TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!

4 min bacaan
Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!

Nasihat anak ketika mereka sedang mengamuk atau menangis dianggap perbuatan yang sia-sia. Ibu kena pandai lakukan beberapa perkara ini

Bila anak mengamuk, apa yang anda selalu buat, tarik nafas tenangkan diri atau anda sekali mengamuk dan marah dia. Atau masa tu jugalah anda nak nasihat anak macam-macam.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tak payah nasihat anak tengah mengamuk, tenangkan mereka terlebih dahulu
  • Fasa anak mengamuk adalah normal, tanda otak sedang berkembang
  • Elakkan 3 perkara ini ketika berdepan anak yang mengamuk

Atau pun anda membebel macam-macam. Tahukah anda, tak berkesan langsung kalau marah dan nasihat anak masa dia tengah dalam fasa mengamuk. Buat penat dan habis air liur je.

Tak payah nasihat anak tengah mengamuk, tenangkan mereka terlebih dahulu

nasihat anak

Menurut terapi cara kerja, Wawa Shauqi, kenapa kita tak boleh nasihatkan anak masa dia tengah mengamuk? Apa rasionalnya?

Sebab, bila kita nasihatkan anak yang tengah dikuasai emosi (marah/ sedih/ kecewa), kita sebenarnya buat kerja sia-sia. Bagilah motivasi bagus macam mana pun.

Bawaklah pakar motivator paling berpengaruh pun depan hidung anak. Cakaplah elok macam mana sekalipun. Nasihat tu akan jadi sia-sia.

Ini kerana pada ketika ini, otak rasional anak sedang shut down ketika dia tengah mengamuk. Pendek kata anak sedang dikawal oleh emosi dengan kata lainnya tidak sedar diri.

Katanya yang bekerja pada ketika itu hanyalah otak emosi. 

Walaupun benda yang diamukkan tu, sekecil-kecil hal. Hanya sebab lego dia buat tadi tercabut satu. Atau kartun yang dia tengah tengok tiba-tiba habis.

Fasa anak mengamuk adalah normal, tanda otak sedang berkembang

nasihat anak

It’s normal parents! So jangan rasa down.

Lebih-lebih lagi untuk anak 1.5-3 tahun. Fasa ni, otak emosi mereka lagilah berkembang pesat. Dalam masa yang sama, otak rasional belum terbentuk lagi.

Nak belajar pujuk anak, anda kena tahu ilmu ini:

  1. Otak primitif : bahagian yang kawal refleks
  2. Otak emosi : bahagian bekerja kuat waktu anak tengah emosi
  3. Otak rasional : bahagian untuk berfikir secara logik dan mampu terima nasihat.

Jadi, apa yang kita boleh buat adalah, bantu anak ON otak rasional dia. Bagi dia tenang dulu, relaks, cakap kita faham apa dia rasa. Kita faham dia tengah marah. Letakkan seolah-olah kita di tempat dia. 

Elakkan 3 perkara ini ketika berdepan anak yang mengamuk

#1. Perkecilkan perasaan anak

“Benda kecik macam ni pun mak mengamuk!”

Ia mungkin kecil pada kita, tetapi tidak pada anak. Ia hanya akan melukakan hati anak. 

#2. Sogok anak dengan gajet

Anak yang disogok gajet untuk elak mengamuk menghadapi risiko perkembangan emosi yang tidak matang. Takut-takut, sepatutnya umur 5 tahun anak dah boleh kawal emosi. Tapi bila biasa disogok gajet, 5 tahun masih mengamuk macam budak 2 tahun.

#3. Jangan marah atau pukul anak yang tengah emosi 

Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!

Ia akan memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari. Kenapa? Bila kita lagi marahkan anak yang tengah emosi, atau pukul mereka, otak primitif  yang akan take over.

Otak tu akan bertindak memberi respon Fight-Flight-Freeze.

  • Fight : melawan / membesar jadi baran
  • Flight : Melarikan diri / membesar jadi suka menipu
  • Freeze : Kaku / membesar jadi pendiam

Malah, bila kita marah anak tu, akan kita ibarat suruh ketam berjalan lurus. Suruh anak kawal emosi, kita sendiri yang gagal kawal emosi sendiri. 

Jadi jelaslah di sini pentingnya ibu bapa sendiri yang mengawal emosi masing-masing terlebih dulu jika anak mengamuk. Jika tidak mustahil anda boleh kawal emosi anak anda. 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Jadi cubalah jadi tenang-setenangnya ketika anda handle anak yang sedang mengamuk ini. 

Pastikan emosi kita pun tenang bila nak tenangkan anak. Kalau tak tenang, isolate dulu diri. Tanyakan diri, ‘Aku nak anak aku belajar kawal emosi, atau jadi dewasa pemarah jugak?’

Semoga kita mampu jadi ibu ayah yang mendidik tanpa perlu memekik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

Baca juga: Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih ‘Behave’ & Mudah Dengar Kata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham