X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

9 Jenis Vitamin C Untuk Kuatkan Imunisasi Badan Anak

Ketahui fungsi vitamin C, berapa amaun vitamin C yang anak perlukan, serta senarai vitamin C untuk anak yang terbaik di dalam rencana ini.

Sebagai ibu bapa tentunya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka terhindar daripada risiko Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa. Atas sebab itu, ibu bapa disarankan memberi vitamin C untuk anak bagi menguatkan daya ketahanan badan mereka.

Isi Kandungan

  • Fungsi Vitamin C
  • Amaun Vit C Untuk Kanak-kanak
  • 9 Vitamin C Terbaik
  • Champs
  • Kordel's
  • Chewies
  • Appeton
  • Nature's Way
  • Citrex
  • Sambucol
  • Biobay
  • Shine Cutie
  • Perbandingan Harga
  • Cara Tingkat Pengambilan Vit C Pada Anak

Bagaimana Vitamin C Untuk Anak Berfungsi?

vitamin C untuk anak

Kredit gambar: FirstCry-Parenting

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, sejenis vitamin yang ditemui di dalam banyak makanan yang biasa seperti buahan sitrus, epal, beri, kentang dan lada. Ia juga siap tersedia di dalam bentuk makanan tambahan.

Vitamin C adalah penting jadi tubuh anda boleh membentuk:

  • Kolagen, saluran darah, rawan, dan otot. Ia membantu untuk mengekalkan banyak tisu tubuh, termasuklah kulit anda. Ia juga membantu dengan penambahbaikan tisu penghubung dan penyembuhan luka menurut satu kajian.
  • Neurotransmitter, bahan kimia yang penting untuk memberi signal di dalam sistem saraf.
  • Carnitine, satu bahan kimia yang menyokong pergerakan dan pecahan asid lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Tulang dan gigi yang sihat, yang mana sangat penting sewaktu tahun-tahun pembentukan anak-anak.

Tetapi salah satu fungsi terkenal adalah peranannya di dalam menyokong sistem imun tubuh. “Kerana vitamin C adalah satu antioksidan dan penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh, ia sebenarnya boleh membantu meningkatkan sistem imun si kecil jika mereka mempunyai semput," kata Dr. Radhakrishnan. 

Antioksidan membantu mengurangkan kerosakan pada sel dari radikal bebas di dalam tubuh. Vitamin C juga tinggi konsentrasi di dalam sel imun, yang mana disyorkan yang ia adalah ejen peningkat imun tubuh.

Tubuh kanak-kanak yang membesar tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendirinya. Jadi sebagai ibu ayah, anda perlu memastikan yang anak anda mengambil variasi buahan dan sayuran berwarna setiap hari – kadang kala lebih mudah berkata daripada melakukannya!

Sumber tumbuhan termasuklah tomato, lada, brokoli, dan kiwi, adalah sumber terbaik vitamin C.

Jika si kecil anda adalah seorang yang suka memilih dalam pemakanannya, vitamin C juga tersedia di dalam bentuk makanan tambahan. Terdapat banyak jenis makanan tambahan vitamin C yang tersedia di pasaran, jadi adalah sebaiknya untuk ibu ayah rujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mengetahui yang terbaik buatnya.

Vitamin C Untuk Anak: Bagaimana Ibu Ayah Boleh Tahu Jika Anak Anda Mempunyai Kekurangan Vitamin C?

vitamin C terbaik

Kredit gambar: Gambar Google

Mendiagnos kekurangan vitamin C memerlukan ujian darah khas. Tetapi kondisi utama yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C adalah skurvi, yang mana sangat jarang. Skurvi dikesan oleh orang Egypt zaman purban dan di dalam cerita-cerita lanun, kerana ia merupakan punca utama akan kematian sewaktu pelabuhan kapal panjang di dalam industri ketika era revolusi.

Pesakit dengan skurvi mungkin mempunyai tompok coklat kecil pada kulit, kasar pada kulit, gusi menebal dan pendarahan dari selaput lendir. Mereka juga mungkin mempunyai satu rasa lemah atau tidak selesa, perubahan emosi, luka yang lambat sembuh, sakit pada tulang, dan pada peringkat akhir, penyakit kuning, penglibatan saraf dan sawan.

Berapa Amaun Vitamin C Untuk Anak Perlu Ambil?

vitamin C untuk anak

Kredit gambar: Healthline

Usia 1 ke 3 tahun: 15 miligram (mg) setiap hari

Usia 4 ke 8 tahun: 25 miligram setiap hari

Vitamin C untuk anak ini boleh diambil seawal umur dua tahun bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat dan cergas. Dengan pengambilan Vitamin C ini dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh kanak-kanak sekaligus melawan jangkitan.

Selain daripada itu, dengan Vitamin C ini juga dapat membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang dan tisu. Juga memperkuatkan saluran darah kanak-kanak kecil serta mengurangkan risiko lebam pada kulit jika mereka terjatuh semasa bermain.

Apatah lagi, Vitamin C juga boleh bantu penyerapan zat dari sumber makanan yang diambil anak setiap hari. Jadi ternyatalah di musim virus berbahaya sekarang, anda boleh mulakan memperkenalkan Vitamin C yang sesuai untuk anak.

9 Vitamin C Untuk Anak Yang Baik Di Pasaran

9 Vitamin C Untuk Anak
product image
Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T
Terbaik Bebas Saccharin
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Kordel's Kid's Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets
Terbaik Dengan 12 Vitamin Dan Mineral
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Chewies Vitamin C 100mg - Orange
Terbaik Dengan Sumber Anti-Oksidan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets
Terbaik Dengan Dos Rendah Mencegah Dos Berlebihan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Nature's Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles
Terbaik Menjamin Tumbesaran Anak
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Citrex Vitamin C for Kids (Orange)
Terbaik Versi Larut Dalam Air
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML
Terbaik Bentuk Cecair
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink)
Terbaik Dengan Ekstrak Sebenar Buahan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Shine Cutie Vitamin C with Lysine
Terbaik Meningkatkan Selera Makan
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Tak perlu risau untuk ke kedai atau farmasi tapi anda boleh mendapatkannya dengan cara belian di atas talian dengan klik pada butang yang disediakan dalam artikel ini.

Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Bebas Saccharin

vitamin Champs

Diperbuat daripada bahan-bahan terbaik, ia membantu anda untuk mengekalkan atau memperbaiki kondisi tubuh sekaligus meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. Panduan ibu ayah adalah penting untuk kanak-kanak yang menggunakan produk ini.

Individu yang mempunyai alahan perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini. Ia boleh dikatakan sebagai satu produk kesihatan dan kecantikan yang mesti ada. 

Apa yang kami suka:

  • Hadir dalam pelbagai perisa
  • Mengandungi 100 tablet boleh kunyah dalam setiap botol
  • Sesuai untuk kanak-kanak 2 ke 6 tahun 
  • Meningkatkan tahap kesihatan tubuh sekalis memperkuat sistem imun 

Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T

dari Champs

product imageBeli di Lazada

Kordel’s Kid’s Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Dengan 12 Vitamin Dan Mineral

vitamin untuk budak

Ia merupakan satu jenis vitamin makanan tambahan yang penuh formula khas untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Ia mengandungi 12 jenis vitamin dan kandungan lysine yang kuat yang mana penting untuk memperbaiki selera makan, meningkatkan berat badan, melancarkan peredaran darah dan satu konsentrasi terbaik untuk kanak-kanak.

Lysine merupakan asid amino penting yang mana tubuh tidak menghasilkan, tetapi mesti didapati daripada diet atau makanan tambahan. Ia juga mengandungi vitamin A yang mana penting untuk kesihatan mata, vitamin D3 untuk gigi dan tulang yang kuat, serta vitamin B untuk menyokong tahap keaktifan dan energi kanak-kanak. 

Apa yang kami suka: 

  • Diluluskan oleh DCA (Drug Control Authority di Amerika Syarikat)
  • Buatan Amerika Syarikat
  • Mempunyai perisa oren
  • Hanya perlu ambil 1 ke 2 tablet sehari

Kordel's Kid's Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets

dari Kordel's Kids

product imageBeli di Lazada

Chewies Vitamin C 100mg – Orange

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Dengan Sumber Anti-Oksidan

vitamin C

Chewies Vitamin C 100mg adalah diformulasikan khas untuk mencegah dan merawat kekurangan vitamin C. Jadi anda sebagai ibu ayah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada masalah demam dan selesema di kalangan anak anda. 

