X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Minum Air Gula Selepas Bersalin (Ujian MOGTT): Bila Perlu Buat, Bacaan Yang Normal & Tips

6 min bacaan
Minum Air Gula Selepas Bersalin (Ujian MOGTT): Bila Perlu Buat, Bacaan Yang Normal & Tips

Minum air gula selepas bersalin perlu dilakukan oleh ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil bagi menilai tahap kesihatan anda

Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung, anda diingatkan untuk minum air gula selepas bersalin bagi mengesan sama ada masalah ini masih berlaku ataupun tidak.

Sesetengah ibu hanya mengalami diabetes ketika hamil disebabkan oleh perubahan hormon, malah ada yang kekal menghidap kencing manis selepas bersalin setelah melakukan ujian MOGTT.

▲▼Isi Kandungan

  • Minum Air Gula Selepas Bersalin 
  • Minum Air Gula Selepas 6 Minggu Bersalin
  • Kenapa Ibu Perlu Minum Air Gula Setelah Bersalin?
  • Prosedur Minum Air Gula Selepas Bersalin
  • Bacaan Normal Minum Air Gula Selepas Bersalin
  • Tips Minum Air Gula Selepas Bersalin
  • Risiko Kencing Manis Selepas Bersalin
  • Pengalaman Sangkut Minum Air Gula Selepas Bersalin
  • Petua Hilangkan Kencing Manis Untuk Ibu

Minum Air Gula Selepas Bersalin 

Kenali Apa Itu Ujian MOGTTT

Minum air gula atau dikenali sebagai ujian MOGTT ialah alatyang digunakan untuk menilai toleransi glukosa dan mengesan keabnormalan dalam metabolisme glukosa, termasuk toleransi glukosa terjejas dan diabetes.

Ujian ini sering disyorkan untuk wanita yang mempunyai GDM semasa mengandung, kerana mereka berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari. Jika sangkut minum air gula, ibu akan sering dipantau sehinggalah selamat melahirkan bayi.

Minum Air Gula Selepas 6 Minggu Bersalin

Minum air gula ini perlu diulang semula kira-kira 6 hingga 12 minggu selepas bersalin bagi memastikan kencing manis ketika hamil (GDM) telah sembuh.

Jika OGTT masih tidak normal pada masa ini, anda sama ada akan dirujuk kepada doktor pakar dalam diabetes atuntuk tindakan susulan, bergantung pada keputusan.

Kenapa Ibu Perlu Minum Air Gula Setelah Bersalin?

minum air gula selepas bersalin, bacaan normal minum air gula selepas bersalin, minum air gula selepas 6 minggu bersalin, pengalaman sangkut minum air gula selepas bersalin

Jika diabetes tidak dikesan awal atau dikawal dengan baik, ia boleh membawa kepada komplikasi serius dan kekal pada buah pinggang, mata, saluran darah dan saraf, dan boleh menyebabkan serangan jantung atau strok di kemudian hari.

Pemeriksaan doktor selepas bersalin boleh membantu dalam pengesanan awal diabetes serta mengurangkan komplikasi kehamilan yang seterusnya.

Prosedur Minum Air Gula Selepas Bersalin

  1. Persediaan: Ibu diminta untuk berpuasa semalaman, biasanya selama 8 hingga 12 jam, untuk mendapatkan tahap glukosa darah puasa yang tepat.
  2. Ambil Darah: Apabila tiba di klinik, jururawat akan ambil darah untuk mengetahui bacaan gula dalam darah ketika anda masih berpuasa.
  3. Minum Air Gula: Seterusnya ibu diminta minum air gula yang telah disediakan. Jika di klinik kesihatan, air gula tanpa perisa. Jika di klinik swasta, ia berperisa dan rasanya lebih sedap.  
  4. Ambil Darah Selepas Minum Air Gula: Selepas 1 hingga 2 jam minum air gula, jururawat akan ambil darah sekali lagi. 
  5. Tunggu Di Klinik: Sepanjang ujian, ibu mungkin diminta untuk kekal di klinik atau berehat di rumah. Seterusnya bacaan gula dalam darah dapat diketahui untuk tindakan seterusnya. 

Bacaan Normal Minum Air Gula Selepas Bersalin

Menurut doctoroncall, bacaam gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk wanita setelah melahirkan, ketika puasa atau tidak makan mengikut garis panduan adalah di bawah 7.0 mmol/L.

Manakala jika bacaan diambil secara rawak secara normalnya adalah di bawah 11.1 mmol/L. 

Tips Minum Air Gula Selepas Bersalin

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil agar tidak perlu mengulangi ujian air gula:

#1. Mulakan berpuasa sebelum pukul 10 malam

  • Puasa sepanjang malam sebelum ujian air gula. Ibu hamil disarankan untuk minum air masak secara mencukupi dan mengambil buah kurma.
  • Mulakan berpuasa pada pukul 10 malam, hanya boleh minum air kosong sebelum ujian MGTT.

#2. Kunjungi klinik sebelum pukul 8 pagi

Tiba lebih awal di klinik, ambil nombor giliran untuk mengelakkan penantian yang lama sebelum ujian MGTT.

#3. Ambil bacaan darah

Sebelum ujian MGTT, nurse akan mengambil bacaan darah untuk fasting blood sugar.

