tanya Tentang Wabak Covid-19? Ini Cara Terbaik Untuk Menerangkannya
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham