X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!

22 Nov, 2017
Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!

Anak demam yang ke sekolah boleh membawa jangkitan untuk anak orang lain. Anda setuju tak anak yang demam patut duduk rumah, bukan ke sekolah?

Situasi anak demam

"Kalau anak demam, tolong jangan biarkan dia pergi ke sekolah."

Inilah rintihan seorang ibu di Instagram apabila anaknya terpaksa dihantar ke hospital akibat selesema. 

Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!

Semasa musim demam, penyakit boleh merebak dengan senang di taska, di pejabat malah di bilik darjah.

Post ibu ini telah memohon ibu bapa lain untuk membuat pertimbangan sebelum memutuskan untuk menghantar anak ke sekolah ketika anak demam.

Anak perempuan MacKeigan mempunyai sindrom down dan satu-satunya kesan gangguan ini adalah sistem imun yang lemah.

Oleh itu, badannya tidak dapat melawan penyakit biasa seperti penyakit selesema.

MacKeigan menulis:

"Sekolah bukan taska di mana anda boeh tinggalkan anak yang sakit. Ini bukan hanya soal anak lain yang berisiko untuk terkena jangkitan, tapi anak demam juga memerlukam jagaan dan kasih sayang ibu bapanya. 

Apabila anak saya sakit, saya akan rasa bimbang jika dia di sekolah,” kata MacKeigan.

“Tetapi saya juga akan fikirkan rakan-rakannya, dan tidak mahu anak saya menjangkiti anak orang lain.

Kanak-kanak senang demam dan boleh masuk hospital kerana badan mereka masih kecil dan mungkin tidak berupaya untuk melawan jangkitan."

Pendapat netizen tentang situasi anak demam jangan ke sekolah ini

Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!

Ramai ibu bapa lain telah memuji dan bersetuju anak demam tidak sepatutnya berada di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Sesetengah ibu bapa hanya mementingkan diri sendiri dan masih menghantar anak mereka ke sekolah sedangkan mereka tahu anak mempunyai penyakit yang mampu untuk menular.

Tetapi ada juga ibu bapa yang memang terdesak dan terpaksa, disebabkan keadaan peribadi, seperti bekerja sepenuh masa atau ialah ibu tunggal misalnya.

Namun, pada pendapat saya, sebagai ibu bapa kita harus cuba sedaya upaya untuk mendapat cuti dan menjaga anak yang demam di rumah.

Awasi penyakit kanak-kanak ini yang senang merebak

RSV - RSV adalah jangkitan saluran pernafasan.

Sekiranya anak anda berada di bawah umur 2 tahun, atau mempunyai penyakit jantung atau paru-paru atau sistem imun yang lemah, ia boleh menyebabkan radang paru-paru.

Penyakit Kelima - Penyakit ini menular, berjangkit dan selalu menyerang kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun. 

Kanak-kanak dengan anemia sel sabit atau sistem imun yang lemah boleh menjadi sangat sakit akibat penyakit kelima. Ia juga boleh memudaratkan wanita hamil.

Penyakit HFMD - Penyakit virus berjangkit. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh dijangkiti, melalui air liur, cecair dari lepuhan dan najis kanak-kanak itu.

Ia akan mengambil masa 7 hingga 10 untuk pulih. Pastikan ibu bapa mengkuarantin anak demam di rumah

Krup - Ini paling sering disebabkan oleh virus, dan berlangsung selama seminggu atau kurang. Baca dengan lebih lanjut di sini

Demam skarlatina /scarlet fever - Jangkitan bakteria ini disebabkan oleh kumpulan A strep.  Dulu ia adalah penyakit yang membawa maut, tetapi kini boleh dirawat dengan mudah.

Impetigo - Jangkitan kulit ini selalu menyerang kanak-kanak yang lebih muda. Ia bermula apabila bakteria staph atau strep masuk ke luka, calar, atau gigitan.

Apabila disentuh, ia boleh merebak ke bahagian lain ataupun orang lain.

Pertusis/Batuk yang menyebabkan pernafasan tercungap-cungap - Apabila penyakit ini menjangkiti seorang bayi kesannya agak yang serius dan perlu dirawat di hospital supaya pernafasan mereka dapat dipantau. Pertusis sangat senang merebak.

Sumber: Yahoo, WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

my.theasianparent.com/anak-demam-mitos-dan-fakta/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kalau Anak Demam, Tolong Jangan Biar Dia Pergi Sekolah!
Kongsikan:
  • Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

    Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

  • Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

    Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

    Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

  • Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

    Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.