Tumbesaran anak pastinya harus dipantau oleh ibu bapa sepanjang masa. Jika anak menghadapi masalah tidak mahu makan atau picky eater, tentunya ibu ayah akan runsing kan? Apabila berlaku situasi ini, perlukah si kecil diberikan susu untuk tumbesaran kanak-kanak sebagai pelengkap bagi mencukupkan nutrisi hariannya?
Kalsium yang terkandung dalam susu kanak-kanak jumlahnya sangat tinggi dan mudah diserap oleh tubuh badan. Badan manusia menggunakan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Jika makanan yang diambil anak setiap hari tidak mengandungi kalsium yang mencukupi, anak disarankan untuk mengambil susu.
Bagi kanak-kanak, susu boleh menjadi pilihan terbaik terutamanya mereka yang susah makan. Ketika ini sudah banyak pilihan susu budak yang boleh dipilih ibu ayah, bahkan si kecil yang mempunyai alahan terhadap susu lembu juga mempunyai pilihan susu khas untuk keperluan nutrisi mereka.
7 Susu Untuk Tumbesaran Kanak-kanak Terbaik
Apabila anda lihat pada rak di pasaraya, terdapat pelbagai jenama susu formula untuk si kecil yang boleh memeningkan kepala ibu ayah untuk membuat pilihan.
Sekarang, anda tak payah dah luangkan masa yang lama untuk memilih, apa kata anda cuba tinjau beberapa pilihan susu untuk tumbesaran kanak-kanak dari perkongsian ini.
7 Susu Untuk Tumbesaran Kanak-kanak Terbaik
 | Nestle Nankid Optipro HA Langkah 3 Terbaik dengan kandungan probiotik, baik untuk usus |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Pediasure Complete Chocolate Terbaik dengan rasa coklat |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Friso Gold Langkah 3 Terbaik untuk masalah sembelit |  | View Details | Beli di Shopee |
 | S26 Progress Langkah 3 Terbaik untuk tambah selera makan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Susu Kambing Wildan Adek Terbaik susu kambing |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Sustagen Kid 3+ Terbaik harga berpatutan |  | View Details | Beli di Shopee |
Dumex BebeGro Langkah 3
Terbaik susu tanpa gula

Susu Dumex BebeGro ialah susu untuk tumbesaran tulang kanak-kanak untuk usia 1 hingga 12 tahun. Susu ini mengandungi nutrisi penting untuk si kecil seperti minyak ikan, omega 3, zat besi, vitamin A, kalsium, zinc dan iodium.
Susu ini sesuai diberi untuk bayi 1 tahun dan ke atas kerana kandungan iodinnya tinggi yang diperlukan pada kelenjar tiroid. Kekurangan iodin boleh menyebabkan masalah kesihatan mental pada bayi.
Ia juga tidak mengandungi sebarang gula sukrosa atau gula tebu. Gula berlebihan di dalam badan boleh menjejaskan kesihatan terutamanya buat kanak-kanak yang kurang berat dan mempunyai kandungan gula tidak stabil di dalam badan.
Bukan sekadar mengoptimumkan pertumbuhan tulang, susu budak ini juga berperanan menjaga kesihatan saluran pencernaan dan perkembangan itak.
Apa yang kami suka :
- Menyokong si kecil dengan Happy Tummy, Happy Brain, Happy Heart
- Dilengkapi dengan FOS:GOS 1:9 yang menyokong pencernaan yang baik dengan memberikan nutrisi yang tepat dan serat yang cukup, minyak ikan, Omega 3, dan Omega 6 serta 13 vitamin dan 9 mineral untuk pertumbuhan yang optimum.
Nestle Nankid Optipro HA Langkah 3
Terbaik dengan kandungan probiotik, baik untuk usus

Susu untuk kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun ini diformulasikan dengan kandungan Optipro HA Protein hypoallergenic, Bifidobacterium Lactic dan DHA.
Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan mempunyai masalah penghadaman makanan, susu formula ini sesuai dan selamat untuk diberi. Diformulasi dengan 100% protein gandum yang dihidrolisasi, ia membantu bayi mencerna dan menyerap protein dengan mudah.
Susu Nankid Pro ini juga mengandungi lebih 100 juta probiotik yang membantu sistem penghadaman dan fungsi perut dan usus.
Ia juga berperanan untuk mengurangkan risiko alergi dan memberi nutrisi penting untuk pertumbahan tulang anak.
Apa yang kami suka :
- Manfaat : membantu pembentukan otot, membentuk dan mempertahankan kepadatan tulang dan gigi, menyokong perkembangan kanak-kanak, dan mengasah kebolehan motoric dan kognitif anak.
- Kandungan :asid lemak penting LA, ALA, 12 vitamin dan 9 mineral, whey protein, minyak ikan, omega 6
- Sukatan sajian yang mudah, hanya larutkan susu ke dalam gelas dengan jumlah sukatan sesuai
Pediasure Complete
Terbaik dengan rasa coklat

