theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam

3 min bacaan
•••
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi DemamApa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam

Tidak semua ibu bapa tahu apa yang perlu dilakukan apabila bayi mereka demam. Perlukah mereka bawa bayi berjumpa doktor? Bilakah ubat demam perlu diberikan, dan apakah tanda-tanda demam yang ibu bapa perlu perhatikan?

Tidak semua ibu bapa tahu apa yang perlu dilakukan apabila bayi demam. Perlukah mereka bawa bayi berjumpa doktor? Bilakah ubat demam perlu diberikan, dan apakah tanda-tanda demam yang ibu bapa perlu perhatikan?

Suhu badan yang tinggi biasanya menandakan masalah kesihatan, jangkitan atau ketidakseimbangan metabolik yang serius dan keradangan.

Bilakah bayi demam?

Bayi dikira demam apabila suhu badan mereka mececah lebih dari 37 ° C.  Apabila benda asing masuk ke dalam badan bayi seperti virus, mikrob berbahaya atau alergen ini boleh mencetuskan demam.

Sistem pertahanan bayi mempunyai peranan untuk mengenalpasti, menghancurkan, serta meneutralkan benda-benda asing atau sel-sel tidak normal yang boleh memudaratkan tubuh.

Proses ini akan menyebabkan suhu badan naik dan peningkatan ini mempunyai keupayaan untuk menghentikan virus berbahaya dari merebak.

Inilah sebab mengapa tidak semua demam harus diberi ubat. Kadang-kadang ia adalah lebih baik untuk membiarkan demam bayi itu pulih sendiri tanpa ubat penahan demam.

3 jenis tahap demam

bayi demam, anak demam, bayi demam panas, cara merawat bayi demam

Sumber gambar : New Health Advisor

Bayi boleh mengalami 3 jenis tahap demam iaitu:

  • Demam ringan (low grade) – kenaikan suhu badan yang sedikit sehingga 37 ºC, kadang-kala sehingga 37.5 ºC.
  • Demam biasa (mid grade) – kenaikan suhu badan sehingga 38-38.5 ºC.
  • Demam tinggi (high grade) – apabila suhu badan naik sehingga 39 ºC atau lebih lagi.

Demam yang tinggi sebenarnya boleh merbahayakan dan sesetengah bayi mungkin boleh sawan akibat suhu badan yang terlampau tinggi.

Jadi jika suhu badan bayi melebihi 39 ºC ibu bapa disarankan untuk memberi ubat demam dan untuk membawa anak berjumpa doktor.

Ibu bapa yang bayi mereka sedang demam ringan atau demam biasa, bolehlah cuba kaedah compress dulu untuk menurunkan suhu badan.

Tanda-tanda bayi demam

bayi demam, anak demam, bayi demam panas, cara merawat bayi demam

Sumber gambar: kars4kids.org

Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu anak mereka demam. Tetapi jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ini, ibu bapa perlu mengambil suhu mereka serta merta:

  • bayi yang merengek atau menangis tanpa sebab
  • bayi yang nampak lesu dan tidak aktif
  • badan bayi rasa panas apabila disentuh
  • pernafasan yang kerap
  • bayi nampak mengantuk
  • gangguan tidur
  • hilang selera makan

Apa yang perlu dilakukan apabila bayi demam?

bayi demam, anak demam, bayi demam panas, cara merawat bayi demam

Sumber garmbar: mom.girlstalkinsmack.com

  1. Ambil suhu badan bayi anda apabila dia tidak menangis untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.
  2. Buka tingkap dan udarakan bilik. Kurangkan suhu di dalam bilik.
  3. Jika bayi anda kurang dari 1 tahun atau mempunyai sejarah sawan, berikan ubat demam apabila suhu mereka melebihi 38 ºC. Bayi yang lebih tua dan tidak mempunyai sejarah sawan – cuba gunakan tuala dan air suhu bilik untuk menurunkan suhu badan dulu.
  4. Gunakan tuala basah dengan air suhu bilik dan letakkan tuala itu pada dahi bayi, leher dan lengan. Jangan gunakan air sejuk atau air berais.
  5. Cuba beri ubat paracetamol sirap mengikut dos yang sesuai. Sesetengah doktor akan memberikan ibuprofen. Untuk bayi berusia kurang dari 3 bulan sila dapatkan nasihat doktor, jangan beri ubat sebarangan.
  6. Jangan paksa bayi untuk makan jika mereka tidak berselera. Sebaliknya, ibu menyusu digalakkan untuk menyusukan anak mereka dengan banyak atau pastikan bayi anda minum dengan secukupnya. Badan mereka akan berpeluh untuk menyejukkan badan. Tetapi jika tubuh mereka kehilangan terlalu banyak air, kelenjar peluh mereka mungkin boleh berhenti berfungsi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini akan menyukarkan penurunan suhu badan. 
  7. Ibu bapa perlu membawa bayi berjumpa doktor untuk ketahui punca demam. Tetapi jika anda tidak dapat berjumpa doktor dengan segera, terus kawal suhu badan bayi dengan tuala dan ubat demam setiap 3-4 jam. Catatkan kesan ubat demam serta tanda-tanda perubahan.
  8. Pastikan mereka mendapatkan rehat yang secukupnya.

Sumber:  Mother How

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img

Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam
Kongsikan:
•••
  • Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

    Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

  • Apa Ibu Bapa PATUT BUAT dan TAK PATUT BUAT Bila Bayi Demam

    Apa Ibu Bapa PATUT BUAT dan TAK PATUT BUAT Bila Bayi Demam

  • Remaja 15 Tahun Rakam & Kongsi Video Seks Dengan Rakan Sekolah, Ibu Sila Pantau Pergerakan Anak!

    Remaja 15 Tahun Rakam & Kongsi Video Seks Dengan Rakan Sekolah, Ibu Sila Pantau Pergerakan Anak!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

    Demam panas bayi semakin membimbangkan, perlu ke saya bawa ke hospital?

  • Apa Ibu Bapa PATUT BUAT dan TAK PATUT BUAT Bila Bayi Demam

    Apa Ibu Bapa PATUT BUAT dan TAK PATUT BUAT Bila Bayi Demam

  • Remaja 15 Tahun Rakam & Kongsi Video Seks Dengan Rakan Sekolah, Ibu Sila Pantau Pergerakan Anak!

    Remaja 15 Tahun Rakam & Kongsi Video Seks Dengan Rakan Sekolah, Ibu Sila Pantau Pergerakan Anak!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • img
    Komuniti
  • img
    COVID-19
  • img
    Menjadi ibu bapa
  • img
    Perkembangan Anak
  • img
    Keibubapaan
  • img
    Kesihatan
  • img
    Penyusuan & Pemakanan
  • img
    Pendidikan
  • img
    #MoneyParenting
  • img
    Gaya Hidup
  • img
    Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • img
    VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Garis Panduan Komuniti
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi