Ada banyak pilihan ubat untuk kanak-kanak di pasaran, yang mana satu ubat demam budak untuk peringkat umur si manja anda? Selesema adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang mana gejalanya adalah kesesakan hidung, hidung berair, batuk (batuk berdarah dan batuk kering), sakit tekak dan bersin.
Kanak-kanak juga biasanya mungkin kelihatan lesu atau merasa letih, mengalami penurunan selera makan, sakit kepala atau demam. Gejala selesema biasanya beransur baik dalam masa 7-10 hari.
Namun gejala selesema atau demam ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dan ubat selesema budak yang disyorkan oleh doktor, atau pun kelegaan sementara dengan ubat demam anak yang boleh didapati di beberapa farmasi berdekatan.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Demam?
Sekiranya ibu ayah mendapati si manja demam, jalan terbaik adalah bertemu dengan doktor kanak-kanak. Namun dalam keadaan tertentu, ibu ayah perlu juga mengetahui beberapa perkara asas semasa anak sakit:
- Acetaminophen dapat menurunkan suhu anak anda. Sekiranya mereka berumur lebih dari 2 tahun, dos akan disenaraikan pada label namun bagi anak yang lebih kecil, tanyakan kepada doktor berapa dos yang harus diberikan kepada mereka.
- Pilihan lain ialah ibuprofen jika anak berumur sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Letakkan kompres sejuk di kepala anak dan pastikan bilik mereka pada suhu sederhana – tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
- Pakai satu lapisan pakaian ringan dan tawarkan selimut ringan.
- Mandikan si manja dengan air suam.
- Paling penting sekali, pastikan kanak-kanak yang demam banyak minum air kosong ya!
Namun ada beberapa perkara yang ibu ayah tidak harus lakukan kepada anak yang demam, seperti:
- Jangan sekali-kali memberi aspirin kerana ini boleh menyebabkan keadaan serius yang disebut sindrom Reye.
- Elakkan ubat gabungan batuk dan selesema pada anak kecil, terutamanya kanak-kanak di bawah usia 4.
- Sekiranya ibu ayah memutuskan untuk menggunakan ubat selesema, rujuk pakar pediatrik terlebih dahulu untuk memastikan si manja cukup umur untuk jenis ubat yang ibu ayah pertimbangkan.
- Menurut FDA, tidak ada anak di bawah usia 2 tahun yang harus diberikan produk batuk atau selesema yang mengandungi dekongestan atau antihistamin, dan harus berhati-hati jika menggunakannya walaupun pada anak-anak yang berusia lebih dari 2 tahun.
- Sekiranya doktor mengatakan tidak apa-apa menggunakan ubat batuk atau selesema, maka baca label sebelum anda beli dan pilih label yang paling sesuai dengan gejala anak anda. Jangan beralih antara ubat yang berbeza tanpa pengetahuan pakar pediatrik anda OK!
- Walaupun anak menggigil kesejukkan, jangan membalut mereka dengan selimut atau pakaian tebal.
Jika demam anak dengan suhu yang terlalu tinggi, sila jumpa doktor dengan kadar segera.
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Di Pasaran
Berikut merupakan beberapa ubat demam anak yang boleh didapati di pasaran untuk kelegaan sementara:
8 Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik
| Sambucol Black Elderberry Kids Terbaik Boleh Digunakan Seisi Keluarga | | View Details | Beli di Shopee |
| Panadol Chewable Fever Tablet Terbaik Jenis Tablet Kunyah | | View Details | Beli di Shopee |
| Hurix's Fever & Cold Syrup for Children Terbaik Digunakan Secara Tradisional | | View Details | Beli di Shopee |
| Uphamol 250 Children Suspension Terbaik Dengan Perisa Buah-Buahan | | View Details | Beli di Shopee |
| Hoemal Paracetamol Terbaik Bebas Kandungan Alkohol | | View Details | Beli di Shopee |
| Axcel Paracetamol Terbaik Dengan Perisa Oren | | View Details | Beli di Shopee |
| Kidz PCM 250 Suspension Terbaik Sesuai Untuk Semua Usia | | View Details | Beli di Shopee |
| Paracetamol For Kids Actimol Syrup Terbaik Selepas Suntikan | | View Details | Beli di Shopee |
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Boleh Digunakan Seisi Keluarga
Sambucol Black Elderberry Cold & Flu Relief memberikan kelegaan homeopati yang cepat, sementara, dari simptom selesema dan selesema seperti kesesakan hidung dan sinus, hidung berair, sakit tekak, batuk, bersin, menggigil serta demam.
Ubat demam anak ini dapat digunakan pada kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas dengan tablet Sambucol Cold & Flu Relief yang sangat mudah larut di dalam mulut tanpa air.
Jadi ibu ayah tidak perlu beli ubat yang berbeza untuk anak jika mereka berusia 4 tahun ke atas kerana ubat ini boleh diambil seisi keluarga.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk vegetarian
- Tidak membuatkan kita mengantuk
- Tiada interaksi atau kesan sampingan ubat yang diketahui
- Memberi kelegaan sementara dan cepat dari kesesakan hidung dan sinus, batuk, menggigil, dan demam
Cara makan:
Dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas: Larutkan seluruh tablet ke dalam mulut. Jangan mengunyah atau telan keseluruhan. Ambil satu tablet pada awal gejala dan ulangi setiap 3 jam sehingga gejala hilang.
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Jenis Tablet Kunyah
Jenama yang dipercayai ramai, selain mempunyai rangkaian Panadol untuk dewasa, Panadol juga ada mengeluarkan panadol kanak kanak. Boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, jika anak anda sukar menelan ubat cecair atau sirap ibu ayah boleh berikan tablet jenis kunyah kepada mereka.
Panadol kanak kanak ini memberikan kelegaan demam, sakit kepala, sakit dan demam yang berkaitan dengan vaksinasi, sakit selepas prosedur pergigian atau cabut gigi dan kesakitan serta demam yang berkaitan dengan gigi.
Bahan aktif dalam Panadol Children Chewable Tablet disarankan untuk menghilangkan rasa sakit dan demam yang berkaitan dengan virus Zika, Denggi dan Chikungunya.
Apa yang kami suka?
- Melegakan kesakitan dan demam yang berkesan dalam format tablet yang boleh dikunyah
- Tidak memerlukan air atau alat dos
- Lembut pada perut kecil
- Bebas gula dan asid asetilsalisilik
- Arahan dos adalah mudah, yang mana berdasarkan berat badan kanak-kanak untuk kesan yang bagus
Cara makan:
Periksa dos yang betul untuk anak-anak anda di jadual dos yang terdapat pada label. Beri tablet itu kepada anak untuk dikunyah atau dibiarkan larut di dalam mulut.
Ubat Demam Kanak-Kanak Terbaik Digunakan Secara Tradisional
Jenama Hurix’s bukan sahaja popular, malahan mudah didapati dikebanyakan kedai-kedai kecil dan stesen minyak.
Produk ini digunakan secara tradisional untuk menghilangkan simptom demam, selesema yang menyebabkan sakit kepala, sakit tekak dan sakit badan.
Ia juga dapat membantu menghilangkan demam, panas dan tidak selesa semasa tumbuh gigi!
Apa yang kami suka?
- Mudah dijumpai di kedai berhampiran
- Melegakan demam dan selesema
- Menghilangkan ketidakselesaan semasa bayi tumbuh gigi
- Digunakan secara tradisional untuk menghilangkan panas badan.
Cara makan:
Kanak-kanak berumur 1-3 tahun: 5ml setiap kali.
Kanak-kanak berumur 4-6 tahun: 10ml setiap kali.
Kanak-kanak berumur 7-12 tahun: 15ml setiap kali.
4 kali sehari selepas makan.
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Dengan Perisa Buah-Buahan
Uphamol 250 berbeza dengan Uphamol 650 kerana ia digunakan untuk kanak-kanak bagi melegakan kesakitan, demam, ketidakselesaan semasa pertumbuhan gigi, sakit kepala, sakit gigi, selsema, demam selsema dan tindak balas selepas vaksin.
Ia mengandungi paracetamol sebagai bahan aktif yang mampu melegakan kesakitan mengurangkan suhu badan tinggi. Kanak-kanak pasti sukakan Uphamol 250 kerana mempunyai pilihan perisa oren dan buah-buahan yang enak dan mudah untuk ditelan.
Apa yang kami suka :
- Harga yang murah
- Mudah didapati
- Jenama yang digunakan kebanyakan klinik keluarga
- Mempunyai pilihan perisa oren dan buah-buahan pastinya digemari kanak-kanak
Cara makan :
- Uphamol 250 ini adalah untuk kegunaan oral sahaja. Goncangkan botol dengan baik sebelum digunakan. Sukat dengan sudu penyukat yang diberi dan suapkan pada anak.
- Ambil setiap 4 hingga 6 jam atau ikut saranan doktor. Jangan ambil melebihi 4 kali sehari dan jangan melebihi sukatan yang dicadangkan kecuali atas nasihat doktor atau ahli farmasi anda.
Ubat Demam Kanak-Kanak Terbaik Bebas Kandungan Alkohol
Ubat demam budak ini digunakan untuk melegakan sakit ringan atau sederhana termasuk sakit gigi, simptom demam influenza dan demam selsema untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.
Mengandungi bahan aktif paracetamol yang memberi kesan analgesik (tahan sakit) dan antipiretik.
Apa yang kami suka:
- Perisa blackcurrent
- Harganya yang murah
- Bebas kandungan alkohol
- Boleh didapati di kebanyakan farmasi
Cara makan :
Ubat ini tidak perlu dicampur dengan air, sebaiknya diambil selepas makan. Teruskan penggunaan ubat ini selama 3 hari. Jika demam tidak kebah, sila berjumpa dengan doktor.
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Dengan Perisa Oren
Sama seperti Uphamol 250, ubat demam budak jenama Axcel ini mengandungi 250 paracetamol yang sesuai untuk melegakan demam dan selesema kanak-kanak. Boleh dimakan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 12 tahun dengan sukatan dos yang berbeza-beza.
Digalakkan untuk tidak mengambil mana-mana ubat yang turut mengandungi kandungan Paracetamol dalam waktu yang sama.
Apa yang kami suka:
- Perisa oren
- Harga yang berpatutan
- Menghilangkan selesema dan influenza
- Meredakan demam
- Melegakan sakit gigi dan sakit kepala
Cara makan :
Goncang sebelum minum. Kanak-kanak berumur 1-6 tahun: 2.5-5ml, 3 hingga 4 kali sehari, manakala kanak-kanak berumur 7-12 tahun: 5-10ml, 3 hingga 4 kali sehari.
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Sesuai Untuk Semua Usia
Kidz PCM 250 Suspension ialah jenama ubat demam budak yang sangat famous dalam kalangan ibu bapa. Ia berfungsi untuk memberikan kelegaan demam dan kesakitan biasa termasuklah sakit gigi. Sesuai untuk bayi hingga orang dewasa.
Kandungan utama dalam ubat demam budak ini ialah paracetamol yang selamat untuk diambil oleh golongan kanak-kanak. Terdapat dalam dua perisa iaitu perisa oren dan perisa strawberi. Kanak-kanak pasti tidak berfikir dua kali untuk menelan ubat ini.
Apa yang kami suka:
- Jenama yang dipercayai
- Mudah didapati di farmasi
- Terdapat dua perisa iaitu perisa oren dan strawberi
- Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa
Ubat Demam Kanak Kanak Terbaik Selepas Suntikan
Selepas suntikan, kanak-kanak mungkin merasa tidak selesa akibat demam atau kesakitan. Untuk ibu bapa yang mencari penyelesaian yang lembut dan efektif, Paracetamol For Kids Actimol Syrup adalah pilihan yang tepat.
Dengan formulasi yang sesuai untuk kanak-kanak, sirap ini membantu mengurangkan demam dan kesakitan dengan cepat.
Apa yang kami suka:
- Jenama yang dipercayai
- Dos sesuai mengikut berat badan dan usia anak
- Sudu atau alat pengukur turut disediakan mudah sukat dos.
- Perisa buah-buahan yang disukai oleh anak tanpa menolak
Perbandingan Harga Ubat Demam Budak Terbaik
|
Jenama |
Harga |
Kuantiti |
Sambucol Black Elderberry Kids |
RM119.00 |
250 ml |
Panadol Chewable Fever Tablet |
RM39.65 |
144 tablet |
Hurix’s Fever & Cold Syrup For Children |
RM14.53 |
60 ml |
Uphamol 250 Children Suspension |
RM4.90 |
100 ml |
Hoemal Paracetamol |
RM5.48 |
90 ml |
Axcel Paracetamol |
RM13.88 |
90 ml |
Kidz PCM |
RM6.50 |
100ml |
Paracetamol For Kids Actimol Syrup |
RM 3.29 |
60ml |
Suhu Demam
Kebiasaannya, suhu badan normal adalah sekitar 36º C manakala suhu demam budak bacaannya bermula dari 38º C hingga 40º C. Dinasihatkan supaya ibu ayah mencatat suhu kanak-kanak setiap satu jam sekali. Secara tidak langsung, anda boleh mengesan sama ada demam berkurangan atau tidak.
Ini kerana jika tidak dipantau dengan teliti, bimbang boleh terkena sawan akibat suhu demam yang mencecah 40º C. Jika perkara sebegini berlaku, ibu ayah perlu segera mendapatkan rawatan selanjutnya.
Jadi, penting untuk semua ibu ayah tahu tentang suhu demam budak supaya dapat memberikan ubat panadol kanak-kanak atau berjumpa doktor jika suhu meningkat secara mendadak.
Amalan Baik Mencegah Jangkitan Flu
Pencegahan awal boleh membantu untuk elak si manja dari terkena jangkitan flu yang boleh beralih kepada demam yang lebih teruk. Amalan yang baik bagi mencegah jangkitan flu adalah:
- Jaga kebersihan. Ajar anak untuk mencuci tangannya dengan kerap. Jika tidak ada sabun dan air, sediakan pembersih tangan berasaskan alkohol. Apabila di rumah, jaga kebersihan mainan dan permukaan rumah.
- Jauhi orang yang bersimptom. Sekiranya boleh, bantu atau dorong anak untuk mengelak hubungan rapat dengan sesiapa yang demam.
- Elak anak menyentuh wajahnya. Kanak-kanak boleh jatuh sakit dengan menyentuh sesuatu yang tercemar dengan kuman dan kemudian menyentuh mata, mulut atau hidungnya.
Petua Hilangkan Panas Dalam Badan Kanak Kanak
Sebagai ibu ayah, anda pastinya susah hati sekiranya anak mengalami demam yang berpanjangan. Petua menghilangkan panas dalam badan kanak kanak ada pelbagai cara. Antaranya ialah:
1. Periksa Suhu Badan Anak
Sebaiknya setiap satu rumah mempunyai termometer untuk menyukat suhu badan. Ini supaya anda mudah perasan sekiranya suhu badan budak naik secara tiba-tiba dan boleh diberikan ubat paracetamol lebih awal bagi mengelakkan ia berlarutan.
2. Tanggalkan Baju Anak
Kalau boleh, elakkan memakai pakaian yang tebal atau stoking yang tebal ketika anak sedang mengalami panas. Ibu boleh pakaikan anak dengan pakaian nipis dan menyerap peluh dengan cepat supaya haba panas keluar.
3. Mandikan Anak
Jangan mandikan anak dengan air yang terlalu sejuk atau terlampau panas. Gunakan air suam untuk mandian atau boleh mengelap sahaja pada seluruh badan.
4. Beri Buah-buahan Yang Secukupnya
Seperti yang kita ketahui, buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi seperti kalsium, zat besi, asid folik, sodium dan potasium yang baik untuk membantu tubuh badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu, ibu boleh berikan anak anda memakan atau minum air buah-buahan seperti lemon, kelapa, timun dan buah-buahan lain yang boleh meredakan panas dalam badan anak.
Cara Pengiraan Dos Ubat Demam Budak
Disebabkan di dalam pasaran kita terdapat dua jenis ubat paracetamol kanak kanak yang tersedia (dalam bentuk cecair atau sirap), kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos untuk anak mereka iaitu 120mg / 5ml dan 250mg / 5ml.
Untuk paracetamol, jika terlebih dos yang diberikan kepada anak, ia berisiko untuk merosakkan hati dan jika terkurang dos pula ia menyebabkan suhu badan yang tinggi tidak menurun. Apabila kurang dos, suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tidak stabil.
- Kesilapan yang sering berlaku adalah apabila ibu ayah memberi ubat mengikut umur anak. Sedangkan ibu ayah perlu mengikut berat badan anak kerana ada kanak-kanak berumur 1 tahun mempunyai berat sama seperti kanak-kanak berusia 2 tahun, ada pula yang berumur 5 tahun mempunyai berat kanak-kanak yang berumur 3 tahun, jadi dos ubat mengikut umur tidak tepat.
- Kesilapan lain adalah memberikan dos ubat yang salah biarpun sudah mengambil kira berat anak dek kerana salah persediaan. Ibu sangka ubat paracetamol jenis 120mg / 5ml, rupa-rupanya ibu guna Paracetamol yang 250mg/ 5ml. Jadi perhatikan label dengan betul.
Formula pengiraan dos menerusi perkongsian oleh Dr. Shazwan dan Dr. Syahida dari Klinik Avicenna dan Klinik Lathika;
Berikan anak dengan 15mg/kg paracetamol pada setiap 6 jam. Berikut adalah formulanya. Maknanya, berikan 15mg ubat paracetamol untuk setiap 1 kilogram berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai utk kanak-kanak yang beratnya kurang 50 kilogram ya.
Contoh:
Kiraannya:
- 150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml
Jadi, ibu ayah patut memberikan anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Bagaimana pula jika ibu ayah membeli Paracetamol 250mg untuk diberikan kepada anak?
- 150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
Jadi, ibu ayah patut memberikan anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Namun sekiranya ibu ayah tidak pasti dengan dos yang ingin diberikan sila berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.
Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu ibu ayah membuat pilihan jika anak mengalami demam.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!
Baca juga: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam, Tak Semua Demam Itu Bahaya
Baca juga: Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini! Doktor Pesan Elakkan Jelum Kepala Guna Tuala Basah