Sakit kepala adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa tetapi ia sangat mengganggu. Pelbagai tips hilangkan sakit kepala boleh dilakukan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit yang dialami.
Tips Hilangkan Sakit Kepala
Ada beberapa cara nak hilangkan sakit kepala. Kami akan kongsikan pelbagai cara termasuk cara hilangkan sakit kepala bahagian belakang.
1.Minum Air Secukupnya
Kurang air atau dehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pastikan anda cukup minum air setiap hari. Ia boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.
2. Ambil Magnesium
Tips hilangkan sakit kepala seterusnya adalah dengan pengambilan magnesium.
Magnesium adalah mineral penting yang memainkan peranan dalam berbagai fungsi tubuh, termasuk pengekalan fungsi saraf dan otot.Kekurangan magnesium dikaitkan dengan sakit kepala dan migrain.
3.Elakkan alkohol
Bagi sesetengah orang, alkohol bukan saja boleh menyebabkan sakit kepala tetapi juga migrain. Mengurangkan atau mengelakkan alkohol sepenuhnya boleh membantu mencegah sakit kepala.
4. Dapatkan Rehat Yang Cukup
Kurang tidur adalah salah satu punca utama sakit kepala. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam untuk mencegah dan meredakan sakit kepala.
5. Cuba Diet Rendah Histamin
Histamin adalah bahan kimia yang tubuh anda hasilkan semasa tindak balas alergi. Beberapa orang mungkin sensitif terhadap histamin, yang boleh menyebabkan sakit kepala. Mengurangkan makanan yang tinggi histamin seperti keju lama, bir, wain, dan ikan masin boleh membantu mencegah sakit kepala.
6. Gunakan Minyak Esential
Minyak pati adalah cecair yang dihasilkan dari tumbuhan dengan bau yang kuat. Beberapa minyak essential seperti minyak lavender dan minyak pudina dan peppermint dikatakan dapat membantu meredakan sakit kepala.
7.Mengurangkan Stres
Tips hilangkan sakit kepala adalah dengan mengurangkan stres. Elak memikirkan perkara yang buat anda menjadi tertekan.
8.Melakukan Senaman
Senaman adalah cara terbaik untuk peredaran darah dalam badan. Ia juga membekalkan anda oksigen. Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Mengurangkan Pengambilan Makanan Berproses
Kurangkan pengambilan makanan berproses yang diketahui tinggi kandungan garam. Lebihkan real food dalam diet seharian anda.
10.Mencuba Akupunktur
Tips hilangkan sakit kepala yang lain adalah dengan akupuntur.
Anda boleh cuba kaedah rawatan akupuntur. Ia sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina. Jarum akan dicucuk pada titik tertentu di badan anda.
11.Minum Teh Herba
Teh herba seperti chamomile dikatakan boleh meredakan sakit kepala.
12.Menghindari Lampu Yang Terang
Jika anda sakit kepala atau migrain, cuba duduk dalam bilik yang gelap kerana cahaya akan membuatkan mata anda silau dan menyebabkan sakit kepala lebih teruk.
13.Mengawal Pengambilan Kafein
Minuman yang meyebabkan dehidrasi seperti kopi, teh dan minuman bergula juga boleh mengundang sakit kepala.
14.Makan Secara Teratur
Makan secara teratur. Pastikan anda ikut jadual pemakanan yang sepatutnya.
15.Jangan Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang saraf di otak dan menyebabkan sakit kepala.
16.Menggunakan Tuam Sejuk
Ambil ais dan tuam di kepala anda jika diserang sakit kepala.
17.Mengambil Vitamin B
Vitamin B, terutama B2 (riboflavin), B9 (asid folik), dan B12, telah ditunjukkan dalam beberapa kajian untuk meredakan sakit kepala dan migrain.
18.Mencuba Yoga
Yoga adalah cara yang baik untuk meredakan stres dan melancarkan peredaran darah, yang boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.
19. Elak Makanan Penyebab Sakit Kepala
Beberapa makanan dan minuman boleh menjadi pencetus sakit kepala. Makanan yang mengandungi monosodium glutamat (MSG), kafein, atau tiramin boleh menyebabkan sakit kepala pada sesetengah orang.
20. Berjumpa Doktor
Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang berulang atau teruk, adalah penting untuk berjumpa doktor. Doktor akan mendiagnosis punca sakit kepala anda dan memberikan rawatan yang sesuai.
21. Berbekam – Cara Hilangkan Sakit Kepala
Bekam mengeluarkan darah kotor yang menyebabkan sakit kepala.
Tips Melegakan Sakit Kepala Dengan Cepat
Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu melegakan sakit kepala dengan cepat:
1. Kompres
- Untuk migrain: Gunakan paket sejuk dan letakkan di dahi anda
- Untuk sakit kepala disebabkan ketegangan: Gunakan pad pemanas pada leher atau kepala
- Untuk sakit kepala sinus: Gunakan kain hangat
- Mandian air sejuk juga boleh membantu melegakan migrain.
2. Urutan
Lakukan urutan lembut pada kulit kepala dalam lingkaran kecil.
3. Aromaterapi
Hidu minyak pati peppermint, eucalyptus, atau lavender untuk kesan menenangkan.
4. Latihan Pernafasan
Fokus pada latihan pernafasan yang teratur untuk menenangkan minda dan otot.
5. Keluarkan Tekanan
Periksa dan tanggalkan apa-apa benda yang mungkin menekan kepala anda, seperti ikatan rambut yang ketat, topi, atau bando.
6. Hidrasi
Minum air kelapa atau air mineral untuk mengatasi dehidrasi. Tambahkan pengambilan cecair dari buah-buahan, sayur-sayuran, dan cecair rendah kalori.
7. Tidur
Cuba tidur atau ambil tidur sebentar untuk merehatkan badan.
8. Ubat-Ubatan
Ambil ubat seperti ibuprofen, acetaminophen, atau aspirin yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Pastikan tiada ubat yang anda ambil menyebabkan sakit kepala sebagai kesan sampingan.
Jika sakit kepala berterusan atau sangat teruk, penting untuk berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.
Punca Sakit Kepala
Berikut adalah beberapa punca sakit kepala yang utama:
1. Stres dan Kebimbangan
Stres sering menjadi punca sakit kepala, terutamanya jenis sakit kepala ketegangan.
2. Kurang Tidur
Tidur yang tidak mencukupi atau berkualiti rendah boleh menyebabkan sakit kepala.
3. Dehidrasi
Kekurangan air dalam badan boleh mendorong kepada sakit kepala dan migrain.
4. Diet dan Pemakanan
Makanan tertentu, seperti yang mengandungi MSG, aspartame, tyramine (contohnya keju tua dan produk daging olahan), atau kafein boleh mencetuskan sakit kepala.
5. Perubahan Hormon
Wanita mungkin mengalami sakit kepala atau migrain berkaitan dengan perubahan hormon semasa haid, kehamilan, atau menopaus.
6. Perubahan Tekanan Cuaca
Perubahan cuaca atau tekanan atmosfera boleh menjadi punca sakit kepala.
7. Gangguan Tidur
Masalah tidur seperti apnea tidur boleh menyebabkan sakit kepala.
8. Kecederaan Atau Ketegangan Otot
Kecederaan pada kepala atau leher, serta ketegangan otot akibat postur tubuh yang buruk, boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Penyakit atau Masalah Kesihatan Lain
Sakit kepala juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan lain seperti gangguan penglihatan, infeksi (contohnya sinusitis atau influenza), tekanan darah tinggi, atau masalah neurologi.
10. Obesiti
Kajian menunjukkan obesiti boleh meningkatkan risiko sakit kepala kronik.
Menentukan punca sebenar sakit kepala adalah penting untuk rawatan yang berkesan dan pencegahan berulang. Jika sakit kepala anda sering berlaku, berbincanglah dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Makanan Untuk Hilangkan Sakit Kepala
Berikut adalah beberapa jenis makanan untuk hilangkan sakit kepala yang boleh anda cuba:
- Pisang: Mengandungi potassium, yang boleh membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan mengurangkan risiko sakit kepala.
- Kacang dan Biji-bijian: Kacang seperti almond, walnut, dan biji-bijian seperti chia atau biji labu mengandungi magnesium, yang boleh membantu mengurangkan frekuensi sakit kepala.
- Ikan Berlemak: Ikan seperti salmon dan sardin mengandungi asid lemak omega-3, yang mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu melegakan sakit kepala.
- Sayur-sayuran Hijau: Sayuran seperti bayam dan kale kaya dengan magnesium dan vitamin, yang dapat membantu mengurangkan sakit kepala.
- Ceri dan Buah Berry: Buah-buahan ini mengandungi antioksidan dan vitamin yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan sakit kepala.
- Oat: Oat mengandungi magnesium dan vitamin B, yang penting untuk kesihatan saraf dan boleh membantu mengurangkan sakit kepala.
- Yogurt: Mengandungi kalsium dan protein, yang boleh membantu dalam mengawal sakit kepala yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
- Teh Herbal: Teh seperti chamomile atau peppermint boleh membantu menenangkan sistem saraf dan melegakan sakit kepala.
- Biji Chia: Kaya dengan magnesium, biji chia boleh membantu mengurangkan sakit kepala jika dimasukkan dalam diet.
- Tempe dan Tauhu: Mengandungi sumber protein yang baik dan magnesium, yang dapat membantu menstabilkan tahap gula darah dan mengurangkan sakit kepala.
- Coklat Gelap: Dalam jumlah sederhana, coklat gelap mengandungi magnesium dan antioksidan yang menjadi salah satu makanan untuk hilangkan sakit kepala.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sakit Kepala Ketika Hamil: Punca Kerap Sakit Kepala, Jenis Sakit Kepala & Cara Mengatasi
Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol
Baca juga: Kenapa Ibu Hamil Sering Sakit Kepala? Ini 8 Cara Hilangkan Migrain Tanpa Bahayakan Janin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!