X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

4 min bacaan
16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Mengambil makanan seimbang seperti sayuran dan buah untuk ibu hamil penting bagi memenuhi keperluan nutrien tambahan yang diperlukan.

Sebaik saja disahkan hamil, antara yang selalu didengari adalah ibu perlu ‘makan untuk dua orang’. Kehamilan bukanlah bermaksud anda perlu makan berlebihan, tetapi adalah lebih baik mengambil makanan seimbang seperti sayuran dan buah untuk ibu hamil bagi memenuhi keperluan nutrien tambahan.

Carta diet anda tidak lengkap tanpa pengambilan sayuran dan buah untuk ibu hamil. Pengambilan diet yang seimbang penting untuk memenuhi keperluan nutrien tambahan bagi ibu dan bayi yang sedang membesar. 

Sekiranya carta diet anda tidak lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan badan anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrien untuk bayi. Jom kita lihat 16 jenis buah untuk ibu hamil ambil dalam diet seharian!

16 buah untuk ibu hamil ambil dalam diet seharian

#1. Pisang

makanan meningkatkan kesuburan lelaki, makanan meningkatkan jumlah sperma, tingkatkan jumlah sperma, makanan kesuburan, makanan kesuburan lelaki, makanan tingkatkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan suami, makanan meningkatkan kesuburan suami, membantu mempertingkatkan kesuburan suami, makanan supaya cepat subur, tips cepat subur, tips subur kepada lelaki

Mengungguli carta nombor satu buah untuk ibu hamil adalah pisang. Pisang mengandungi folat, vitamin C, B6, potassium dan magnesium. Folat berfungsi melindungi fetus daripada mengalami kecacatan tiub eural , vitamin B6 boleh membantu mengawal kadar garam anda. 

Ketidak seimbangan cecair dalam badan akan menyebabkan loya dan muntah-muntah kepada wanita mengandung. tetapi pisang yang kaya dengan magnesium akan memastikan keseimbangan cecair dalam badan.

Secara umumnya pisang disyorkan setiap hari untuk dimasukkan dalam diet trimester pertama anda. 

#2. Kiwi

buah untuk ibu hamil

Kiwi menjadi buah kedua kerana kaya dengan vitamin seperti C,E,A, potassium, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Kiwi mempunyai kesan penyembuhan pada sistem pernafasan. Kiwi juga membantu melindungi anda daripada selesema dan batuk.

Ia mengurangkan risiko mengurangkan risiko pembekuan darah kerana mengandungi fosforus yang tinggi dan membantu menyerap zat besi. 

#3. Jambu batu 

buah untuk ibu hamil

Nutrien yang terdapat dalam jambu batu membuatkan ia menjadi antara buah wajib yang patut diambil oleh ibu hamil.

Ia kaya dengan Vitamin C, E, iso-flavonoids, karotenoid dan polifenol. Jambu batu juga membantu pencernaan dan memberi kekuatan pada sistem saraf bayi. 

#4. Epal

buah untuk ibu hamil

Epal juga menjadi antara buah penting untuk dimakan ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun ibu dan bayi.

Ia membantu mengurangkan bunyi desahan, asma dan ekzema ketika anak anda membesar. Epal kaya dengan nutrien dan mengandungi vitamin A, E dan D selain zink.  

#5. Pir

buah untuk ibu hamil

Pir adalah hampir sama dengan epal dan ia mengandungi kadar asid folik yang tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin C. 

#6. Nona

buah untuk ibu hamil

Buah nona kaya dengan vitamin A dan C, yang penting untuk mata, rambut,  kulit dan tisu badan bayi yang sedang membesar. Buah ini disyorkan kerana ia akan meningkatkan perkembangan kognitif bayi anda. 

#7. Delima 

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Buah delima kaya dengan kalsium, folat, zat besi, protein dan Vitamin C. Buah ini sangat disyorkan untuk diambil ketika hamil. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#8. Avokado 

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Avokado terkenal dengan kekayaan folat di dalamnya berbanding buah-buahan lain. Ia juga adalah sumber terbaik untuk Vitamin C, B dan K selain mengandungi serat, kolin, magnesium dan potassium. Ia juga mengandungi zat besi. Kolin adalah penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi kerana kekurangan kolin mempengaruhi memori bayi. 

#9. Mangga

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Mangga mengandungi tinggi kandungan vitamin C, yang membantu pencernaan, mengelakkan sembelit dan melindungi anda daripada jangkitan kecil. 

#10. Ceri

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Ceri kaya dengan Vitamin C, dan membantu melawan jangkitan seperti selesema. Ia juga memastikan penyaluran dan bekalan darah yang efisien kepada plasenta. 

#11. Strawberi

buah untuk ibu hamil

Strawberi kaya dengan vitamin, serat dan folat. Ia juga mengandungi manganese dan potassium yang membantu pertumbuhan tulang yang kuat untuk bayi. 

#12. Tembikai

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Tembikai memngandungi vitamin A, C dan B6. Ia juga mengandungi magnesium dan potassium. Dilengkapi dengan mineral, ia juga kaya dengan serat. Anda disarankan memasukkan tembikai dalam diet anda terutama pada trimester terakhir kerana ia mengurangkan rasa pedih ulu hari dan bengkak kaki dan tangan (edema) dan meredakan kekejangan otot. 

#13. Ciku

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Ciku kaya dengan elektrolit, vitamin A, karbohidrat dan tenaga. Ia membantu mengurangkan pening kepala dan loya selain mengurangkan iritasi usus. 

#14. Bluberi

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Bluberi kaya dengan vitamin C, folat, kalsium dan serat. Pastikan anda membeli yang organik ya! Ia bermaksud penanamannya tidak menggunakan racun perosak. 

#15. Limau

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Limau adalah sumber potassium dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia juga adalah sumber terbaik vitamin C. 

#16. Anggur 

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Angggur kaya dengan nutrien seperti glukosa, fruktosa, phlobaphene, magnesium, kalsium, zat besi, asid folik dan pelbagai jenis vitamin iaitu B1, B2, dan B6. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Baca juga: 3 Buah Yang Berbahaya Pada Ibu Hamil, JANGAN Makan Selalu, Lebih-Lebih Ketika Trimester Pertama!

Baca juga: Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama Penting Bagi Perkembangan Janin – Apa Yang Boleh & Tidak Boleh Makan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic
Kongsikan:
  • Jenis Buah Untuk Ibu Mengandung Yang Disyorkan Untuk Ambil Dalam Diet Pemakanan Demi Kesihatan Bayi Dan Ibu

    Jenis Buah Untuk Ibu Mengandung Yang Disyorkan Untuk Ambil Dalam Diet Pemakanan Demi Kesihatan Bayi Dan Ibu

  • 5 Jenis Buah & Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil, Hati-Hati Jangan Ambil Secara Berlebihan

    5 Jenis Buah & Makanan Bahaya Untuk Ibu Hamil, Hati-Hati Jangan Ambil Secara Berlebihan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.