#4. Minum dengan cepat

  • Air gula biasanya suam, lebih baik jika anda mendapat giliran awal.
  • Minumlah tanpa henti; jangan berhenti sebentar pun, tarik nafas dalam-dalam sebelum minum dan tahan nafas semasa minum.

#5. Berkumur setelah minum

  • Berkumurlah selepas ambil air gula untuk menghilangkan sisa gula di dalam mulut.
  • Tunggu 2 jam sebelum mengambil darah seterusnya.
  • Berehat di klinik tanpa makanan atau minuman selama 2 jam.

#6. Kurangkan rasa mual

Jika mual, gunakan minyak angin atau titik tekanan P-6 (Neiguan) untuk melegakan loya. Titik tekanan P-6 terletak pada pergelangan tangan; lakukan tekanan selama 2-3 minit dengan urutan tertentu.

  • Halakan telapak tangan ke wajah.
  • Kemudian letakkan 3 jari pertama daripada tangan sebelah lagi pada pergelangan tangan.
  • Letakkan ibu jari pada titik bawah jari telunjuk antara dua tendon besar – urat yang menghubungkan otot ke tulang.
  • Lakukan tekanan kuat tetapi tidak menyakitkan bersama urutan untuk tempoh 2-3 minit.

Risiko Kencing Manis Selepas Bersalin

Walaupun kebanyakan ibu yang menghidap diabetes mellitus gestasi pulih selepas kehamilan, anda masih memiliki beberapa risiko seperti:

  • Peluang menghidap diabetes mellitus semasa hamil yang lebih tinggi pada kehamilan berikutnya
  • Peluang 6-7 kali lebih tinggi untuk menghidap diabetes pada masa hadapan

Pengalaman Sangkut Minum Air Gula Selepas Bersalin

Jika keputusan bacaan gula dalam darah selepas bersalin adalah tinggi, biasanya doktor akan memantau dengan kerap untuk melihat paras gula darah, tekanan darah dan kesihatan umum.

Pada minggu-minggu pertama, anda mungkin diminta melakukan BSP, jaga pemakanan dan perubahan gaya hidup sihat. Sekiranya bacaan gula darah masih tinggi, doktor mungkin menetapkan ubat seperti hipoglisemik oral atau insulin, untuk membantu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih berkesan.

Petua Hilangkan Kencing Manis Untuk Ibu

1. Cadangan Pemakanan

  • Pilih karbohidrat bijirin penuh cth. beras perang, roti gandum, oat, chapatti, pasta/mee gandum penuh, biskut dan bijirin berserat tinggi. Ini juga kaya dengan vitamin dan unsur surih penting dan mengandungi serat yang melambatkan penghadaman.
  • Isi separuh pinggan dengan sayur-sayuran hijau.
  • Sasaran untuk 2 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan. Jika anda menyusu, sasarkan untuk 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan.
  • Gunakan minyak yang lebih sihat, cth. canola, zaitun dan kacang tanah, yang mengandungi lemak monotepu.
  • Kurangkan pengambilan minuman dan makanan manis seperti manisan, pencuci mulut dan kek.

2. Gaya Hidup Aktif Dan Senaman

Senaman yang kerap membantu membakar kalori, sekaligus membantu anda mencapai penurunan berat badan. Adalah dinasihatkan melakukan aktiviti fizikal secara sederhana 5 hari seminggu, jika tiada sekatan perubatan.

Jika anda sudah biasa dengan gaya hidup yang tidak aktif, tingkatkan tahap senaman anda secara perlahan-lahan.

  • Berjalan kaki selama 20 minit selepas makan malam.
  • Gunakan tangga dan bukannya lif.
  • Turun bas di hentian lebih awal dan berjalan sepanjang perjalanan ke destinasi anda.
  • Lakukan aktiviti berenang.

3. Menjaga Berat Badan 

Penurunan berat badan dan indeks jisim badan (BMI), boleh membantu mengurangkan risiko diabetes pada masa hadapan sebanyak kira-kira 50%.

BMI yang tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Secara umum, penurunan berat badan harus perlahan, stabil dan berterusan.

Penurunan berat badan yang disyorkan ialah 0.5 hingga 1 kg seminggu. Pengurangan 7% berat badan dalam 6 bulan adalah matlamat penurunan berat badan yang selamat dan berkesan.

Kesimpulannya, minum air gula selepas bersalin atau ujian MOGTT memainkan peranan penting dalam menilai kesihatan metabolik, terutamanya bagi wanita yang pernah mengalami GDM ketika hamil.

Dengan mengenal pasti risiko diabetes jenis 2 lebih awal, anda dapat melakukan perubahan gaya hidup seharian dan mengelakkan sebarang komplikasi berkaitan diabetes.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Doctoroncall, Healthxchange

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pantang Bersalin (Confinement): Berapa Hari Berpantang, Makanan Pantang & Tips

Baca juga:  Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

Baca juga:  Buah Untuk Ibu Berpantang, Ini Senarai Jenis Buah Yang Boleh Ibu Ambil & Perlu Dielakkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Minum Air Gula Selepas Bersalin (Ujian MOGTT): Bila Perlu Buat, Bacaan Yang Normal & Tips
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham