Kerap kali kita dengar ibu ayah cuba turunkan demam anak dengan memandikan si manja. Namun, ada yang memandikan si manja menggunakan air sejuk dengan tujuan hendak menurunkan suhu badan si manja.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara rawat demam di rumah, elakkan mandi dengan air sejuk
- Tips mengurangkan demam anak dengan betul dan berkesan
Ibu bapa perlu ketahui cara yang betul untuk menjaga si manja yang sedang tidak sihat supaya suhu tubuhnya kebah dan anda boleh mendapatkan rehat yang secukupnya dengan segera.
Cara rawat demam anak di rumah, elakkan mandi dengan air sejuk
Terdapat banyak cara yang boleh ibu ayah cuba bagi memastikan penjagaan yang rapi bagi si manja ketika sedang tidak sihat. Ibu ayah boleh memastikan demam kebah dengan cepat dengan menjaga pemakanan serta cara mandian si anak.
Para doktor pasti sering mendapat soalan, “Boleh ke saya mandikan anak saya ketika dia demam?” Sebelum kami kongsikan jawapannya, ibu dan ayah perlu tahu apakah itu demam.
Demam terjadi apabila suhu badan anak mencecah melebihi 37.5 darjah Celsius. Suhu badan yang normal bagi manusia berada dalam lingkungan 36 hingga 37 darjah Celsius sahaja.
Sebenarnya, demam ini terjadi kerana antibodi si manja sedang dalam proses untuk menjadi lebih kuat dengan melawan virus dan bakteria yang berada dalam badannya.
Oleh itu, ibu bapa tidak perlu terlalu risau jika si manja demam tetapi masih mempunyai selera makan dan aktif bermain.
Menurut kata-kata orang tua pula, demam ini terjadi apabila dalaman si manja berasa sejuk, manakala badannya dari luaran akan berasa panas apabila disentuh.
Sebab itulah doktor tidak menyarankan ibu bapa memandikan anak menggunakan air sejuk, dikhuatiri demam si manja akan melarat kerana mereka akan bertambah sejuk.
Tips mengurangkan demam si manja dengan betul dan berkesan
Sangat mudah untuk turunkan ketidaksihatan anak sebenarnya sekiranya ibu dan ayah tahu cara yang betul untuk mandikan anak. Ketika si manja sedang demam, kebersihan perlulah dijaga supaya dapat meminimakan serangan virus dan bakteria!
Sekiranya ibu atau ayah hendak membersihkan si manja pada waktu mereka demam, anda boleh menggunakan cara ini:
- Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam dan diletak di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha anak. Pastikan kain tersebut diperah terlebih dahulu.
Air suam ini boleh membantu pembuluh darah di kulit untuk mengembang dan membuka laluan pada pori-pori untuk mengeluarkan hangat dalam tubuh.
Selain dari menggunakan cara mandian ini, anda juga boleh melakukan beberapa perkara di bawah untuk memastikan anak sihat dengan cepat:
- Jangan selimut anak yang demam. Ramai yang berpendapat bahawa jika anak demam, maka dia perlu diselimutkan bagi membolehkannya berpeluh. Namun, ibu dan ayah sebaiknya menggunakan pakaian nipis dan longgar yang boleh menyerap peluh si manja hingga suhu badan anak kembali normal.
- Pastikan anak kerap minum air. Apabila si manja sedang demam, maka badan anak akan mengeluarkan lebih banyak peluh dan urin. Jadi penting untuk ibu dan ayah memastikan anak minum air yang cukup bagi mengelak dehidrasi. Lebih banyak air yang diminum si manja, lebih kerap si manja akan membuang air kecil dan suhu badan si manja juga akan turun melalui urin.
- Anak tidak perlu makan ubat. Kecuali jika si manja mempunyai batuk dan selsema serta simptom-simptom lain yang membuatkan si manja lesu melebihi dua hari, anak anda tidak perlu mengambil ubat untuk menurunkan suhu badan. Benarkan anak anda bermain dan makan serta minum seperti bisasa supaya lebih cepat sihat.
Justeru penting untuk ibu ayah memastikan si manja mengambil makanan yang lebih lembut seperti bubur nasi terutamanya jika si manja sedang mengalami sakit tekak.
Demam mungkin membuatkan anak tidak ada selera makan, tetapi ibu dan ayah boleh trial and error beberapa resepi yang mungkin boleh meningkatkan selera makan anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: Sangka Hanya Demam Biasa, Ibu Pasrah Anak Terpaksa Ditidurkan Kerana Kuman RSV
Baca juga: Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam
Baca juga: Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini! Doktor Pesan Elakkan Jelum Kepala Guna Tuala Basah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!