X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Kira Dos Ubat Demam Kanak-Kanak, Kurang Dos Boleh Jadi Penyebab Demam Tak Kebah

4 min bacaan
Cara Kira Dos Ubat Demam Kanak-Kanak, Kurang Dos Boleh Jadi Penyebab Demam Tak Kebah

Jika anak anda demam, pastikan anda beri ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betuk untuk turunkan suhu. Bagaimana tentukan dos?

Antara perkara yang boleh buat ibu ayah runsing adalah bila anak demam. Lebih-lebih lagi jika susah benar untuk turunkan suhunya. Dah beri ubat demam kanak-kanak pun masih tidak kebah. 

Suhu yang tinggi ini dibimbangi boleh menganggu otak anak kerana ia boleh menyebabkan sawan dan sebagainya yang sudah pastinya akan membawa kemudaratan kepada anak.

Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan suhu anak tidak turun bila dia demam walaupun sudah diberikan ubat demam kepada anak?

Suhu tetap tak turun walaupun dah beri anak ubat demam kanak-kanak

ubat demam kanak-kanak

Kali ini kami kongsikan maklumat daripada seorang doktor mengenai pemberian ubat demam kepada anak.

Menurut Dr Salehuddin Sulaiman, anak demam tetapi suhu tidak turun juga walaupun sudah diberi ubat demam disebabkan oleh adalah dos ubat demam tidak mencukupi.

Dos ubat demam tak cukup punca anak susah kebah

ubat demam kanak-kanak

Menurut doktor ini, mudah saja untuk tahu dos ubat anak anda. Berikut adalah caranya:

#1. Semak kekuatan ubat

Cek kekuatan ubat: 250mg untuk setiap 5 ml atau 120/125mg untuk setiap 5 ml. Nasihat saya: gunakan yang 250mg.

Kalau berat anak

  • 3kg: 1 ml
  • 5-6kg: 1.5 ml
  • 7-8kg: 2 ml
  • 9-10kg: 3 ml
  • 13kg: 4ml
  • 16kg: 5ml
  • 20kg: 6 ml

Pilih berat terdekat. Contoh 15 kg, pilih yang 16 kg. Terlebih sedikit tak mengapa. Kecuali jika anda nak guna ubat ni berpanjangan (lebih dari 5 hari).

Tapi, kalau terpaksa guna ubat demam lebih 5 hari , ada something wrong tu. Kena cek dengan klinik atau hospital terdekat.

#2. Gunakan ubat selain paracetamol sebagai ‘rescue’

ubat demam kanak-kanak

Gunakan ubat selain paracetamol sebagai rescue, contoh, nurofen, brufen.

Dos hampir sama dengan dos ubat paracetamol. Ubat paracetamol boleh diberikan setiap 6 jam. Tapi kalau suhu tak turun, atau suhu naik semula sebelum 6 jam, boleh berikan ubat nurofen/ brufen ni.

Maksimum nurofen/brufen ni, boleh beri setiap 8 jam (3 kali sehari).

#3. Ubat punggung

Untuk ubat punggung (supp), dos berbeza dengan dos ubat minum. Ni rough guide yang saya gunakan (supp paracetamol)

Bawah 8kg: 125mg sebiji

8-13kg: 250mg sebiji
14-15kg: 125 + 250mg
16-20kg: 250mg 2 biji

Petua lain kurangkan suhu anak

Ada beberapa cara yang mungkin anda boleh cuba untuk turunkan suhu anak dan merawat anak demam di rumah. Antaranya termasuklah:

#1. Lap badan dengan air

Untuk sejukkan badan dengan cepat, basahkan ketiak serta anggota wudhuk (sebab banyak cooling point terutama kepala, telinga dan tapak kaki)

#2. Gunakan bahan dari dapur

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Contohnya seperlu lemon/limau nipis/asam jawa/bawang putih untuk kurangkan panas badan.

Ada yang lebih suka gunakan minyak bawang putih tetapi bawang putih agak panas bagi kulit yang sensitif.

Aroma lemon dan kadar antioksidan dalam beberapa bahan akan membantu mengurangkan suhu badan anak.

#3. Sapukan aloe vera/air daun bunga raya/air daun rambutan pada badan anak

Untuk cepat kurangkan panas, boleh juga gunakan daun bunga raya atau daun rambutan atau daun aloe vera tetapi mereka yang alergi pada bawang atau bawang putih biasanya akan alergi pada aloe vera.

Jika nak gunakan daun aloe vera, boleh tengok gambar cara ambil gelnya atau boleh saja gunakan aloevera yang ada dijual di pasaran. Ia juga mampu menyejukkan kulit anak.

#4. Naikkan imun anak

Boost imun anak dengan bagi makan sup rebusan tulang (bone broth) serta makanan tinggi vitamin C.

#5. Beri anak air kosong secukupnya

Pastikan anak minum air kosong secukupnya. Boleh juga berikan air nabeez kismis iaitu air rendaman kismis semalaman yang sangat baik untuk anak demam.

Selain bahan dalam kismis yang bertindak sebagai antibakteria dan antioksidan, kismis membantu menentang jangkitan dan juga meredakan demam. Anda juga boleh masukkan kismis dalam sup rebusan untuk anak.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!

Baca juga: Ini Perbezaan Anak Demam Sebab Anak Tumbuh Gigi Dengan Demam Sebab Sakit Lain

Baca juga:  7 tips berguna untuk ibu bapa menjaga anak yang demam malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Kira Dos Ubat Demam Kanak-Kanak, Kurang Dos Boleh Jadi Penyebab Demam Tak Kebah
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham