Sebaik anda mendapat berita kehamilan yang ditunggu-tunggu, tentu soal pemakanan menjadi faktor penting bagi mengekalkan kandungan yang sihat. Dan anda mesti tahu makanan sunnah untuk ibu mengandung penting untuk diamalkan.
Tapi bukan kesihatan kandungan saja yang penting, kesihatan ibu juga perlu dijamin dalam keadaan baik sentiasa. Jadi perlulah makan makanan yang penuh nutrisi dan elakkan makanan berproses.
Menurut perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad di Facebook, wanita hamil perlu amalkan makanan yang disebut di dalam Al-Quran.
Selain menjadi makanan sunnah untuk ibu mengandung ia juga terbukti penuh dengan barakah dan nutrisi penting. Antara makanan yang di sebut dalam Al-Quran adalah seperti:
#1.Kurma
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambil kurma dengan bilangan ganjil, seperti 3 biji sebagai snek. Kurma cukup kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral.
Malah ia juga mengandungi serat yang tinggi yakni berupaya membuat ibu mengandung kenyang dan penyerapan gula agak sederhana. Cukup untuk membekalkan tenaga seharian buat ibu hamil.
#2. Buah tin (Figs)
Buah ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang mana boleh membantu perkembangan saraf anak dalam kandungan. Dengan mengamalkan makan buah tin ini juga dapat mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.
Malah ia juga mengandungi serat untuk membantu mengimbangkan gula dan kolestrol dalam darah. Selain itu buah tin juga mampu menjadi penyelamat untu ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sembelit kerana ia akan melancarkan pencernaan dengan efektif.
#3. Minyak zaitun
Minyak zaitun merupakan makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil! Kenapa? Sebab ia mengandungi asid lemak yang penting untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Malah minyak zaitun juga dikatakan kaya dengan Vitamin A di mana ia boleh memperkukuhkan sistem imunisasi ibu hamil dan melawan jangkitan dengan efektif. Vitamin A juga berupaya untuk meningkatkan kesihatan mata bayi dalam kandungan.
Jadi ini langkah awal untuk mengelakkan anak anda dari rabun.
#4. Buah delima
Buah delima bukan saja sedap untuk dimakan, malah khasiat buah ini adalah baik untuk jantung kerana ia mengandungi fitokimia. Ia juga berupaya untuk mengimbangkan tekanan darah.
Kebaikannnya untuk bayi? Ia membantu pembetukan bayi dalam kandungan untuk menjadi lebih kuat!
#5. Madu
Kebaikan makanan sunnah madu memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan mengamalkan pemakanan madu asli ketika hamil, dipercayai boleh membantu ibu hamil tidur dengan lebih nyenyak. Ini kerana kandungan di dalam madu dapat mengubati masalah insomnia.
Malah ia juga bagu untuk ibu hamil yang mengalami alahan, seperti alahan kulit dan sebagainya. Dengan mengambila beberapa sudu madu setiap hari boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh lantas mengelakkan badan daripada terkena alahan bermusim.
#6. Susu
Dengan pengambilan susu lembu atau susu kambing ia dapat membekalkan tenaga dan nutrisi penting yang diperlukan ibu hamil serta bayi dalam kandungan.
Amalkan 2 gelas susu kambing setiap hari bagi membantu kekuatan tulang ibu hamil dan bayi, malah ia juga membuat hari-hari anda lebih bertenaga!
Antara apa yang ibu hamil perlu tahu tentang pemakanan
#1. Anda dinasihatkan untuk mengambil saiz hidangan sayur dan buah-buahan lebih banyak daripada karbohidrat.
#2. Setiap kali makan, ambil dalam kuantiti sedikit-sedikit bagi mengelakkan rasa mual.
#3. Waktu makan yang dicadangkan ialah 5 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan disertai dengan kudapan antara 3 kali makanan utama tersebut.
#4. Semua makanan tidak perlu diambil dalam satu kali makan. Misalnya apabila waktu sarapan pagi, ibu-ibu boleh makan telur, susu dan roti. Ini bererti pengambilan sayuran hendaklah diambil pada makan tengah hari dan malam, sertakan sekali pengambilan buah ketika waktu petang.
Setelah anda mendapat tahu berbadan dua, kurangkanlah pengambilan kafein seperti kopi mahupun air teh. Hadkan pengambilan maksimum adalah 200 mg setiap hari iaitu hanya 2 cawan kopi sahaja.
Antara makanan lain yang perlu dielakkan ialah:
- Alkohol
- Mayonis kerana mengandungi telur mentah
- Telur separuh masak
- Daging separuh masak
- Daging hotdog atau burger (kecuali digoreng terlebih dahulu)
- Sushi mentah
- Makanan laut yang mengandungi kadar merkuri tinggi seperti kerang
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama Penting Bagi Perkembangan Janin – Apa Yang Boleh & Tidak Boleh Makan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!