X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Fakta Parents Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Masuk Ikut Dubur Anak!

4 min bacaan
10 Fakta Parents Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Masuk Ikut Dubur Anak!

Pasti ramai pernah gunakan ubat demam masuk ikut dubur pada anak masing-masingkan? Tetapi pernah anda kaji mengenainya? Tahukah ada ia ada jenis berbeza?

Ubat demam yang masuk ikut punggung atau dubur yang biasanya lebih dikenali sebagai ‘ubat bontot’ memang menjadi penyelamat ibu bapa ketika suhu anak tiba-tiba naik mendadak.

Jika ke klinik pun, doktor akan bagi ubat ini. Masih ada yang belum tahu ubat ini? Ia berbentuk seperti peluru dan tekturnya licin seperti lilin. Sering menjadi penyelamat di kala suhu badan anak naik mendadak.

Cara gunakannya biasanya perlu pelincir atau krim untuk membuatkannya licin dan lebih mudah masuk ke dalam dubur anak. 

Sebelum gunakannya, sudah pasti ibu bapa perlu tahu beberapa perkara mengenai ibu ini.

Baca juga: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam

Ubat demam masuk ikut dubur parents perlu tahu 10 fakta ini!

Ubat demam

Menurut Dr Ahmad Samhan, adalah lebih baik ibu ayah tahu mengenai ubat ini dan bukan sebarangan berikannya pada anak.

Lebih baik, gunakan ubat berkenaan atas nasihat doktor dan bukan sebarangan menggunakannya.

Berikut adalah 10 fakta mengenai ubat ini yang ibu ayah kena ambil tahu.

#1. Ada dua jenis

Terdapat dua jenis suppositories atau ubat masuk ikut dubur di pasaran iaitu Supp Paracetamol dan Supp Voltaren (Diclofenac).

#2. Terdapat dua dos

Supp Paracetamol terdapat dua dos iaitu 125 mg dan 250 mg manakala dos Supp Voltaren 12.5 mg dan 50 mg.

#3. Kedua-duanya berbentuk torpedo (peluru)

Kedua-dua jenis bentuk torpedo dan dimasukkan melalui dubur. 

#4. Untuk menurunkan suhu badan

Digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cepat terutamanya bila anak muntah-muntah atau susah untuk makan ubat cecair.

Supp Paracetamol adalah acetaminophen dan Supp Voltaren adalah NSAID (Non Steroid Anti Inflammatory Drugs).

Kedua-duanya adalah antipyretic (menurunkan suhu demam) dan analgesic (tahan sakit). Cuma Supp Voltaren ada fungsi lain iaitu anti inflammatory (anti radang).

#5. Supp voltaren ada risiko jika terkena influenza

Penggunaan Supp Voltaren pada kanak-kanak berumur kurang 5 tahun yang mengalami jangkitan influenza boleh meningkatkan risiko Acute Necrotizing Encephalopathy (sel otak mati yang boleh membawa maut).

#6. Pengambilan NSAID (supp voltaren) turut berisiko

Pengambilan NSAID tanpa mengetahui punca demam akan menyebabkan kerosakan hati,demam denggi berdarah dan ulcer perut.

#7. Segera dapatkan rawatan doktor

Ubat demam

Segera dapatkan rawatan doktor jika anak mengalami simptom seperti perubahan tingkah laku, keletihan, sawan dan tak sedarkan diri.

#8. Tahu punca demam boleh guna supp Voltaren

Supp Voltaren boleh digunakan jika telah diketahui punca demam (setelah keputusan darah diperolehi), tiada alahan ubat dan sebagai ubat tahan sakit (arthritis kanak-kanak).

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

#9. Sentiasa waspada

Berwaspada untuk beri Supp Paracetamol pada bayi kurang 6bulan dan Supp Voltaren pada bayi kurang setahun. Pengambilan Supp Voltaren tanpa nasihat doktor tidak digalakkan dan berbahaya.

#10. Pilihan terbaik?

Pilihan terbaik adalah Supp Paracetamol kerana kurang risiko berbanding Supp Voltaren.

Komplikasi demam

Menurut portal myhealth, komplikasi demam boleh terjadi. Komplikasi demam termasuklah:

  • Dehidrasi yang teruk
  • Halusinasi
  • Sawan demam
  • Sawan demam biasanya melibatkan hilang sedar dan kaku anggota badan. Walaupun membimbangkan untuk ibu bapa, majoriti sawan demam tidak menyebabkan kesan berkekalan.
  • Jika sawan berlaku:
  1. Posisikan anak anda mengiring atau terlentang di atas lantai atau tanah
  2. Jauhkan apa-apa objek bahaya yang berhampiran anak anda bagi mengelakkan kecederaan
  3. Longgarkan bahagian baju yang ketat
  4. Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan sawan itu
  5. Kebanyakan sawan akan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin bagi menentukan punca demam
  6. Memanggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 5 minit

Cara lain merawat demam anak

Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 darjah selsius, ia boleh menjadi sangat berbahaya. 

Ada beberapa cara menurunkan suhu akibat demam ia termasuklah:

#1. Mandi

Jika anda ingin merawat demam boleh cuba rendamkan anak dalam tab mandi yang penuh dengan air sejuk. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.

#2. Lapkan badan

Ubat demam

Jika anak tidak berkeinginan untuk mandi, boleh menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.

#3. Menurunkan suhu bilik

Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan mereka yang demam berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber:Dr Ahmad Samhan, myhealth

Baca juga: Apa Ibu Bapa PATUT BUAT dan TAK PATUT BUAT Bila Bayi Demam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 10 Fakta Parents Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Masuk Ikut Dubur Anak!
Kongsikan:
  • Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

    Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

  • 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

    5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

    Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

  • 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

    5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.