X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Batuk Covid Ini Untuk Rawat Demam, Batuk & Selesema

Jenis ubat yang boleh didapati di farmasi untuk rawat simptom Covid anak di rumah serta tips ceriakan kuarantin di rumah ada di rencana ini.

Kini pesakit Covid-19 kanak-kanak dan dewasa yang diklasifikasikan kategori 1 dan 2 tidak perlu dimasukkan ke hospital atau pusat kuarantin sebaliknya mereka akan diberikan arahan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja.

Jadi ibu bapa harus menjaga anak yang dijangkiti Covid-19 di rumah dan rawat simptom yang dialami oleh anak dengan ubat batuk Covid di rumah yang bersesuaian dengan umur mereka. 

Sesi persekolahan dan pusat jagaan kanak-kanak sudah beroperasi seperti biasa, dan semestinya kanak-kanak akan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan virus Covid-19 dan juga batuk selesema biasa di kalangan kanak-kanak.

Kami nasihatkan ibu dan ayah untuk sediakan ubat batuk Covid lebih awal di rumah untuk elak kelam kabut jika anak jatuh sakit

Kredit: Shutterstock

Justeru, kami nasihatkan anda untuk sentiasa mempunyai bekalan ubat yang berkaitan dengan simptom Covid-19 seperti demam (paling penting), selesema dan batuk di rumah sebagai persediaan awal.

Ini adalah supaya anda tidak panik jika anak anda tiba-tiba demam pada tengah malam dan dapat turunkan suhu badan mereka dengan segera, sebelum ke klinik.

Sebelum itu, ketahui dahulu tanda-tanda anak dijangkiti Covid-19 kerana mengetahui simptom Covid pada bayi dan anak kecil boleh membantu dengan diagnosis dan rawatan awal.

Isi Kandungan

  • Tanda Covid
  • Bayi Positif Covid
  • 10 Ubat Untuk Rawat Simptom Covid di rumah
  • Vitaherb
  • Rhinathiol
  • Uphamol 250MG
  • Adezio
  • ORS plus
  • Smecta
  • Strepsils
  • Vitaherb Berrycol
  • Beacolytic Syrup
  • Axol
  • Perbandingan Harga
  • Bantu Anak Kekal Ceria Semasa Menjalani Kuarantin Di Rumah 

Tanda Covid

Jika anak-anak menunjukkan tanda-tanda awal covid, ibu dan ayah boleh berikan mereka ubat batuk Covid sebagai langkah pencegahan

Kredit: Shutterstock

 

Kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang menghidap Covid-19 akan mengalami simptom ringan yang serupa dengan selesema atau selesema yang teruk. Ada juga yang tidak mempunyai gejala sama sekali.

Beberapa gejala yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak termasuk:

  • Batuk
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sesak nafas
  • Cirit birit
  • Muntah
  • Kelesuan
  • Hilang deria rasa/bau

Bayi yang mengalami gejala yang lebih serius biasanya terjadi dalam masa seminggu selepas gejala ringan muncul. Gejala yang teruk mungkin termasuk:

  • Batuk dan selesema berterusan melebihi 7 hari
  • Nafas laju atau sukar bernafas
  • Kurang aktif
  • Tiada selera makan/menyusu
  • Sakit dada dan sakit perut
  • Hujung jari tangan dan kaki menjadi sejuk
  • Tanda-tanda kurang hidrasi seperti kurang kencing atau bibir kering
  • Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan
  • Sawan
  • Demam yang berterusan
  • Gejala loya, muntah, atau cirit-birit yang semakin teruk atau berterusan 
  • Sesak nafas yang teruk yang boleh menyebabkan kanak-kanak tercungap-cungap
  • Tanda oksigen rendah, seperti bibir atau lidah biru, kuku putih, atau degupan jantung yang cepat
  • Ketepuan oksigen rendah sebanyak 92% atau kurang
  • Kegagalan organ yang teruk

Keterukan gejala ini mungkin berkembang dengan cepat, jadi pemantauan rapi adalah sangat penting.

Apa Perlu Buat Jika Bayi Positif Covid

Kurangkan rasa ketidakselesaan anak kecil batuk dengan memberikan mereka ubat batuk Covid

 

1) Memantau bayi

Memandangkan bayi dan kanak-kanak kecil tidak dapat menyatakan gejala mereka secara lisan, ibu bapa dan penjaga harus mencari cara lain untuk menilai kesihatan mereka, seperti mengambil suhu badan dan memantau pernafasan mereka.

2) Bila perlu berjumpa doktor

Sehingga kini, tiada ubat untuk merawat Covid-19 dan semua rawatan pada masa ini adalah untuk mengawal simptom. Bagi bayi dan kanak-kanak yang mengalami simptom ringan hingga sederhana, penyakit ini biasanya sembuh dalam masa beberapa minggu.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menghubungi doktor jika bayi mengalami sebarang gejala Covid dan doktor boleh memberi nasihat tentang gejala yang perlu dipantau.

Jika bayi sakit teruk atau doktor tidak menjawab telefon, segera pergi ke hospital. Pakai pelitup muka dan jauhkan bayi daripada pesakit lain.

10 Ubat Untuk Covid Di Rumah Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Anak Yang Disahkan Positif

Ibu bapa perlu bersedia untuk mengawal dan merawat simptom Covid-19 yang dialami oleh anak-anak seperti demam, selesema dan batuk semasa tempoh kuarantin di rumah.

Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi bayi dan anak kecil di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Memandangkan ubat batuk dan selsema mudah diperolehi di farmasi, kedai menjual produk kesihatan mahupun kedai-kedai runcit, ibu bapa dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi ubat-ubatan ini kepada bayi, terutamanya yang berusia bawah 2 tahun kerana sistem tubuh mereka amat sensitif. 

Jika anda tidak pasti ubat apa yang perlu dibeli untuk anak berusia 2 tahun ke atas, jom lihat senarai ubat penting yang berkesan dan terbaik untuk kanak-kanak.

Ubat Untuk Covid Di Rumah
product image
Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup
Ubat Batuk Covid Untuk Batuk Dan Common Cold
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm
Ubat Untuk Covid Bantu Kurangkan Dan Cairkan Kahak
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Uphamol 250MG (Orange) Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Redakan Demam
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Adezio Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Rawat Selesema Dan Alahan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured
Ubat Untuk Covid Di Rumah Elak Dehidrasi 
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Smecta Orange Vanilla Powder
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Hentikan Cirit-Birit
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Strepsils for Children
Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Legakan Sakit Tekak
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract
Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Kuatkan Imuniti Badan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Beacolytic Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Batuk Berkahak
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Tidak Menyebabkan Mengantuk
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup

Ubat Batuk Covid Untuk Batuk Dan Common Cold

ubat untuk covid di rumah

Ubat batuk sirap keluaran Vitaherb ini secara asasnya sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang sedang mempunyai masalah batuk dan selesema biasa (common cold). 

Selain itu, formulasi dengan ekstrak daun Ivy yang digunakan dalam ubat ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan kahak, sakit tekak dan rasa iritasi pada tekak.

Kami berpendapat, ubat ini wajib ada di setiap rumah kerana ia boleh bantu melegakan pelbagai simptom jangkitan Covid-19.

Apa yang kami suka:

  1. Mempunyai rasa dan bau seperti minuman herba, serta tanpa alkohol.
  2. Tidak menyebabkan rasa mengantuk, jadi sesuai untuk anak-anak makan sebelum ke sekolah.
  3. Sesuai untuk kanak-kanak seawal 2 tahun – 12 tahun dan mempunyai sijil Halal JAKIM.

Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup - RM14

dari Vitaherb

product imageBeli di Shopee

Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm

Ubat Untuk Covid Bantu Kurangkan Dan Cairkan Kahak

kuarantin di rumah

Ubat Rhinathiol kanak-kanak ini amat biasa di kalangan ibu bapa kerana ianya ubat yang paling mudah didapati di farmasi dan berkesan. 

Datang dalam bentuk sirap berperisa raspberry dan cherry, anda perlu berikan ubat 2 kali sehari kepada anak anda mengikut dos yang disarankan.

Apabila anak mengambil ubat ini, kahak akan mula cair, dan seterusnya akan mudah untuk dikeluarkan ketika batuk. 

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan formula yang tidak membuatkan anak-anak mengantuk.
  • Direka khas untuk bantu kanak-kanak yang tidak pandai untuk batuk dan keluarkan kahak.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal 2 tahun, dan berperisa buah-buahan yang menarik untuk kanak-kanak.

Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm - RM22.90

dari Rhinathiol

product imageBeli di Shopee

Uphamol 250MG (Orange) Syrup

Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Redakan Demam

Ubat uphamol

Demam adalah simptom yang paling biasa dialami oleh pesakit Covid-19, jadi semestinya ubat demam wajib disimpan di setiap rumah. 

Setiap 5ml sirap ini mengandungi 250mg acetaminophen (paracetamol). Ianya juga bebas daripada alkohol dan aspirin.

Ubat demam ini selamat diambil 3 hingga 4 kali sehari, mengikut dos yang ditetapkan bagi setiap peringkat umur. 

Apa yang kami suka:

  • Ubat ini juga berkesan untuk tahan sakit dan kurangkan rasa tidak selesa semasa gigi baru hendak tumbuh.
  • Datang dengan perisa oren yang disukai oleh kanak-kanak.
  • Boleh dibeli terus di kaunter farmasi, kedai atau secara atas talian tanpa preskripsi doktor.

Uphamol 250MG (Orange) Syrup - RM8.89

dari Uphamol

product imageBeli di Shopee

Adezio Syrup

Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Rawat Selesema Dan Alahan

ubat untuk covid di rumah

Ubat Adezio ini berkesan dan selamat digunakan untuk merawat selesema dan alahan biasa yang dialami oleh kanak-kanak. 

Setiap 1ml sirap mengandungi 1mg Cetirizine HCl. Ubat ini perlu diambil hanya sekali setiap hari, sebaik-baiknya pada waktu malam. 

Dos bagi setiap orang adalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Jadi, pastikan anda semak dahulu arahan pada kotak atau hubungi doktor untuk dapatkan kepastian.

Apa yang kami suka:

  • Tidak mengandungi alkohol dan gula tambahan.
  • Sangat sesuai untuk melegakan masalah alahan pada persekitaran dan makanan.
  • Boleh diberikan kepada bayi seawal 6 bulan, atas arahan doktor.

Adezio Syrup - RM15

dari ADEZIO

product imageBeli di Lazada

Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured

Ubat Untuk Covid Di Rumah Elak Dehidrasi 

Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Batuk Covid Ini Untuk Rawat Demam, Batuk & Selesema
Cirit-birit merupakan salah satu simptom jangkitan Covid-19 yang boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa. Jika tidak ditangani segera, kekurangan air dan garam dalam badan boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.

Dengan bantuan Oral Rehydration Salts (ORS), air dan garam yang hilang daripada badan dapat diganti semula. 

Cara penyediaan ORS ini amat mudah. Anda hanya perlu bancuh satu packet ORS dengan 250ml air masak yang sudah disejukkan dan beri kepada anak anda sedikit demi sedikit. 

Pastikan anda mengikut dos cadangan yang sesuai dengan umur anak anda ya!

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atas nasihat doktor.
  • Berperisa oren dan rasa seakan jus oren yang pasti anak anda akan suka.
  • Datang dalam paket kecil yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured - RM23

dari ORC Plus

product imageBeli di Lazada

Smecta Orange Vanilla Powder

Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Hentikan Cirit-Biritubat untuk covid di rumah

Ubat Smecta ini datang dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air. Ianya selamat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan masalah cirit-birit yang mereka alami. 

Bagi kanak-kanak yang berusia bawah 1 tahun, dos yang dicadangkan ialah 1 paket Smecta yang dibancuh dengan 50ml air masak, satu kali setiap hari.

Manakala bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas boleh ambil 2-3 paket Smecta yang sudah dibancuh setiap hari.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai perisa oren dan vanila yang semestinya sesuai dengan selera kanak-kanak.
  • Boleh dibancuh dengan jus oren atau dicampurkan dengan makanan yang cair (semi-liquid), jika perlu.
  • Terjamin keberkesanannya untuk menghentikan cirit-birit yang teruk.

Smecta Orange Vanilla Powder - RM20.50

dari Smecta

product imageBeli di Shopee

Strepsils for Children

Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Legakan Sakit Tekak

Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Batuk Covid Ini Untuk Rawat Demam, Batuk & Selesema

Strepsils asalnya adalah penyelamat kepada masalah sakit dan perit tekak untuk orang dewasa. Kini Strepsils juga sudah mengeluarkan ubat hisap khas untuk kanak-kanak.

Strepsils untuk kanak-kanak ini datang dengan perisa strawberi dan tanpa gula, berkesan untuk melegakan sakit tekak.

Walau bagaimanapun, ubat seakan gula-gula ini hanya sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas. 

Apa yang kami suka:

  • Perisa strawberi yang semestinya boleh diterima oleh kanak-kanak.
  • Datang dalam pek kecil yang mudah disimpan di dalam poket atau beg sekolah.
  • Juga berkesan untuk melegakan ketidakselesaan akibat jangkitan dalam mulut yang lain.

Strepsils for Children - RM12.50

dari Strepsils

product imageBeli di Lazada

Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract

Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Kuatkan Imuniti Badan

Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Batuk Covid Ini Untuk Rawat Demam, Batuk & Selesema

Digunakan secara tradisional untuk melegakan simptom jangkitan Viral termasuk hidung berair, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk dan keletihan.

Elderberry hitam (Sambucus nigra) telah digunakan selama berabad-abad dan dikenali secara meluas sebagai sumber antioksidan yang kuat dan sifat sokongan imunnya.

Kaya dengan flavonoid, anthocyanin, polifenol, polisakarida pektik dan lektin, yang bertanggungjawab untuk keberkesanannya dalam menguruskan selsema dan selesema biasa.