Apa yang kami suka:

  • Sumber anti-oksidan yang baik
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
  • Tablet boleh kunyah yang kenyal
  • Mencegah dan merawat kekurangan vitamin c dan skurvi
  • Mencegah demam dan selesema biasa
  • Membantu merawat sel darah merah, tulang dan tisu tubuh
  • Mempromosi proses sembuh pada luka

Chewies Vitamin C 100mg - Orange

dari Chewies

product imageBeli di Lazada

Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Dengan Dos Rendah Mencegah Dos Berlebihan

vitamin APPETON

Diformulasikan khas untuk kanak-kanak muda dengan dos rendah vitamin C di dalam bentuk tablet boleh kunyah yang kenyal. Vitamin C dos rendah adalah yang paling sesuai untuk kaank-kanak untuk mengelakkan mereka daripada terlebih dos. 

Menurut United States Recommended Dietary Allowance (USRDA), kanak-kanak memerlukan sekitar 40mg vitamin C setiap hari. Vitamin C adalah penting terutama untuk mencegah kanak-kanak daripada mendapat demam dan batuk biasa. 

Ia juga membantu mengurangkan durasi selesema. Walaupun vitamin C adalah penting untuk kanak-kanak pada hari ini, tetapi kanak-kanak kecil biasanya sukar untuk mengambil makanan tambahan. Dengan Appeton A-Z Kid’s Vitamin C yang hadir dalam perisa yang enak iaitu oren, blackcurrant, dan strawberi, akan jadi mudah untuk kanak-kanak menerimanya.

Malah, ia juga diukir dengan 26 abjad pada setiap tablet yang membuatkan kanak-kanak akan mula menyukai suplemennya dan untuk mendapatkan ikatan yang lebih baik dengan ibu ayah. 

Apa yang kami suka:

  • Rendah dos vitamin C
  • Tablet boleh kunyah dan kenyal
  • Membantu mengurangkan durasi selesema
  • Mencegah demam dan batuk
  • Tiga perisa: Oren, Blackcurrant, dan Strawberi
  • Diukir dengan 26 abjad pada setiap tablet
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar ABC
  • Bebas daripada saccharine, selamat untuk kanak-kanak

Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets

dari Appeton

product imageBeli di Lazada

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Menjamin Tumbesaran Anak

vitamin C

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies adalah pastil kenyal berperisa beri yang enak, jadi sudah pastinya kanak-kanak menyukainya! 

Dengan 8 kunci vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat, produk ini adalah jalan yang baik untuk memberikan anak anda health boost setiap hari. Ia telah direka untuk menyokong kesihatan am dan kesejahteraannya.

Apa yang kami suka:

  • Tumbesaran dan perkembangan anak lebih sihat
  • Kesihatan dan kesejahteraan yang baik
  • Kesihatan gigi dan gusi
  • Mata dan tulang yang sihat
  • Kesihatan kulit
  • 8 kunci vitamin dan mineral

Nature's Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles

dari Nature's Way

product imageBeli di Lazada

Citrex Vitamin C for Kids (Orange)

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Versi Larut Dalam Air

vitamin C terbaik

Citrex Vitamin C 100mg menyediakan cara yang mudah dan selesa dalam menyokong keperluan harian Vitamin C untuk kesihatan sepenuhnya. Setiap 100mg Citrex vitamin C yang kenyal mengandungi 100mg vitamin C, dan ia tersedia di dalam dua perasa iaitu oren dan blackcurrant.

Apa yang kami suka:

  • Vitamin bentuk larut dalam air
  • Menyediakan tahap vitamin C yang diperlukan setiap hari kepada kanak-kanak untuk tumbesaran dan perkembangan yang normal
  • Membantu membentuk dan merawat sel darah merah, tulang dan tisu
  • Membantu memastikan gusi kanak-kanak kekal sihat dan menguatkan saluran darah kanak-kanak

Citrex Vitamin C for Kids (Orange)

dari Citrex

product imageBeli di Lazada

Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Bentuk Cecair

kebaikan vitamin C

Bebas daripada pewarna dan perasa tambahan, vitamin yang mesra kanak-kanak, sedap, produk yang tidak mengantuk ini menggabungkan ekstrak Black Elderberry yang unik dengan Vitamin C. Ia sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas.

Sambucol Kids mengandungi Black Elderberry serta vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imun tubuh. Ia adalah satu rangkaian makanan tambahan dengan rasa yang sedap untuk kanak-kanak. 

Malah ia juga merupakan alternatif selamat yang sesuai untuk kanak-kanak sejak larangan terhadap Echinacea di dalam kanak-kanak di bawah 12 tahun dan sesuai untuk mereka yang vegetarian dan vegan. 

Ia disokong dengan kajian saintifik yang dilakukan lebih 20 tahun, menjadikannya sebagai satu produk elderberry yang mempunyai kajian yang luas di dunia.

Apa yang kami suka:

  • Bebas pewarna dan perasa tambahan
  • Sesuai untuk kanak-kanak usia 1 ke 12 tahun
  • Lebih 20 tahun kajian saintifik dilakukan
  • Direka oleh pakar virologi terkenal dunia pada tahun 1991 yang mengetahui akan potensi flavonoid yang ada di dalam Black Elderberry. 
  • Elderberry telah digunakan berabad sebagai remedi semula jadi

Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML

dari Sambucol

product imageBeli di Shopee

Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink)

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Dengan Ekstrak Sebenar Buahan

vitamin C bagus

BIOBAY vitamin C gummy mengandungi ekstrak daripada buahan sebenar yang segar. Ia telah secara khasnya diformulasikan untuk menyokong kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar. 

Ia penting untuk kanak-kanak mengambil amaun vitamin C yang sepatutnya untuk fungsi imun yang baik. Lebihan Vitamin C akan dicerna dan keluar dari tubuh menerusi air kencing. 

Apa yang kami suka:

  • Mengelakkan kanak-kanak daripada mudah jatuh sakit
  • Antioksidan
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menaikkan kadar penyerapan besi
  • Mengekalkan kesihatan menyeluruh 
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang membesar dan mempunyai sistem imun yang lemah

Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink)

dari BIOBAY

product imageBeli di Shopee

Shine Cutie Vitamin C with Lysine

Vitamin C untuk Anak: Terbaik Meningkatkan Selera Makan

vitamin C untuk kanak-kanak

Tablet boleh kunyah Shine Cutie mengandungi vitamin C, nutrien penting serta Lysine, yang mana membantu meningkatkan selera makan kanak-kanak. 

Tubuh jika kekurangan vitamin C akan dapat memudaratkan fungsi imun, mengakibatkan penurunan daya tahan terhadap beberapa patogen dan penyakit yang berkaitan dengan imun seperti selesema dan demam.

Kanak-kanak terutamanya perlu mengambil vitamin C untuk meningkatkan sistem imun mereka. 

Apa yang kami suka: 

  • Mengandungi vitamin C dan Lysine, yang membantu meningkatkan selera makan
  • Bebas gula
  • Rasa strawberi 
  • Sesuai untuk 1 tahun dan ke atas, 1 ke 2 tablet setiap hari untuk dikunyah

Shine Cutie Vitamin C with Lysine

dari Shine

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Jenis Vitamin C Untuk Anak

Produk Isikandungan (tablet/ml) Berat (mg/tablet) Harga (RM) Harga (RM/tablet)

Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T

100 100 27.90 0.28

Kordel’s Kid’s Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets

30 – 32.88 1.09

Chewies Vitamin C 100mg – Orange

75 100 13.90 0.19

Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets

100 30 33.60 0.33

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles

60 – 33.95 0.56

Citrex Vitamin C for Kids (Orange)

90 100 12.45 0.14

Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML

120ml 15ml 69.90 6.99

Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink)

80 250 29.90 0.37

Shine Cutie Vitamin C with Lysine 

100 100 25.00 0.25

Cadangan Bernas Untuk Meningkatkan Pengambilan Vitamin C Untuk Anak

vitamin kanak-kanak

Kredit gambar: Gambar Google

Jika anda mengalami kesukaran dalam memastikan anak anda untuk makan buah-buahan, cuba “selinap" Vitamin C ke dalam diet pemakanan mereka dengan:

  • Sediakan smoothie dengan strawberi atau bluberi segar atau beku – hanya kisar bersama yogurt, susu/susu soya. beri, ais, dan mungkin satu sudu teh madu
  • Hiris dan potong dadu akan seleksi buahan di atas satu dulang
  • Bekukan jus buah tulen ke dalam bekas kiub ais, dan kemudian masukkan kiub jus tersebut ke dalam air sparkling untuk lebih keterujaan dan kesegaran kala hari panas
  • Menambah air panas ke dalam jus epal tulen untuk air berperisa buah yang suam ketika musim hujan
  • Potong buah segar sebagai snek selepas makan malam
  • Hidang lobak merah, saderi, bunga kobis, kapsikum, dan sayuran lain bersama hummus untuk snek di tengah hari

Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah dalam mengetahui tentang kepentingan vitamin C buat anak kecil sekaligus memudahkan pencarian vitamin C terbaik di pasaran.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Baca juga: Vitamin Untuk Bayi 9 Bulan-12 Bulan Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

    7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

  • Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

    Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

  • Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

    Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

  • 7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

    7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

  • Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

    Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

  • Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

    Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.