Penyakit Kawasaki Mudah Menyerang Kanak-Kanak, Ibu Ayah Sila Perhatikan Simptom Ini

Penyakit Kawasaki Mudah Menyerang Kanak-Kanak, Ibu Ayah Sila Perhatikan Simptom Ini

Penularan wabak Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dikaitkan dengan sindrom kawasaki. Keadaan ini menyebabkan beberapa kesan buruk terhadap tahap kesihatan

Kebelakangan ini hangat dibincangkan dalam media tempatan dan antarabangsa mengenai sindrom kawasaki yang menyerang kanak-kanak. Berdasarkan kenyataan oleh World Health Organizations (WHO), penyakit ini telah dikesan pada pesakit positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, kaitan penyakit ini dengan penularan wabak Coronavirus masih dalam kajian terperinci.

Sindrom kawasaki yang menyerang anak kecil

sindrom kawasaki dan covid-19

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WHO, terdapat simptom seperti penyakit kawasaki pada beberapa orang kanak-kanak disahkan positif Covid-19.

Menurut perkongsian oleh seorang doktor kanak-kanak, Dr. Redza Zainol, beliau meluahkan rasa bimbang mengenai penemuan terbaharu dalam siaran laman WHO dan perubatan ternama yang lain.

''Negara seperti Perancis, UK, Itali dan Amerika mula melaporkan peningkatan kumpulan pesakit kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda seperti penyakit Kawasaki  dan pada masa yang sama mereka dijangkiti Covid-19,'' jelasnya.

Tambah Dr. Redza lagi, keadaan lebih serius jika anak-anak menerima gabungan dua penyakit ini serentak dan mungkin akan risiko kematian adalah tinggi berbanding pesakit lain.

Bagi memudahkan ibu ayah memahami penyakit Kawasaki, ia adalah jenis penyakit demam yang melibatkan beberapa organ terutamanya jantung kanak-kanak.

Ia sering menyerang kanak-kanak bawah 5 tahun dan sangat jarang berlaku pada orang dewasa.

Selain kanak-kanak akan mengalami demam lebih dari lima hari, terdapat beberapa simptom kawasaki lain yang ibu ayah dapat perhatikan iaitu:

#1. Bengkak kelenjar limfa pada leher

#2. Kemerahan pada lapisan conjuctiva kedua-dua mata.

#3. Perubahan pada lapisan mukosa oropharynx. Misalnya red lips, dry fissured lips dan strawberry tongue.

#4. Sedikit bengkak atau kemerahan pada penghujung jari tangan dan kaki.

#5. Ruam kulit berwarna merah dengan pelbagai bentuk.

Bagi memastikan anak diserang oleh penyakit ini, anda perlu memastikan mereka menunjukkan sekurang-kurangnya 4 simptom daripada 5 tanda di atas.

Sebab penyakit kawasaki amat berbahaya

kaitan sindrom kawasaki dengan covid-19

Sekiranya anak kecil anda menghidapi penyakit ini, ia akan menyebabkan dinding salur darah koronari pada jantung menjadi lemah dan bengkak.

Antara salah satu rawatannya pula melalui pengambilan ubat Aspirin, iaitu ubat orang dewasa yang ada penyakit jantung.

Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius. Namun, bagi sesetengah kes akan memberikan kesan jangka masa panjang seperti kerosakan arteri koronari.

Hampir kesemua pesakit ini melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Manakala, kanak-kanak lelaki dikiatakan dua kali ganda berisiko mengalami penyakit ini berbanding perempuan.

Gejala penyakit dikenal pasti sejak tahun 1967

Nama penyakit Kawasaki diambil sempena seorang doktor pakar kanak-kanak yang menjumpai gejala ini sekitar tahun 1967.

Pada ketika itu, sindrom Kawasaki ini berlaku paling banyak dalam kalangan anak kecil di Jepun dan di Amerika Syarikat pula, ia dilaporkan telah berlaku kepada semua suku dan bangsa. Namun paling kerap dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai latar belakang Asia-Amerika.

kanak-kanak positif covid-19 dan kawasaki

Ia adalah sejenis penyakit yang rare dan bilang tepat kes yang berlaku di dunia masih belum diketahui. Cuma, dianggarkan ia menyerang 10 dari setiap 100 000 kanak-kanak bawah usia 5 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, setakat 21 Mei, tiada kes simptom penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif Covid-19 di Malaysia.

Beliau berkata, sindrom penyakit ini bukanlah kebiasaaan namun ibu ayah perlu sedaya upaya mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu:

  • S: Syarat ditetapkan di bawah PKPB
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya perlu dilindungi.
  • P: Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

''Pencegahan adalah lebih baik. Kalau boleh sama-samalah kita cegah anak diserang sebarang penyakit dengan sentiasa berwaspada dalam kehidupan seharian,'' jelasnya.

Kami turut menasihati ibu ayah agar menjadi role model terbaik buat anak-anak dan meneruskan kehidupan dengan norma baharu. Sebarang jangkitan virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan Covid-19 pula sehingga kini masih tiada vaksin khusus untuk merawatnya. 

Sumber: Redza Zainol, Berita Harian

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Country ...

Jumlah kes

...+ 0 Hari ini

Jumlah sembuh

...

Jumlah kematian

...+ 0 Hari ini

Jumlah kritikal

...

Untuk ketahui update terkini mengenai Covid-19