X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selamatkah Menyusu Bayi Ketika Ibu Demam @ Kurang Sihat? Ini Jawapan Daripada Doktor

4 min bacaan
Selamatkah Menyusu Bayi Ketika Ibu Demam @ Kurang Sihat? Ini Jawapan Daripada Doktor

Anak menyusu badan ketika ibu demam boleh diteruskan kerana ia tidak mendatangkan bahaya. Namun jika keadaan lemah, anda boleh menangguhkan dahulu penyusuan

Sudah menjadi satu keperluan harian bagi anak menyusu badan memperoleh susu ibu yang mencukupi. Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa, kadang-kala anda mungkin diuji dengan masalah kurang sihat atau demam.

Jika ia hanya menunjukkan gejala yang ringan, ibu-ibu mungkin sahaja tidak perlu mengambil sebarang ubat. Hanya rehat seketika dan pulih dengan sendiri. Kebiasannya, demam didefinisikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi normal iaitu 36.5 hingga 37.5 celsius.

Selamatkah anak menyusu badan ketika ibu demam?

menyusu bayi ketika demam

foto: kumparan

Menurut penjelasan oleh Dr. Zubaidi, apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, dia akan mengalami rasa sejuk meskipun suhu badan semakin meningkat. Ketika berlakunya peningkatan suhu yang semakin tinggi, dia juga berasa panas dan tidak sihat.

Ramai ibu sebenarnya agak keliru dan risau dengan kemudaratan yang mungkin dialami oleh anak menyusu badan ibu yang sedang mengalami demam.

Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit atau demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini adalah tidak benar.

Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan mengatakan bahawa penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu sedang demam atau kurang sihat. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selesema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusu anak seperti biasa.

Hal ini kerana ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada bayi yang disusui. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu ingin mendapatkan sebarang rawatan, hendaklah memberitahu doktor bahawa anda sedang menyusu bayi.

Pihak perubatan akan memastikan ubat yang diberikan bagi merawat ibu demam adalah selamat. Dalam kebanyakan kes demam, tidak ada satu pun yang menghalang pemberian susu badan kepada bayi atau anak kecil, kecuali pesakit HIV atau keadaan ibu terlalu lemah.

Di negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka. 

Keadaan yang tidak membenarkan anak menyusu badan

anak menyusu ketika demam

credit to sources

Sebagai contoh, sekiranya ibu disyaki mengalami penyakit ‘keracunan makanan’, penyusuan susu badan boleh teruskan kerana simptom yang dialami hanya melibatkan proses penghadaman usus sahaja.

Namun jika kuman penyakit berkenaan telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dikhuatiri ia boleh memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, wanita yang mengalami demam atau sakit tidak dibenarkan menyusu anak mereka.

Selain itu bagi ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal yang terlalu lemah, maka penyusuan badan boleh ditangguhkan sementara waktu sehinggalah anda sihat.

Doktor pakar perubatan turut berpendapat bahawa berhenti menyusu badan sewaktu ibu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak memperoleh perlindungan dari susu ibu.

Anak menyusu badan memperoleh perlindungan daripada serangan kuman

Teruskan menyusu anak kerana susu badan ini membekalkan perlindungan kepada bayi daripada kuman-kuman yang membuatkan ibu demam.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa khasiat susu ibu penuh dengan nutrien dan antibodi yang mampu melawan sebarang kuman penykit.

Apabila seorang ibu mengalami demam, maka anda mudah menerima reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibodi ini disalurkan kepada susu badan.

bolehkah menyusu ketika demam

foto: parenting

Antara reaksi immunologi sering berlaku ialah:

  • Menggalakkan sel darah putih memusnahkan kuman
  • Mengurangkan kesan toksin
  • Memperbanyakkan sel-sel antibodi
  • Meningkatkan pergerakan leukocytes

Sekiranya ingin beri anak menyusu, ibu yang demam digalakkan untuk mengamalkan kebersihan diri bagi mengelakkan si manja menerima jangkitan seperti membasuh tangan dengan kerap, elakkan batuk atau bersih pada wajah bayi.

Biasanya ketika demam, kita akan hilang selera untuk makan dan berasa pahit mulut. Bagi memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak dan berkualiti, anda hendaklah menjaga pemakanan serta minum air dalam kuantiti mencukupi.

Jika tidak, anda mungkin tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang perlu diberikan kepada si manja. Kesimpulannya, menyusu badan ketika demam adalah selamat untuk bayi. 

Sumber: Dr Zubaidi

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Selamatkah Menyusu Bayi Ketika Ibu Demam @ Kurang Sihat? Ini Jawapan Daripada Doktor
Kongsikan:
  • Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

    Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

  • Menyusu Terus Dari Badan LEBIH BAIK Dari Susu Yang Dipam - Ibu Tahu Kenapa?

    Menyusu Terus Dari Badan LEBIH BAIK Dari Susu Yang Dipam - Ibu Tahu Kenapa?

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

    Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

  • Menyusu Terus Dari Badan LEBIH BAIK Dari Susu Yang Dipam - Ibu Tahu Kenapa?

    Menyusu Terus Dari Badan LEBIH BAIK Dari Susu Yang Dipam - Ibu Tahu Kenapa?

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.