X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senaman Bakar Lemak Boleh Kurangkan Obesiti! Ini Antara Yang Boleh Anda Cuba!

6 min bacaan
Senaman Bakar Lemak Boleh Kurangkan Obesiti! Ini Antara Yang Boleh Anda Cuba!

Nak tips kurus? Ketahui kepentingan dan jenis senaman bakar lemak untuk dapatkan berat badan ideal yang diperlukan oleh badan anda

Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam adalah  cara yang efektif untuk pecmbakaran lemak dengan lebih cepat. Selain daripada  penjagaan makanan yang sihat senaman bakar lemak juga penting untuk mendapat berat badan ideal.

Kami di theAsianparent Malaysia ada di sini untuk berkongsi mengenai kepentingan dan jenis senaman bakar lemak untuk anda.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • Kepentingan bersenam
  • Jenis senaman bakar lemak
  • Berapa kalori yang patut dibakar
  • BMI/berat badan ideal

5 Kepentingan bersenam

senaman bakar lemak

Kita selalu dengar nak kuruskan badan perlu bersenam. Tapi kita tak sedar sebenarnya bersenam ini sangat penting bukan sahaja membantu kuruskan badan tetapi bersenam adalah satu amalan gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan dalam kehidupan. Senaman terdapat dengan pelbagai cara. Antaranya, jogging, senam aerobik, berbasikal, berenang, yoga dan lain-lain.

Berikut adalah kepentingan bersenam yang anda perlu tahu:

1#Mengawal berat badan
Kajian menunjukkan melakukan senaman berterusan terbukti membantu mengurangkan berat badan.

Aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal dan berenang berupaya untuk meningkatkan metabolisma badan yang membantu menukarkan gula sebagai tenaga untuk membakar lemak di dalam badan.

Namun, amalan gaya hidup sihat harus diikuti dengan pemakanan sihat dan seimbang untuk menjadikan ia betul-betul efektif.

2#Menjadi lebih bertenaga
Dengan bersenam akan menjadikan badan lebih bertenaga untuk melakukan tugasan harian.

Amalan gaya hidup sihat yang berterusan akan memberikan kesan positif, selain daripada dapat mengurangkan masalah berat badan ia juga dapat mengurangkan tekanan emosi dan masalah penyakit kronik seperti masalah obesiti, jantung, sakit otot dan sebagainya.

3#Kualiti tidur yang lebih baik
Mengamalan gaya hidup sihat merupakan faktor yang memberikan tidur yang berkualiti. Ramai yang tidak tahu sebenarnya tidur yang tidak berkualiti adalah daripada faktor tekanan dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Terdapat kajian menunjukkan bersenam bukan sahaja mengurangkan tekanan tetapi membantu mendapatkan tidur yang berkualiti. Kesan daripada itu, ia dapat mengurangkan rasa mengantuk di siang hari dan lebih bertenaga.

4#Membantu mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung
Selain daripada mengurangkan berat badan aktiviti bersenam baik untuk menguatkan jantung dan dapat mengawal paras kolesterol dalam badan.

Seperti yang kita tahu, serangan penyakit jantung adalah penyakit pembunuh nombor 1 di Malaysia. Kajian menunjukkan lebih 95% rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Kesannya mengakibatkan masalah penyakit jantung di Malaysia meningkat setiap tahun. Oleh itu, bersenam sangat penting untuk menjadikan hidup lebih sihat dan sejahtera.

5#Menguatkan otot dan tulang
Mesti anda pernah rasa selepas bersenam badan akan sakit-sakit? Badan sakit selepas bersukan kerana otot-otot dalam badan sedang berfungsi untuk membaiki otot yang lain.

Rasa sakit dan keregangan selepas bersenam adalah sesuatu yang normal tetapi dengan bersenam mampu mengelakkan kecederaan apabila kita meningkat usia. Jadi bersenamlah daripada sekarang untuk kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Jenis senaman bakar lemak

 tips kurus, senaman, cara kuruskan badan, senaman bakar lemak

Jangan jadikan faktor malas, tiada masa sebagai alasan untuk anda tidak boleh bersenam. Pelbagai senaman yang boleh anda lakukan. Apa yang penting perlu ada semangat dan konsisten untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Senarai senaman bakar lemak yang perlu anda tahu ialah:

  • Jogging
    Jogging sekurangnya 2-3 kali seminggu selama 30 minit sudah cukup. Jogging merupakan senaman bakar lemak yang memyebabkan jantung bergerak dengan laju dan membuatkan pembakaran kolori dengan pantas. Amalkan secara berterusan selama 3 bulan anda pasti akan dapat keputusan yang buat anda tersenyum lebar.

Nota: Sebagai permulaan berlari dengan jarak yang sedikit contohnya hari pertama dalam jarak pendek dan lebih jauh dari hari ke hari lain.

  • Berbasikal
    Aktiviti berbasikal sudah popular dalam kalangan masyarakat sekarang. Rata-rata pasti memiliki basikal dirumah. Berbasikal juga bagus untuk badan dan membantu membakar lemak-lemak degil dalam badan. Selain itu, dengan berbasikal membantu menguatkan otot-otot kaki terutamanya dari bahagian betis hingga ke peha.
  • Skipping
    Senaman yang paling mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi adalah skipping. Anda hanya memerlukan tali skipping dan boleh sihat. Skipping merupakan senaman yang mengerakkan seluruh tubuh badan anda. Selain itu, ia dapat menambahkan stamina badan dan menguatkan jantung.

Nota: Carilah tempat yang luas dan permukaan yang rata untuk skipping yaa!Untuk anda yang baru mulakan dengan perlahan-lahan, jangan terus memaksa tubuh anda.

  • Berenang
    Selain jogging, berbasikal, skipping, berenang juga bagus untuk membakar lemak badan. Dengan berenang anda dapat membina otot dah stamina badan. Sesekali cuba untuk belajar berenang anda pasti akan merasakan kelainan pada badan anda. Ikuti kelas atau dapatkan bantuan daripada kawan yang mahir dalam berenang ye. Lebih mudah untuk anda belajar dan menambahkan ilmu mengenai berenang.

Senaman bakar lemak juga boleh dilakukan dalam rumah ye. Luangkan 23-25 minit di rumah dan bakar kalori pada badan anda. 6 jenis senaman bakar lemak yang boleh anda lakukan hanya dalam rumah ialah:

  • Side to side plank
    Bergerak ke kiri kanan sambil fokuskan di bahagian perut
  • Jump in
    Lompatkan kaki ke depan dan ke belakang, pastikan rasa di bahagian teras perut
  • Split squat
    Kaki dan peha dalam keadaan 90 darjah. Lutut kaki sebelah turun sehingga mencecah lantai
  • High knee run
    Lari sambil lulut diangkat hingga ke paras pinggang, sambil tangan dihayun laju. Lagi laju berlari lagi bagus.
  • Burpees
    Turun naik dengan laju sambil buat lompat bintang
  • Tuck jump
    Lompat sambil kenakan kepala lutut sehingga ke dada

Nota: Semua senaman dalam 20 saat, lakukan sebanyak 4 set. Setiap set rehat selama 1 minit.

Berapa kalori yang patut dibakar

senaman bakar lemak

Kalori terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam badan. Kalori sangat diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, aktiviti metabolisma, proses pertumbuhan dan aktiviti fizikal. Kebiasaanya kalori lelaki lebih banyak berbanding wanita kerana otot lelaki lebih banyak. Bukan itu sahaja, remaja juga memerlukan lebih banyak otot daripada orang biasa kerana mereka sedang mengalami tumbesaran pada ketika itu. Kalori juga meningkat jika seseorang itu lebih aktif melakukan aktiviti fizikal.

Warning: Kesan kalori berlebihan akan menyebabkan masalah obesiti yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, diabetes, hipertensi

Jumlah kalori yang diperlukan oleh badan

Biasanya, jumlah kalori yang diperlukan oleh badan berbeza bagi setiap jantina:

  • Lelaki:2000-2500 kcal sehari
  • Perempuan:1600-2000 kcal sehari

Nota: Kalori datangnya dari pengambilan karbohidrat, protein dan lemak

BMI/berat badan ideal

Berat badan ideal tidak sama setiap orang dan bergantung kepada jantina.

Berikut ialah bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) mengikut National Institutes of Health:

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
  • BMI kurang daripada 18.5 bermaksud seseorang itu kekurangan berat badan.
  • BMI antara 18.5 dan 24.9 adalah ideal.
  • BMI antara 25 dan 29.9 berat badan berlebihan.
  • BMI di atas 30 menunjukkan kegemukan.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. EverydayHealth.com.(n.d).The Best Fat-Burning Exercises for at Home and the Gym. https://www.everydayhealth.com/fitness/the-best-fat-burning-exercises-for-at-home-and-the-gym/
  2. National Heart Lung and Blood Institute.(n.d). Calculate Your BMI – Standard BMI  Calculator. https://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_wt/BMI/bmicalc.htm
  3. The Independent.(2016,January). Exercise isn’t the best way to lose weight. https://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/features/four-myths-about-weight-loss-and-exercise-no-pain-no-gain-fat-fit-resistance-training-a6811381.html

Baca Juga: 5 cara untuk hilangkan lemak di perut yang terbukti berkesan, mana patut anda cuba?

Baca Juga: 11 Jenis Makanan Untuk Otak Bayi Sihat & Bijak, Ibu Boleh Amalkan Sejak Mengandung Lagi!

Baca Juga: Jangan Ikut Diet Water Fasting! BAHAYA Untuk Kesihatan, Boleh Buat Otak Bengkak & Koma!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Amalia Azri

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Senaman Bakar Lemak Boleh Kurangkan Obesiti! Ini Antara Yang Boleh Anda Cuba!
Kongsikan:
  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.