Sirap Vitaherb Berrycol mengandungi Elderberi Hitam piawai Eropah yanf diekstrak menggunakan kaedah pengekstrakan air dan ultrafiltrasi yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa asli dan memberikan manfaat kesihatan antosianin dan polifenol.

Apa yang kami suka:

  • Mengurangkan simptom demam dan selesema
  • Boleh digunakan seisi keluarga
  • Mampu menguatkan imuniti badan

Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract - RM33.30

dari Vitaherb

product imageBeli di Shopee

Beacolytic Syrup

Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Batuk Berkahak

Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Batuk Covid Ini Untuk Rawat Demam, Batuk & Selesema

Jenis ubat batuk kategori ini adalah mucolytic iaitu untuk batuk berkahak, batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal.

Ubat ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.

Apa yang kami suka:

  • Melegakan tekak anak daripada kahak tebal
  • Harga yang murah dan mudah didapati di farmasi
  • Boleh digunakan seisi keluarga

Beacolytic Syrup - RM4

dari Beacolytic

product imageBeli di Shopee

Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup

Ubat Untuk Covid Di Rumah Tidak Menyebabkan Mengantuk

Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Batuk Covid Ini Untuk Rawat Demam, Batuk & Selesema

Ubat ini adalah ubat gabungan yang digunakan dalam rawatan batuk dengan lendir kahak. Ia menipiskan lendir dalam hidung, kerongkong, dan paru-paru, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan.

Ia juga memberikan kelegaan daripada hidung berair, bersin, gatal-gatal, dan mata berair.

Apa yang kami suka:

  • Untuk melegakan batuk dan mengurangkan kahak
  • Tidak menyebabkan mengantuk
  • Mempunyai perisa anggur yang semestinya sesuai dengan selera kanak-kanak.

Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup - RM12

dari Homecare

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Ubat Untuk Covid Di Rumah

Jenama

Harga (RM)

Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup

RM12.50

Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm

RM12.90

Uphamol 250MG (Orange) Syrup

RM5.99

Adezio Syrup

RM10.00

Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured

RM18.00

Smecta Orange Vanilla Powder

RM16.90

Strepsils for Children

RM12.50

Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract

RM33.50

Beacolytic Elixir Cough Syrup

RM4.00

Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup

RM12.00

Bantu Anak Kekal Ceria Semasa Menjalani Kuarantin Di Rumah 

kuarantin di rumah

Bermain bersama adik-beradik dan kawan-kawan adalah perkara yang paling digemari kanak-kanak. Namun, jika mereka dijangkiti Covid-19 dan terpaksa melalui proses kuarantin, semestinya mereka akan berasa sedih, bosan dan tiada mood sepanjang hari.

Jadi, kami kongsikan beberapa tips untuk bantu anak anda kekal ceria semasa kuarantin di rumah.

1. Sediakan snek yang digemari 

Berikan buah-buahan dan sandwich yang dipotong dengan cookie cutter bentuk beruang atau bintang sebagai snek atau semasa waktu minum petang. Jika sesuai, anda boleh selitkan beberapa biji coklat sebagai special treat untuk anak anda.

2. Galakkan anak untuk membaca

Buku adalah teman yang baik semasa menjalani kuarantin. Beli buku cerita atau komik mengikut genre yang anak anda suka. Lebih baik lagi jika anda beli buku cerita yang bersiri supaya mereka tak sabar-sabar untuk baca siri seterusnya.

3. Sediakan mainan atau aktiviti kraf

Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, mainan atau aktiviti kraf lebih menarik minat mereka. Open-ended toys seperti LEGO atau mainan berasaskan STEM kebiasaannya akan membuatkan anak anda lebih fokus bermain untuk tempoh yang lama.

4. Video call bersama keluarga dan rakan

Jika anak anda sudah pandai menggunakan telefon bimbit atau komputer riba, pastikan mereka mempunyai akses kepada internet. Ini adalah supaya mereka dapat berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan semasa dalam tempoh kuarantin untuk menghilangkan bosan dan kesunyian.

5. Menari untuk keluarkan peluh

Ramai pesakit Covid-19 yang mengadu terasa lemau sepanjang tempoh kuarantin disebabkan terpaksa terperuk seorang diri di dalam bilik untuk beberapa hari. Ajak anak anda menari ikut rentak lagu kegemarannya atau senaman ringan juga sudah memadai. Asalkan berpeluh.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah yang menjaga anak yang positif Covid-19 di rumah. Ibu ayah juga boleh rujuk pada portal www.myhealth.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengalaman Bersalin Ibu Positif Covid-19, Dapat Tengok Bayi 2 Saat Saja, 10 Hari Dikuarantin

Baca juga: Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini

Baca juga: Jenis Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun, Merangsang Daya Sensori & Otak Si Manja

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.