X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selsema Ketika Hamil Bawa Risiko BAHAYA, Mengapa Ini Terjadi?

4 min bacaan
Selsema Ketika Hamil Bawa Risiko BAHAYA, Mengapa Ini Terjadi?

Wanita hamil tidak boleh mengambil ubat tanpa preskripsi doktor. Jika anda menghidap selsema ketika hamil, rujuk artikel untuk cara merawat dengan selamat.

Apabila wanita hamil, mereka akan jadi lebih peka dalam menjaga kesihatan disebabkan kehadiran si comel dalam rahim. Tapi, tahukah anda, salah satu penyakit yang boleh memudaratkan ibu dan bayi adalah influenza ataupun selsema ketika hamil?

Apakah risiko selsema ketika hamil, dan bagaimana cara hilangkan selsema yang selamat semasa kehamilan? Semuanya akan dijawab oleh kami seperti di bawah ini.

Mengapa Selsema Ketika Hamil Berbahaya?

selsema ketika hamil

Selesema cenderung menyebabkan komplikasi kesihatan pada wanita hamil, berbanding wanita yang tidak hamil.

Ini kerana semasa kehamilan, seorang wanita mengalami perubahan pada sistem pertahanan tubuh, paru-paru dan jantung, menjadikannya lebih rentan terhadap penyakit yang teruk akibat selesema.

Jika wanita hamil mendapat selesema, ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatannya sendiri. malah bayi yang sedang berkembang itu. Jika dia memang menghidap asma atau diabetes, jangkitan selesema boleh jadi sangat berbahaya!

Profesor Madya Tan Thiam Chye dari KK Wanita dan Hospital Kanak-kanak menjelaskan,

"Virus influenza sendiri  menyebabkan kecacatan kelahiran. Walau bagaimanapun, demam yang tinggi semasa trimester pertama mungkin meningkatkan peluang untuk kecacatan kelahiran seperti spina bifida.

Pada trimester ke-2 dan ke-3, ia boleh menjejaskan pertumbuhan janin. "

Komplikasi Yang Boleh Berlaku

selsema ketika hamil

Ini beberapa komplikasi yang boleh timbul jika selsema ketika hamil:

  1. Penumonia: Keradangan paru-paru, komplikasi selesema yang paling biasa.
  2. Meningitis: Jika virus menyebar ke otak, ia boleh menyebabkan keradangan di sana.
  3. Bronkitis: Ini adalah jangkitan paru-paru.
  4. Myocarditis: Keradangan otot jantung.
  5. Kelahiran pramatang dan keguguran: Mungkin disebabkan oleh demam tinggi yang tidak dirawat semasa kehamilan (lebih daripada 38.5 darjah C).

Bagi mengelakkan komplikasi yang agak teruk, Prof Tan Thiam Chye mencadangkan wanita hamil dengan gejala selesema mendapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.

Langkah Pencegahan Awal Sebelum Kehamilan

Perlindungan terbaik terhadap selesema semasa mengandung adalah suntikan flu (flu shot). Ia selamat untuk didapatkan pada semua peringkat kehamilan. 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan suntikan flu telah diberikan kepada ramai wanita hamil selama bertahun-tahun, tanpa sebarang kesan buruk.

Selsema Ketika Hamil Bawa Risiko BAHAYA, Mengapa Ini Terjadi?

 

Malah, dengan mendapat suntikan flu, anda boleh mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan influenza sebanyak 50%.

Kajian pada 2018 menunjukkan penurunan 40% dalam risiko seorang wanita hamil yang dimasukkan ke hospital selepas mendapat suntikan tersebut. Vaksin ini juga melindungi bayi anda. Prof Tan Thiam Chye berkata

"Vaksin selsema membantu sistem imun menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan selesema dan membantu bayi anda mewarisi antibodi ini.

Bayi kemudiannya dilengkapkan untuk melawan kemungkinan jangkitan flu, walaupun sebelum dia dilahirkan. "

Vaksin selsema perlu dilakukan setiap tahun, kerana ia dilengkapi secara berperingkat untuk merangkumi perlindungan terhadap serangan influenza bermusim.

Alternatif Lain Untuk Menghilangkan Selsema 

Apakah yang berlaku jika anda tidak mendapat suntikan flu semasa hamil? Apakah cara hilangkan selsema yang boleh dijadikan alternatif buat ibu hamil?

Sebaik sahaja anda dijangkiti selsema, penting bagi anda untuk berjumpa doktor. Lebih awal anda berjumpa doktor, dapat mengurangkan komplikasi yang lebih teruk.

Di samping mendapat suntikan flu, wanita hamil perlu mengambil langkah berjaga-jaga berikut untuk melindungi diri mereka daripada mengidap influenza:

  • Bersihkan tangan dengan baik dan kerap. Guna sabun dan air untuk membasuh tangan tetapi sekiranya tiada kemudahan tersebut, gunakan sanitizer.
  • Jika anda mempunyai sistem imun yang lemah, pemakaian topeng muka boleh membantu.
  • Sekiranya ada ahli keluarga yang tidak sihat, elakkan berdekatan dan pakai topeng muka.
  • Bersin ke siku anda.

Jadi para ibu, jangan ambil ringan ya apabila anda mula bersin, anda mungkin dijangkiti selsema ketika hamil yang risikonya berbeza dengan selsema biasa.

Sekiranya ia selsema, jumpa doktor dengan segera untuk mengelakkan komplikasi kepada kandungan anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: Cirit Birit Semasa Hamil - Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Selsema Ketika Hamil Bawa Risiko BAHAYA, Mengapa Ini Terjadi?
Kongsikan:
  • 9 Tips Untuk Rawat Bayi Selsema, Ramai Kata No.3 Cukup Mujarab, Parents Boleh Cuba!

    9 Tips Untuk Rawat Bayi Selsema, Ramai Kata No.3 Cukup Mujarab, Parents Boleh Cuba!

  • Petua Hilangkan Selsema Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Si Manja Tidak Perlu Ke Klinik!

    Petua Hilangkan Selsema Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Si Manja Tidak Perlu Ke Klinik!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 9 Tips Untuk Rawat Bayi Selsema, Ramai Kata No.3 Cukup Mujarab, Parents Boleh Cuba!

    9 Tips Untuk Rawat Bayi Selsema, Ramai Kata No.3 Cukup Mujarab, Parents Boleh Cuba!

  • Petua Hilangkan Selsema Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Si Manja Tidak Perlu Ke Klinik!

    Petua Hilangkan Selsema Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Si Manja Tidak Perlu Ke Klinik!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.