X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hospital Sungai Buloh Bakal Jadi 'HOSPITAL KHAS' Untuk Penyakit Berjangkit

10 Mar, 2020
Hospital Sungai Buloh Bakal Jadi 'HOSPITAL KHAS' Untuk Penyakit Berjangkit

Wabak Coronavirus berada tahap yang membimbangkan. Kesan penyakit berjangkit ini mendorong kerajaan mencipta pusat rawatan khusus sebagai langkah pencegahan

Kesan penyakit berjangkit, Covid-19 telah membimbangkan masyarakat seluruh dunia kerana kes pesakit yang positif wabak ini semakin meningkat pada setiap hari.

Hal ini diburukkan lagi dengan pihak penyelidik masih belum menjumpai ubat yang boleh merawat penyakit berbahaya ini dan angka kematian di wilayah China terutamanya telah melebihi ribuan orang.

Kesan penyakit berjangkit

kesan penyakit coronavirus

credit to sources

Justeru, dalam membasmi gejala ini Kementerian Kesihatan telah mengumumkan Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat kesan penyakit berjangkit.

Menurut Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar Chidambaram, berkata langkah ini diambil adalah untuk memastikan kemudahan dan persiapan lengkap bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

“Masalah yang biasa dihadapi oleh hospital-hospital seluruh negara adalah kemudahan katil. Mengikut pengalaman di Sungai Buloh, kami telah menyelesaikan sepenuhnya isu pengurusan katil.

”Jadi, tiada masalah kekurangan katil untuk pesakit COVID-19 di hospital ini,” kata beliau mengenai pengurusan perubatan dan persediaan negara.

Pada masa ini, Dr Suresh berkata tingkat empat dan lima hospital berkenaan akan dikhususkan untuk pesakit COVID-19.

Ia dilengkapi kemudahan sebanyak 112 buah katil, sementara tingkat tiga pula dengan 14 katil unit rawatan rapi (ICU) dikhaskan kepada mangsa yang serius dan memerlukan bekalan oksigen dan rawatan rapi.

akibat penyakit berjangkit

gambar sekadar hiasan

Dr Suresh berkata demikian pada sesi libat urus antara Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pengamal media di Kementerian Kesihatan di sini, pada Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, jabatan sedia ada yang berada pada dua tingkat akan dikosongkan dan dipindahkan ke fasiliti perubatan berhampiran agar Hospital Sungai Buloh boleh menumpukan perhatian kepada kes-kes penyakit berjangkit seperti Covid-19.

Apabila ditanya sama ada hospital untuk penyakit berjangkit di Sungai Buloh adalah sementara waktu sehingga wabak itu berakhir sahaja, ketua pengarah kesihatan berkata:

“Ada permintaan supaya kami mendapatkan hospital bagi penyakit berjangkit, maka kami akan jadikan Hospital Sungai Buloh ini sebagai hospital untuk penyakit berjangkit yang kekal.”

Beliau berkata selain Hospital Sungai Buloh sebagai pusat perubatan yang dikhususkan merawat kes Covid-19, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras turut memainkan peranan yang sama.

Penyebaran jangkitan virus

kesan wabak penyakit berjangkit

credit to sources

Turut hadir, pada sesi taklimat itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon dan pakar kesihatan awam Dr Wan Noraini Wan Mohamed Nor.

Dalam taklimat itu, Dr Chong berkata virus Covid-19 tersebar melalui titisan kecil bukannya menerusi udara. Ia juga boleh merebak dalam persekitaran berhawa dingin yang tertutup berbanding di bawah sinar matahari kerana suhu tinggi boleh membunuh virus berkenaan.

“Apabila titisan kecil jatuh ke atas lantai, ia mati apabila kering. Akan tetapi jika anda batuk dan menutupnya dengan tangan, bahagian anggota ini akan menjadi pembawa jangkitan.

”Justeru, elakkan menggosok muka atau mata dengan tangan dan selalu amalkan membasuh tangan dengan betul,”

”Wabak Coronavirus merebak menerusi titisan kecil dan bukannya menerusi udara, penggunaan topeng muka dan hidung sebagai perlindungan sudah mencukupi,”

”Namun, jika virus ini tersebar menerusi udara, seseorang itu memerlukan topeng muka N95,” katanya.

Selain itu, antara isu yang dibincangkan adalah mengkaji penggunaan khidmat polis bantuan untuk melakukan pengesanan kontak mereka yang diuji positif.

Hal ini adalah salah satu langkah untuk membantu kakitangan perubatan awam sedia ada yang tidak mampu menguruskan peningkatan angka kontak rapat.

Sehubungan dengan itu, orang ramai juga digesa menggunakan klinik maya atau kemudahan laman sesawang kementerian untuk mendapatkan nasihat atau maklumat mengenai ancaman Coronavirus.

Ia adalah langkah mengurangkan kesesakan hospital selain daripada perkhidmatan mendapatkan sampel di rumah untuk ujian wabak ini.

Sumber: Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Hospital Sungai Buloh Bakal Jadi HOSPITAL KHAS Untuk Penyakit Berjangkit

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-kesihatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hospital Sungai Buloh Bakal Jadi 'HOSPITAL KHAS' Untuk Penyakit Berjangkit
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham