X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini. Jangan Letak Tuala Basah Pada Dahi Anak!

4 min bacaan
Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini. Jangan Letak Tuala Basah Pada Dahi Anak!

Cara hilangkan demam panas ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat.

Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selesema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara hilangkan demam panas yang berkesan.

Proses perkembangan bayi dan kanak-kanak membuatkan mereka cenderung mengalami gangguan kesihatan kerana amat terdedah dengan pelbagai kuman serta bakteria.

Kesalahan yang sering dilakukan ibu ayah ketika anak demam panas

tips hilangkan demam anak

Kebanyakan ibu akan letak tuala basah atau pelekat cool fever di kepala anak bagi menurunkan suhu badan. Namun tahukah anda bahawa tindakan begini sebenarnya tidak berkesan?

Malah, ia boleh mendatangkan risiko bahaya terhadap bayi dan kanak-kanak. Seorang doktor telah memuat naik sebuah video bagi memberi penjelasan mengenai hal ini.

Tuala panas yang digunakan hanya akan mengumpul haba di kepala anak kita. Ibu-ibu biasanya ambil tuala dan letakkannya di atas dahi anak-anak. 

Apa yang berlaku adalah haba akan terperangkap di bawah tuala. Macam kita masak nasi, haba akan terperangkap di bawah itu dan sekaligus menghalang haba keluar dari badan.

Bukan itu sahaja, saya tidak galakkan guna tuala kerana anak kecil akan berasa rimas dan menepis tuala yang diletakkan di atas kepala.

Jadi adalah lebih baik jika ibu mengambil air dengan tangan, lalu dibasahkan ke atas kepala. Ini lebih berkesan kerana wap haba dapat dilepaskan. Ia sekaligus mengelakkan berlakunya sawan. 

Basahkan kepalanya setiap lima minit. Jangan bagi tangan dan kepalanya terkena air kerana anak akan menggigil. Jangan kelam-kabut nak mandikan anak sebab ia boleh menurunkan suhu dengan laju dan boleh meningkatkan semula suhu badan anak dengan mendadak.

Ibu pastinya akan tanya bila waktu sesuai untuk mandi? Jawapannya ialah bila ubat sudah berjalan, biasanya lepas dua jam makan ubat. Suhu juga sedikit berkurang dan sudah normal. Barulah ibu boleh mandikan anak.

Contoh, kita bagi anak makan ubat jam 8. Maka pukul 10 dah boleh mandikan anak. 

Cara hilangkan demam panas pada anak kecil

anak demam

1. Cara hilangkan demam panas- periksa suhu badan si manja

Setiap rumah wajib ada termomter. Ibu disaran supaya beli termometer yang elok sedikit agar tidak tersalah tengok suhu badan anak. Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk benda yang perlu dan penting.

Kemudian periksa suhu badan anak. Suhu yang normal adalah antara 36 hingga 37.4 darjah celsius. Manakal 37.5 hingga 37.9 adalah demam sedikit dan jika suhu melebihi 38.5 ke atas, ia dikira demam tinggi.

2. Buka semua baju anak

Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal atau stoking. Ibu pakaikan anak dengan baju nipis dan lubang kecil. Biarkan haba panas keluar.

3. Boleh atau tidak mandikan anak demam?

Jawapannya, boleh. Tetapi seeloknya mandi atau lap menggunakan air suam. Kesian nanti dekat anak menggigil dan boleh menyebabkan sawan tarik.

4. Pantau lampin pakai buang anak

Sekiranya ibu sudah dua kali tukar lampin dan mendapati ia masih kering, segeralah bawa anak berjumpa doktor. Dehidrasi adalah keadaan yang sangat berbahaya sehingga boleh membawa maut.

5. Pemberian antibiotik pada anak

Ibu ayah tidak boleh terus berikan antibiotik kepada anak. Wajib periksa darah terlebih dahulu sama ada perlu ambil antibiotik ataupun tidak.

Dan tolonglah buang antibiotik yang sudah lepas. Ibu perlu beri anak makan antibiotik mengikut dos dan cukupkan seminggu. Sekiranya ada lebihan, sila buang.

Bila perlu bawa anak berjumpa dengan doktor?

merawat anak demam panas

Ibu ayah perlu segera bawa anak berjumpa doktor apabila berdepan beberapa tanda ini:

  • Anak tidak aktif sehingga enggan makan dan minum
  • Nafas laju dan berbunyi
  • Anak kerap merengek
  • Anak muntah dan cirit-birit
  • Bunyi dan cara bernafas anak pelik sewaktu tidur
  • Anak mengalami sawan
  • Timbul ruam pada tubuh anak

Jika anak demam melebih tiga hari, biasanya pihak hospital akan mengambil darah si manja anda bagi mengetahui punca demam.

Stories Rakan Kongsi
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?

Ada masanya darah susah untuk dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat kurang air. Sebab itulah sekali cucuk tidak menjadi. Jadi usahlah terus melulu marah doktor atau jururawat bila terpaksa cucuk sehingga dua, tiga kali.

Kids Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari

Baca juga:  Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!

Baca juga: Patutlah Demam Anak Lambat Kebah, Rupanya Ramai Ibu Tersalah Cara Bagi Makan Ubat Pada Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini. Jangan Letak Tuala Basah Pada Dahi Anak!
Kongsikan:
  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.