Pediasure Complete adalah minuman serbuk nutrisi padat dengan tenaga yang diformulasikan untuk menyokong nutrisi bagi perkembangan kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun yang menghadapi masalah makan.
Dilengkapi dengan 25 nutrien utama dalam pemakanan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk perkembangan tulang yang kuat dan otot tisu lebih sihat.
Ia juga dapat membantu menambahkan selera makan anak-anak terhadap makanan berunsur sayuran, buah-buahan serta kesukaran menerima pelbagai sumber makanan atau selera makan berkurang.
Turut diperkaya unsur karbohidrat, DHA, AA serta bakteria hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus yang membantu memperbaiki sistem penghadaman kanak-kanak.
Susu berperisa coklat ini menjadi kegemaran ibu bapa yang inginkan kepelbagaian rasa dalam memberi susu formula kepada bayi tercinta. Ianya juga disyorkan oleh pakar kesihatan kanak-kanak.
Apa yang kami suka :
- Manfaat susu Pediasure dikhaskan untuk kanak-kanak usia 1 hingga 10 tahun yang menghadapi masalah makan.
- Dilengkapi dengan triple protein, campuran 3 minyak sayuran, 12 vitamin dan 8 mineral, kalsium , fosfor. Turut diperkaya dengan DHA, AA, LA, dan ALA 6, Prebiotik FOS, dan Probiotik, zat besi dan zinc.
Friso Gold Langkah 3
Terbaik untuk masalah sembelit

Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak anda. Bukan itu sahaja, menurut reviu para ibu bapa, formula ini adalah sama seperti formula Friso yang lain di mana ia mudah untuk dicerna.
Formulanya direka khas untuk mudah dilarutkan hanya dengan suhu sederhana panas atau suam. Ini menjadikan penyediaannya mudah dan tidak perlu digoncang dengan banyak hanya untuk melarutkannya secara tidak langsung mengelakkan daripada pembentukan gas.
Friso Gold 3 ini mengandungi nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B6, Vitamin E & C, GOS, ZInc dan DHA. Semua ini bukan sahaja membantu proses tumbesaran malahan menguatkan lagi ketahanan badan.
Selain daripada mudah untuk dicerna, formula ini juga dikatakan mempunyai rasa yang lazat dan mudah untuk diterima oleh kanak-kanak.
Apa yang kami suka :
- Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun
- Bebas daripada fruktosa (gula) dan perisa
- Diformulasikan dengan lebih daripada 50 nutrien asas
S26 Progress Langkah 3
Terbaik untuk tambah selera makan

Selepas anak kita melewati usia 12 bulan ke atas, ramai ibu ayah akan mula pening kepala kerana usia begini, anak-anak biasanya memang kuat bermain tetapi makan kurang.
Jadi, penting untuk kita pilih susu formula terbaik untuk mereka yang dapat bekalkan zat yang diperlukan untuk sihat.
Susu Formula S26 Progress Langkah 3 dari Wyeth dirumus khas untuk anak berusia 1 tahun hingga 3 tahun untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal mereka.
Ia diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida.
Apa yang kami suka :
- Kandungan AA dan DHA, diperlukan oleh badan untuk perkembangan otak, Lutein untuk mata dan Choline penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.
- Baik untuk masalah sembelit
Susu Kambing Wildan Adek
Terbaik susu kambing

Walaupun susu formula dari lembu banyak di pasaran, ada juga sebilangan ibu ayah yang lebih gemar memilih susu daripada sumber kambing.
Secara semula jadi susu kambing mengandungi lebih banyak protein dan lemak berbanding susu lembu. Ia juga mengandungi lebih kalsium, potasium, vitamin A dan zat-zat lain yang baik untuk kanak-kanak.
Susu kambing Wildan antara susu kambing yang mengekalkan keasliannya dan sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Ia sangat digalakkan untuk kanak-kanak yang mudah mendapat alahan dengan susu lembu disamping membantu meningkat tahap imunisasi badan si kecil yang sedang membesar.
Susu ini dapat membantu menambah selera makan anak, mengatasi masalah sembelit dan juga baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak, serta dapat meningkatkan daya tumpu pembelajaran.
Apa yang kami suka :
- Diformulasikan dengan perisa strawberi, coklat & vanila yang sungguh lazat.
- Mengandungi vitamin A,D,E & K dari ekstrak delima, madu, kismis, kurma & gam arab.
- Mampu menguatkan tulang dan gigi serta membantu perkembangan otak dengan DHA dan AA.
- Tidak berbau
Sustagen Kid 3+
Terbaik harga berpatutan

Pada usia 3 hingga 6 tahun, si kecil sudah memiliki hal-hal yang menjadi kesukaan mereka. Ibu mungkin menghadapi pengalaman si kecil yang selalu memilih satu jenis makanan tertentu yang menjadi kesukaannya.
Masalah makan ini umum terjadi pada anak pada usia ini dan mungkin membuat ibu khuatir akan keperluan nutrisi hariannya.
Sustagen Kid 3+ ialah susu pertumbuhan yang diformulasikan oleh Mead Johnson untuk kanak-kanak usia 3 hingga 6 tahun untuk membantu memenuhi nutrisi anak sesuai dengan angka kecukupan gizi (AKG).
Dengan 3 makanan utama dan 3 gelas Sustagen setiap hari akan membantu memenuhi nutrisi anak 100% sesuai angka kecukupan gizi (AKG).
Apa yang kami suka :
- Mempunyai nutrien-nutrien penting yang terdapat dalam kumpulan Piramid Makanan.
- DHA: banyak ditemui di dalam otak.
- Serat makanan (Inulin):membantu meningkatkan Bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
- Sumber nutrisi yang penting: Protein, kalsium, zat besi, nutrien-nutrien dan vitamin yang lain.
- Sustagen memenuhi hampir 80 peratus kadar nutrien yang disyorkan oleh Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia.
- Terdapat dalam 3 perisa iaitu Asli, Vanila dan Coklat.
- Harganya yang lebih murah berbanding susu formula langkah 3 yang lain.
Perbandingan Harga Susu Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak
Jenama |
Harga |
Berat |
Dumex BebeGro Langkah 3 |
RM39.90 |
800 gram |
Nestle Nankid Optipro HA Langkah 3 |
RM64.99 |
800 gram |
Pediasure Complete |
RM79 |
850 gram |
Friso Gold Langkah 3 |
RM69.30 |
900 gram |
S26 Progress Langkah 3 |
RM35.80 |
600 gram |
Susu Kambing Wildan Adek |
RM55 |
550 gram |
Sustagen Kid 3+ |
RM59 |
1.2 kilogram |
Tip Pilih Susu Untuk Tumbesaran Kanak-kanak Serta Perkembangan Yang Menakjubkan

- Cuba pek kecil untuk percubaan kali pertama – Tidak semua sistem pencernaan kanak-kanak sesuai dengan susu formula jenis tertentu, reaksinya mungkin berbeza-beza. Agar tidak membazir, cuba dulu susu bersaiz kecil atau dapatkan secara pek percubaan yang boleh didapati secara percuma menerusi laman web rasmi susu.
- Perhatikan tanda alergi – Reaksi alergi setiap anak berbeza-beza. Alergi boleh berlaku seperti ruam, masalah pencernaan, sakit perut, bintik merah dan sebagainya. Perhatikan adakah anak anda mendapat alergi selepas meminum susu, jika ya hentikan pengambilan susu tersebut dan segera berjumpa dengan doktor.
- Perhatikan kandungan nutrisi – Selain memerlukan tenaga yang mencukupi, kanak-kanak juga memerlukan nutrisi untuk menyokong kesihatan dan perkembangannya seperti DHA untuk perkembangan otak, susu tinggi kalsium untuk perkembangan tulangnya atau probiotik untuk perncernaannya.
- Pilih perisa yang disukai si kecil – Susu formula untuk kanak-kanak biasanya ditawarkan dalam pelbagai pilihan variasi rasa. Pilihlah rasa yang disukai anak agar dia sendiri minum susu tanpa perlu dipaksa.
Semoga artikel ini dapat membantu ibu ayah membuat pilihan susu untuk tumbesaran kanak-kanak!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Apa Ibu Perlu Lakukan Kalau Bayi Tersedak Susu, Penting Untuk Ikuti Langkah-Langkah Ini
Baca juga: Tidak Digalakkan Campu Susu Dengan Ubat Anak! Ini Sebabnya
Baca juga : Campur Pelbagai Suplemen Ke Dalam Susu Anak, Doktor Tegur Tindakan Berani Ibu Ini